27 December 2012

Dasar Pencuri

Assalamualaikum semua...
Selamat pagi... Korang sihat x? Hope semua sihat lah ye...

Hari selasa lepas iaitu hari Chrismas, aku bosan sangat kat rumah, tengok jam dah pukul 8 malam... disebabkan terlalu bosan di rumah, aku pon keluar lah, menuju ke pantai cenang... lepas setengah jam aku jalan2 amik angin pantai, aku teringat kawan aku yang tengah keje shif petang kat resort... so aku pon pi lah lepak dengan dia kat resort..

Sesampai aku kat resort, aku tengok kawan aku tengah sibok layan guest yang datang untuk ckeck-in kat resort... aku pon tunggu lah kat situ sampai dia habis keje sambil melayan fb..lebih kurang pukul 10 malam, aku tengok kawan aku tu dah sibuk2 buat closing akaun...

Semua sales hari ni dikumpulkan n dikira, bila dah pasti semua duit cukup, dibalut pulak semua duit tu dengan kertas A4 sebab nanti nak drop semua duit tu dalam peti besi... bila dah siap balut, aku tengok kawan aku letak duit tu kat tepi kaunter sebab dia nak print something... aku cakap lah kat dia, "jangan letak duit tu merata-rata, nanti takut hilang lak, bukan sikit duit tu.." dia lak selamba je senyum kat aku...

Then, tengah2 dia nak print tu, ada lah sorang guest lak datang nak check-in, thats mean duit tu ditinggalkan kat tepi kaunter untuk jangka masa yang lama.. aku lak malas nak pk, terus masuk ke toilet.. lepas 3 minit, aku keluar... tetiba kawan aku tu tanya aku, "Ada nampak duit tadi x???" aku tengok muka dia dah pucat... so aku cakap aku x nampak.. memang betol lah aku x nampak...

Then dia tanya lak kat sorang general worker n sorang training security yang tengah borak2 kat belakang kaunter tu..diorang cakap x amik pon... sudahhh... habis lah.. aku tengok kawan aku tu dah x boleh buat apa2, sebab terlalu takut...sorang lagi kawan aku masuk ke dalam office n tanya kat ketua security, lastly dia kena marah balik... ketua security tu x ambil pon... then aku terus call manager resort tu, x sampai 5 minit dia dah sampai kat resort...

Nasib baik lah manager xmarah sangat, cuma dia tegur kecuaian kawan aku tu je... then manager aku lak call owner resort kitorang, dalam masa 3 minit dia dah sampai kat resort dengan muka terkejut... masing2 kat situ pk cara macam mana nak buat, tetiba aku teringat yang kat kaunter tu kan ada cctv... then terus manager aku call bahagian IT suruh datang...

Time tu dah pukul 12 malam, kitorang tengok rakaman cctv start dari pukul 10 malam... lama gak nak tunggu sebab ulang tengok banyak kali... ada lah something yang mencurigakan pasal training security tu...banyak kali kitorang review bahagian training security tu datang kat kaunter...sampai lah last sekali kitorang tengok slow motion, memang training security tu yang amik duit tu...

Dalam hati ni hanya Allah je yang tahu apa aku rasa, rasa x percaya sebab training security tu baru je keje 3 hari... dah berani buat keje macam tu... so tanpa bantuan polis kes tu dapat diselesaikan.. dia sembunyikan duit tu kat bawah seat motor dia... lastly training security tu kena sepak, kena marah, n kena pecat time tu jugak.. owner resort x nak report polis sebab x nak kecoh2...

So, pukul 1.30 pagi baru aku n kawan aku boleh balik rumah... pengajaran untuk kawan aku yang cuai, jangan letak duit merata-rata... bukan sikit duit tu, banyak sangat, belasan ribu jugak lah... Tuhan tu maha adil kan...


19 December 2012

Saying 'I Love You'

Assalamualaikum semua...

korang sihat ke? hope semua sihat-sihat belaka...

Ok la, minggu lepas, aku keluar makan2 dengan kawan2 sekerja aku dekat area Pantai Cenang... kitorang singgah kat satu restoran sea food kat situ sebab makanan kat situ boleh tahan sedapnya...

Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, tetiba handphone aku bunyi... mak aku yang call... so aku jawab je lah kat situ... hampir 15 minit aku bercakap dengan mak aku, then sebelom aku letak, aku says "I love u mak..."
tetiba sorang kawan laki aku pandang aku pelik...

Dah selesai aku cakap dengan mak aku, tetiba kawan aku tu tanya, "ko cakap dengan sape?" then aku bagitau lah yang aku cakap dengan mak aku... apa yang pelik sangat soalan yang dia tanya nih?

Then dia tanya aku, "ko cakap I love u kat mak ko??"  Laju aku anggukkan kepala...

Yelah.. tetiba aku pikir, awat pulak dengan mamat nih? pelik ke kalau aku cakap I love u kat mak aku?? mungkin tu yang pelik bagi dia kot, sebab sebelom ni aku memang dah biasa buat macam tu bila time mak aku call...

Tetiba dia gelak, n dia cakap, "aku hanya cakap I love u kat awek aku je, aku x pernah cakap I love u kat mak aku.." ok sekarang giliran aku pulak gelak.. aku dah agak, tu lah yang pelik sangat bagi dia... hahaha...

Hello pakcik, untuk pengetahuan ko, I love my parents more than everything ok... aku cakap macam ni mungkin sebab aku x ada someone special like boyfriend macam diorang... tapi, even aku ada boyfriend pon, x bermakna aku x boleh say I love u kat parents aku kan... my parents tetap nombor 1 ok...

So aku cakap lah kat kawan aku tu, lebih baik say I love u kat parents ko daripada say I love u kat someone yang belom tentu jadi milik ko... dah tu cara aku, xpayah lah ko nak pandang pelik sangat... aku percaya, bukan aku sorang je yang buat macam tu, orang lain pon ada...

Then lepas balik dari makan tu, aku baring n pikir... "pelik sangat ke kalau kita cakap I love u mak??"

13 December 2012

Whatever

Assalamualaikum...

Haa.. agak busy dengan keje.. huhuhu.. so lambat sikit nak update pon... minggu lepas aku jalan2 dengan one of my friends dari perlis, dia datang ke langkawi atas urusan keje... Alang2 dia dah ada kat sini, dia ajak lah keluar sekali...

So, kitorang just jalan2 kat area Pantai Cenang je.. tengah jalan2 tu, tetiba mata aku ni tertangkap satu sign board 'Henna Tattoos'... terus aku tarik kawan aku tu ke situ... guess what? aku tertarik...

So, ralit aku tengok seorang akak ni tengah melukis corak di tangan sorang customer sampaikan aku x sedar yang dah hampir 5 minit aku berdiri kat situ.. tetina kawan aku cuit aku.. "Nak tengok je ke Nana?? x nak try ke??"

Sambil tersengih, aku jawab yang aku nak try... so aku pilih lah corak yang aku nak... kagum aku tengok kepantasan tangan akak tu melukis inai di tangan aku.. mungkin sebab dia dah biasa melukis kot... dan hasilnyaaaa...

Jeng! Jeng! Jeng!!


Hehehe.. keesokan harinya, aku pi keje... semua orang tanya aku, "Nana, bila kawin? x jemput pon..." hadoiii.. jenuh menjawab... kalau kawin je ke yang boleh lukis inai?? hehehe... dengan selambanya aku menjawab... "Nana balik bertunang semalam..."
lalalalaa.. hahaha... tipu sunat..

03 December 2012

Starting...

Assalamualaikum semua blogger2...

Mak aiii.. giler lama aku x update... dah 2 bulan lebih... aku stop berblogging kejap sebab banyak benda nak kena settle... aku lak nak kena berulang alik dari Perlis ke KL, KL ke Perlis, Perlis ke KL balik n KL ke Perlis balik.. aku pon x sedar dah berapa kali aku berulang alik... Memang menelan belanja yang sangat banyak... kikikii..

So sekarang, aku membawa diri yang lara ni ke Pantai Cenang, Langkawi.. mesti korang hairan kan, aku ulang alik dari Perlis ke KL, tetiba berhijrah ke Langkawi lak??? banyak tanda tanya nih... Aku dipaksa tanpa relaku, hanya aku yang tau... <--- ayat skema giler...

Nak kata dipaksa tu, aku rasa x lah sangat.. tapi dalam masa yang sama aku rasa terpaksa sebab aku x rela... mean---> dipaksa tanpa rela... (ishhh x paham, x paham, x paham!!!) Ok abaikan perenggan ni.. hehehe...

Mungkin dah rezeki aku kat sini... yekerrr??? macam ayat pasrah je... sebenarnya kan, akuuuu... aku... alah berat lak lidah ni nak menyebut... aku malu laa nak cerite... ok lah.. aku skip dulu yang ni.. hehe.. jangan marah yer abang2, kakak2, adik2, pakcik makcik...

Rezaki aku ada kat sini... mungkin ada hikmahnya aku ikut cakap mak aku yang suruh aku ke sini... walau pon dalam masa yang sama, aku serba salah sebab dah semestinya aku x boleh attend majlis pertunangan bestfriend aku pertengahan bulan December ni... rasa nak nangis lak...

To my bestfriend, mintak maaf sebab x dapat attend hari bersejarah awak tu... semua ni jadi tanpa diduga.. tanpa dijangka... tanpa dirancang... dan tanpa disedari, aku dah pon berada di atas ferry yang menuju ke Langkawi... hehehe... serius laa.. aku x tipu ok...

So tu lah ceritanya... korang2 pon, aku nak ucapkan terima kasih sebab walaupon aku dah lama x update blog ni, setiap hari still ada pengunjung yang datang ke blog aku nih... macam mana aku tau, sebab korang kan dah tinggalkan footprints kat shoutbox aku.. hehehe... thanks tau... aku hargai sangat tau...

Ok, got to go.. See ya!!

28 September 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua...

Jap2 nak ingat balik, berapa hari ek aku x bukak blog aku ni? ada la kot dalam 3-4 hari? huhuhu.. so sorry.. aku busy sangat sekarang.. Ok, I'll make it short...

Actually aku dah start keje sekarang... sebab tu x ada masa nak online... tapi hari ni boleh je sebab aku bawak Cik Lappy buat temankan aku kat sini.. huhuhu

Syukur alhamdulillah... Aku keje kat sini untuk sementara je.. sebab aku still nak tunggu keje dari hospital.. Ohh lupa pulak... sekarang aku keje kat Doctor Suraya Medical Centre, kat kangar... Private klinik hospital... huhuhu... tapi klinik ni lebih kepada perbidanan... that means kat sini aku kena assist doctor sambut baby lahir...

Pengalaman tu... mana nak dapat kan.. huhuhu... mana tau suatu hari nanti aku nak sambung study buat post basic kebidanan (midwifery) kan.. at least aku dah ada experience... lagi pon kebidanan ni bidang yang aku suka... Insyaallah suatu hari nanti, kalau ada rezeki aku... doakan aku tau...

24 September 2012

Hampir Disaman

Assalamualaikum semua..

Rasa macam dah lama sangat aku x bercerita kat sini.. bukan x nak, tapi ada someone yang berpenyakit "PHD" kat aku.. dari dulu sampai sekarang, aku pon x tau apa yang dia x puas hati sangat... PHD tu apa? PHD tu perasaan hasad dengki.. hehehe.. hanya orang2 tertentu je yang ada penyakit -ve ni.. just ignore je orang macam ni... diorang tu nak perhatian je... hehehe

Haaa.. nampak tajuk entry aku? memang betul pon.. macam ni haa.. petang tadi aku keluar dengan adik aku amik angin kat tepi pantai Sungai Baru, Kuala Perlis... tengah sedap2 drive sambil menyanyi-nyanyi n menghayati angin pantai yang sepoi2 bahasa, aku sampai kat satu selekoh yang memerlukan aku membelokkan kereta sebanyak 90 darjah..

Sambil membelok tu, aku nampak kereta polis kat depan, dalam 100 meter je jaraknya, tengah buat roadblock... sepantas kilat adik aku tarikkan seatbelt untuk aku, sebab dia tau, aku mesti gelabah time tu.. untung aku bawak adik aku.. so aku pon drive la dengan sopan santunnya.. dalam hati ni, macam2 dah aku rasa... tetiba polis tu tahan aku n suruh aku stop kereta kat tepi..

Nak x nak kena ikut jugak lah kan... dalam hati ni dah x tentu arah dah aku rasa.. aku pon turunkan cermin kereta aku sambil bagi senyuman paling manis kat polis tu... handsome siot... huhuhu.. sempat lagi ekk.. senyuman manis tu x bermaksud aku nak goda ok, tapi sebab aku nak cepat lepaskan diri.. harap2 laahh..

Polis: Hai adik, laju drive, nak ke mana ni?
Aku : Hehehe.. saje jalan2.. Nak join ke? (sambil tersengih)
Polis: (Senyum) Mintak lesen jap..
Aku : Kejap ek.. (sambil keluarkan lesen dari wallet dengan tangan yang menggigil.. adik aku kat sebelah dah merah muka, tahan gelak tengok aku gelabah)

So aku keluarkan lesen n terus bagi kat dia tanpa perasan yang aku silap bagi lesen.. aku terbagi lesen P moto yang dah pon dipotong sebelah tepi oleh kerani JPJ time aku pi buat lesen P kereta.. Kerani JPJ tu nak combine kan lesen P moto dengan lesen P kereta... Tetiba aku tersedar yang aku silap bagi lesen..

Aku : Eh, silap la encik.. (muka merah tahan malu)
Polis: (Senyum...)
Aku : (kutuk aku la tu..) Nah lesennya.. (sambil berdoa dalam hati, harap2 dia x tanya banyak..)
Polis: (tilit lesen yang aku bagi sambil berjalan ke depan kereta n mencari pelekat P)
Aku : Mati aku kali ni... (muka pucat)
Polis: Kereta sape ni? (sambil senyum)
Aku : Kereta abah... (jawab dengan sopan)
Polis: Ohh.. mana pelekat P??
Aku : X sempat nak lekatkan... (jawab tanpa fikir)
Polis: (senyum) Lain kali lekatkan pelekat P tau, nasib baik abang yang tahan, kalau orang lain? kalau JPJ?
Aku : (Sengih) ok encik, sorry...
Polis: (senyum sambil bagi balik lesen aku) Ok boleh jalan, lain kali jangan buat lagi..
Aku : Ok encik.. thanks..
Polis: Ok, drive carefully.. jangan bawak laju sangat..
Aku : Thanks.. (sambil jalan)

Fuhh!! nasib baik x kena saman.. nasib baik bukan JPJ... Nasib baikk laa.. Bila aku toleh kat adik aku, dia dah sengih2 gelakkan aku.. X guna punya budak.. gelakkan aku sebab aku gelabah giler tadi.. balik rumah, dia terus story kat mak aku.. dua-dua gelakkan aku.. Jahattt!!

22 September 2012

Kelebihan Krim Malam


Assalamualaikum semua..

Ok, aku nak share sikit info kesihatan untuk wanita. Ramai wanita tak tahu yang krim malam ni banyak kelebihannya.

  1. Menggalakkan peredaran darah. Ia berupaya membantu pengaliran darah pada wajah secara semulajadi.
  2. Membantu mengurangkan keletihan pada wajah. Krim yang disapukan pada wajah juga dapat mengurangkan sembap pada bahagian wajah terutama kawasan di sekitar mata.
  3. Melambatkan proses penuaan. Kedutan juga dapat dicegah apabila menyapu krim malam secara konsisten.
  4. Membantu otot-otot di wajah berfungsi dengan baik dan memperbaiki tisu.
  5. Struktur kulit akan menjadi semakin anjal apabila mengamalkan rutin penjagaan kulit yang teratur.
  6. Krim malam mampu bertindak secara intensif bagi mengembalikan kecerahan kulit dan memperbaharui kilauan semulajadi kulit. 
  7. Krim malam biasanya bertekstur ringan dan ia amat mudah menyerap pada kulit bagi membantu melindungi dan menyerlahkan kecantikan kulit.
  8. Kandungan yang terdapat dalam krim malam juga bertindak melindungi kulit dari menjadi gelap dan mencegah pembentukan bintik hitam.
  9. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit semakin lembut dan putih berseri.

21 September 2012

Tips Untuk Bantu Seimbangkan Hormon


Assalamualaikum semua…

Sedikit info kesihatan untuk korang yang bergelar wanita…

Terung, avocado dan pir adalah baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan servik wanita. Kajian menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avocado pada setiap minggu ianya dapat membantu mengimbangkan hormone, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan serta menghindari kanser serviks.

Untuk pengetahuan korang, pokok avocado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

11 September 2012

Reunion Kelas 2012

Assalamualaikum...

Tengok tajuk entry, mesti semua org pk reunion yang besar2.. tapi sebenarnya ni cuma reunion kelas je, lebih kepada perjumpaan di hari raya... hehehe.. sedih laa... sebab budak2 class aku dulu just banyak ni je yang malay, yang lain semua chinese... tapi x pe, best... hehehe...



Kelas Akaun... tapi semua orang dalam gambar ni, xde sorang pon yang bergelar akauntan... yang ada pon, kebanyakkan bakal nurse, bakal cikgu, bakal lawyer n macam2 lagi... dah lari dari bidang agaknya.. hehehe...

Reunion time raya senang sikit, sebab semua orang boleh join, semua orang cuti kan... kalau x, kompom x jadi reunion ni... miss them..

08 September 2012

Risiko Tindik Dalam Mulut


Assalamualaikum…

Sejak kebelakangan ni, tindik di dalam mulut dah menjadi kebiasaan bagi remaja sekarang. Bukan sahaja di bahagian luar badan, bahagian dalaman pon menjadi tempat pengumpulan aksesori. Sama seperti menindik telinga, pelbagai aksesori yang diperbuat daripada logam menjadi hiasa dalam mulut seperti subang, loceng kecil, dan jugak cincin.



Bahagian dalam mulut yang biasa ditindik ialah lidah, anak tekak, bibir bawah, bibir atas dan jugak pipi. Penindikan dalam mulut dah menjadi gaya terkini untuk mengekspresikan diri tetapi ia mempunyai risiko kesihatan yang tinggi berbanding menindik telinga. Selain itu, ia turut mengundang kesan sampingan lain.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah jangkitan selepas tindikan dibuat kerana mulut kita mengandungi berjuta-juta bacteria. Pendarahan berterusan dan sukar dikawal juga akan berlaku jika tindikan terkena salur darah.

Selain itu,sakit dan bengkak juga akan berlaku bagi kes yang teruk, lidah menjadi bengkak dan sukar bernafas, geseran, alahan pada logam, kecederaan gusi, hilang deria rasa pada lidah dan juga mungkin penularan penyakit seperti hepatitis, virus herpes simpleks, sifilis atau tetanus terutama jika tiada kawalan jangkitan semasa bertindik.

p/s : fikir lah sebelum buat sesuatu keputusan, padahnya diri sendiri yang akan tanggung. =)

Credit : Info Sihat Remaja

07 September 2012

Memorial

Assalamualaikum...

Pagi2 nih aku x nak membebel panjang2.. just nak upload gambar je... hehehe..
Jom tengok...



Pizza Hut, Nilai

KTM Nilai

Perkarangan Asrama MNC

Murni Nursing College

ICT Putrajaya

ICT Putrajaya

Dataran Nilai

Putrajaya

Floria Putrajaya

Dataran Nilai

Dataran Nilai

Broga Hill, Semenyih

Kelas


Banyaknya kenangan dengan korang... aku x kan lupakan...

05 September 2012

Jodohku Dengan Anak Raja


 Assalamualaikum semua…

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, ada satu rombongan datang meminang aku… aku x kenal pon orang2 tu… aku tengok mak seronok sangat, so apa lah sangat kalau aku terima laki tu demi mak.. so kitorang dinikahkan dua bulan selepas tu… semua belanja untuk kenduri aku, pihak lelaki yang tanggung..

Serius aku cakap, selama dua bulan tu, kami x pernah berjumpa pon.. so memang masing2 x pernah tengok, even gambar sekali pon… sampai lah hari akad nikah tu, tu lah pertama kali kami berjumpa face to face… kalau korang mesti ngeri kan… x pernah jumpa bakal suami sampai lah hari dinikahkan…

Aku takut sangat time tu, tapi berkat sokongan dari parents, family n kawan2, aku jadi kuat… bila first time aku tengok muka dia, jantung aku ni berdegup macam nak terkeluar je dari badan… orangnya segak, kemas n bersih, berkulit cerah n suka senyum… memang sedap mata memandang…

Tetiba aku rasa macam pernah tengok laki ni, tapi x tau kat mana… aku malas nak fikir macam2, so aku ignore je perasaan tu.. mungkin pelanduk dua serupa… waktu first time tok kadi sebut nama dia, aku terus tersentap… menggigil satu badan aku... so sekali lafaz je aku dah pon bergelar isteri…

Lepas seminggu kami kahwin, dia bawak aku ke rumah dia, bukan rumah family dia tapi rumah dia sendiri… sesampai je aku kat rumah dia, aku terkejut… rasa kerdilnya diri aku ni… rumah yang dia maksudkan tu, bukan sekadar rumah, tapi istana yang tersergam indah… besar n cantik… dipenuhi dengan pengawal disetiap pintu… layak kah aku jejakkan kaki kat sini??

Lelaki yang aku kahwin tu, bukan lelaki biasa… dia adalah cucu kepada Sultan Brunei… tak sangka kan, aku rasa macam masuk dalam cerita dongeng je…  di istana tu, aku dilayan macam puteri… segalanya di atur n dikawal… si suami pulak sangat lah caring, sampaikan apa sahaja keperluan aku n apa yang aku mintak, dia akan pastikan aku akan dapat secepat yang mungkin…

Satu hari tu, tengah best aku n si suami jalan2 kat pantai, tetiba je aku rasa macam satu tamparan hinggap kat muka aku… aduhh!! Sakit la bengong, bila aku bukak mata je, tangan adik aku dah melekat kat muka aku… aku tengok plak jam handphone aku, pukul 6.10 am.. huarrggghhhh!!! Dia kacau mimpi aku… mimpi x sampai ending lagi… hukhukhuk… sedihnya…

>> Kan best kalau mimpi jadi kenyataan.. hehehe!

Kulit Mencerminkan Kesihatan Si Gadis

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak share satu info untuk si gadis... huhuhu... macam yang kita semua tau, kulit wajah merupakan perkara yang menjadi perhatian utama si gadis.. tapi ramai yang beranggapan kulit wajah adalah berkaitan dengan kecantikan semata2, sebenarnya ia adalah cermin kesihatan... menurut Emma Hobson dari International Dermal Institute Amerika, kita boleh mengetahui kesihatan tubuh melalui tanda yang terdapat di kulit wajah...

Pipi:
> Kawasan pipi selalunya dikaitkan dengan keadaan paru-paru.. boleh dilihat apabila kulit pipi nampak kusam n kasar disebabkan oleh pengaruh udara, rokok, alahan atau asma.. kulit yang kelihatan kendur juga ada hubungan dengan kualiti paru-paru.. warna pipi yang pucat bererti ada gangguan pengaliran darah terutama yang melibatkan fungsi jantung atau paru-paru..

Gigi:
> Bila gigi mudah goyang, boleh dikaitkan dengan tanda adanya penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) atau leukemia.. masalah gusi yang mudah berdarah pula adalah salah satu tanda kelainan pada darah, contohnya masalah gangguan pembekuan darah..

Bibir:
> Masalah bibir cepat kering mungkin masalah biasa.. tapi hal ni bukan kerana tubuh badan kekurangan air atau dehidrasi sahaja.. dehidrasi boleh terjadi kerana kulit tidak mempunyai pelapis untuk menahan pengewapan... jadi perhatikan juga pemilihan produk yang digunakan untuk kulit.. sama ada ia baik, sesuai atau dijamin bahan2nya.. jangan selalu gunakan skrub pada kulit kerana ini adalah salah satu punca dehidrasi.. selain itu, hilangkan kebiasaan untuk menjilat bibir kerana ia bukan penyelesaian bagi bibir kering..

Kawasan Bibir dan Dagu:
> Sesekali mengalami jerawat pada kawasan ini bukan lah satu hal yang luar biasa.. tapi, jika kerap kali muncul dan berulang-ulang bahkan saat tidak mengalami menstruasi pun jerawat tumbuh dengan banyaknya, boleh jadi anda ada masalah dengan kesihatan ovari.. perhatikan pulak perbezaan rona kulit di dagu yang merah sebagai salah satu tanda adanya gangguan pada ovari..

Kredit : Remaja ^__^

03 September 2012

The Truth

Assalamualaikum dan selamat malam...
Eh silap3!! selamat pagi...

Time2 macam ni memang best kalau online... sebab line Cik Broadband laju je.. huhuhu... tengah best layan citer Knowing kat tv, tetiba teringatkan kenangan dalam class dulu... Lecturer aku x dapat masuk class sebab ada meeting, then dia pasangkan citer Knowing kat LCD class... layan dengan classmate...

Rindu sangat saat2 macam tu.. especially saat2 bersama bestfriends... berjalan ke class sama2, balik class sama2, makan sama2... rindunya... pernah sekali aku create statement ni kat diary aku... Setiap kali aku bukak diary, statement ni ialah first thing aku akan baca...

"Rasa sakit kehilangan boyfriend x lah seperit rasa sakit kehilangan bestfriend"

Our Batch...

My Bestfriends...

Miss them so much...

Harap korang berbahagia selamanya... rindu korang sangat2...

25 August 2012

Reunion

Assalamualaikum...

Gilerrrrr lama aku x online... sebulan kot... bersarang sana sini dah blog ni pon... dah x macam blog dah aku tengok... huhuhu... sebab lama sangat x update kan... maklum lahhhh.. busy mengalahkan PM bulan puasa lepas...

Huhuhu... Rasanya x terlambat lagi untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin... aku mintak maaf kepada semua kalau aku ada buat salah, terkasar bahasa atau whatever lah yang bersalah tu... huhuhu...

Nak tengok pic raya aku?? Huhuhu... serius aku cakap yang tahun ni memang x sempat nak bergambar satu family... gambar aku je yang aku sempat amik... huhuhu... Lepas je balik dari sembahyang raya tu, orang x putus2 datang rumah sampai lah hari raya ke 5... aku n family pon x sempat nak beraya ke rumah sedara... huhuhu...



Ni je yang sempat aku amik... huhuhu... Petang tadi aku p reunion sekolah menengah.. huhuhu... actually just budak2 klas aku je... tetap best walau pon ada yang x join... sorry, gambar memang x sempat nak amik... huhuhu...

P/S: Semuanya x sempat kan?? hehehe

22 July 2012

Hati Wanitaku Tercuit

Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua kita berpuasa kan... letih ke?? bohong lah kalau x letih kan.. huhuhu... hope korang semua sihat... Syukur alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk berpuasa pada hari kedua ni n di bulan Ramadhan yang mulia ni...

Ahaa... tengok tajuk entry aku tu, aku nak bagitau awal2, entry ni x de kena mengena dengan insan yang bergelar boyfriend tau... huhuhu...

Tengah bosan2 tadi, layan komen2 kat fb n blogwalking, tetiba aku teringatkan someone... so aku saja jenjalan kat blog dia tadi... mungkin rindu sebab dah lama x dengar khabar...dengan lafas Bismillah, aku masuk ke blog dia...

Nice, dah berubah wajah... bila aku baca setiap isi kandungan entry kat blog dia, hati aku berdegup laju.. aku rasa macam kerdilnya diri aku ni... aku rasa seolah banyaknya dosa yang aku buat kat insan bernama kawan ni... walaupon aku langsung x tau apa salah aku... Serius, aku x tipu.. memang aku x tau apa salah aku...

Kalau dia cakap macam tu, aku apatah lagi... sayang aku x pernah pudar buat insan2 terpenting dalam hidup aku ni... Selama 3 tahun berkongsi hidup, kasih sayang aku x pernah pudar start dari 1st time kita declare sebagai "bestfriends"..

Tercuit jugak hati wanita aku ni saat membaca luahan hati dia... memang aku mengaku ego aku tinggi, tapi ego aku akan jatuh bila saat aku berdepan dengan insan yang bernama kawan ni... bohong lah kalau aku x sedih dengan perpisahan ni, dengan apa yang terjadi sekarang ni, hanya Tuhan je yang tau apa aku rasa... tapi apa boleh aku buat?? orang x kan faham hati aku...

Aku bersyukur sebab Allah dah kurniakan aku insan2 bernama kawan ni... aku syukur sebab boleh kenal dengan insan2 bernama kawan ni... xpernah sikit pon aku menyesal... tapi apa boleh aku buat??

So di bulan Ramadhan yang mulia ni, aku nak mintak maaf pada semua kawan2 aku, especially kepada 7 orang insan yang bernama kawan ni... korang tetap kawan aku dunia dan akhirat... thanks sebab sudi menemani hidup aku yang serba kekurangan ni... thanks alot friends... sayang aku kat korang x pernah berhenti... love n miss u so much...

21 July 2012

My Trip to Nilai

Assalamualaikum...

Saat ni, jam sudah menunjukkan pukul 2:30 a.m. dan lagi 2 jam, time untuk bersahur... huhuhu... sebenarnya aku baru je sampai rumah... aku p mana?? mesti lah ke kolej terchenta... huhuhu

Perjalanan yang memenatkan jiwa dan raga aku bermula dari semalam... bertolak dari Perlis pukul 9.30 malam dengan ditemani bestfriend aku, kak Wan... huhuhu... dan akibat dari kelalaian kak Wan, mengigau time nak turun dari bas pagi tadi, x pasal2 kitorang kena rushing ke pekan Dengkil untuk ambil handfone dia yang tertinggal kat dalam bas... penat x?? demi bestfriend tersayang, aku sanggup.. huhu ayat x boleh blahh...

Then, semua penat hilang bila tiba di kolej n berjumpa pulak dengan sorang lagi bestfriend tersayang, Intan Izzaty... huhuhu... segalanya menjadi ceria pada hari ni... poyonya ayat...

Tadaaaa!!!!

So, petang tadi jugak kitorang balik ke Utara... sesampai je kat rumah, terasa macam nak tercabut je pinggang ni sebab seharian aku habiskan masa dalam bas je ulang alik dari Perlis ke Nilai, dan dari Seremban ke Perlis... tapi, semuanya menjadi ceria dan lancar dengan adanya bestfriends tersayang nih... miss them so much.. huhuhu

Aku ke Nilai sebab nak ambil Lencana Jururawat aku, huhuhu... Yess!! dah ada lesen untuk bekerja...

14 July 2012

Hilangkan Bosan Di Hari Cuti


Assalamualaikum…

Hai3… korang sihat?? Alhamdulillah kalau sihat… huhuhu… Aku? Aku pon sihat je… hehehe.. Ok hari ni aku teramat bosan… Asyik keje makan, tido, online, tengok tv je kan… Sampaikan badan dah jadi macam belon… Maklum lah… Dah sebulan aku balik kampong tanam anggur.. huhuhu

Ok cukup3!! Tadi aku nak hilangkan bosan… Macam2 yang aku dah buat, tapi x boleh hilangkan jugak kebosanan yang bermaharaja lela leli lelu nih… huhuhu… Masak, makan, tengok tv n online, semua tu aku dah buat tadi… tapi kan, tapi, tapi, tapiiiii…….. Tetap x boleh hilangkan bosan niiiiiiiii!!! Huh penat dah aku!

Tetibe kan, datang satu idea bila tiba2 mak aku tanya aku satu soalan… “Kak lang x mau buat kek ke? Mak rasa macam nak makan kek coklat…” So, dengan satu pertanyaan dari mak aku tuh, aku terus bangun n terus on lappy… Dengan bantuan Cik Broadband aku, aku terus search resepi macam2 jenis kek kat google… huhuhu

Bukan aku sorang, mak aku pon tumpang sekaki… huhuhu… Macam2 kek yang dia nak aku buat… Adoi adoiiii… Dari x de keje, terus jadi banyak keje… keje cari resepi kek… huhuhu… So, untuk mak tersayang, aku rela buat apa saja asalkan dia happy… kehkehkeh!! Ayat memang x boleh tahan… Tapi betol laa.. She’s everything to me…

So… Esok pagi aku akan keluar membeli apa yang patut… huhuhu… Tetiba aku pon rasa macam nak makan kek… huhuhu…

13 July 2012

I Must!!!

Assalamualaikum...

Persahabatan tu bukanlah
tentang siapa yang hadir
terlebih dahulu dalam hidup kita,
TAPI
tentang siapa yang datang
dan tak pernah meninggalkan
kita SENDIRIAN...

Forget the past that 
made you cry
AND
Focus on the present
that completes your smile,
BECAUSE
Allah always know
the best for you...



09 July 2012

Love U Dear

Assaamualaium...

Hai3.. Cik Nana Farhana sekarang dah x macam dulu tau... Dah x hairankan apa nak jadi lepas ni... yang penting, kita tau apa yang kita buat... hanya diri kita yang faham kita seadanya... bak kata intan izzaty (bestfriends aku) dulu laa.. ayat nak memujuk hati yang agak sedih time tu.. hehe..

I love u all so much dear... sape tu?? ni lah orangnya... ada kat dalam video ni... intan izzaty awak cakap nak tengok sangat kan video ni?? aku malas nak upload kat fb sebenarnya... cukuplah sekadar kat sini... sebab keadaan dah x sama macam dulu... Aishhh.. apa yang aku merepek niiii... huhu..

Ok dear.. jom layan...


Have fun!!

18 June 2012

I Miss U Dear Friends

Assalamualaikum semua...

Sorry3!! lama x update.. hehehe... line Cik Broadband kat rumah sangat lambat.... apa pon x boleh buat... jangan cakap nak update blog, nak connect internet pon x dapat... ni pon aku x tau mood apa yang melanda Cik Broadband aku sampaikan aku boleh online walaupon dengan hanya ada line GPRS... ok la dari x boleh connect langsung kan...

Ok, hari ni dah masuk hari ke 3 aku menjadi penganggur terhormat di rumah sendiri... sangatlah bosan dan x best... kalau boleh, biar lah aku stay dengan kawan2 kat asrama... at least x bosan sangat, tambah2 bila berdepan dengan otak gila2 room mate aku... I miss that moment...

Ok, study dah habis, LJM pon dah habis... so tinggal nak apply keje je ni haa... mana nak apply? macam teringin sangat nak terbang ke Sabah.. hehehe... giler jauh... tapi tu cuma angan2 je, memang kalau boleh aku nak apply kat Sabah... tapi my mom cakap keje kat semenanjung ni berlambak... masalahnya, nak dapat ke aku apply kat semenanjung ni? Rezaki Allah tu kat mana2 je kan... so kita kena meminta dariNya..

Aku rindu sangat dengan kawan2 aku, room mate aku... macam nak gila aku rasa... bagi aku, rasa perit kehilangan boyfriend x seteruk rasa perit kehilangan kawan... ni lah yang aku rasa sekarang... aku boleh hidup tanpa boyfriend, tapi aku x boleh hidup tanpa kawan... aku rindu sangat budak2 tu...

Bila aku nangis, mak aku mesti cakap kat aku, "kita kena hargai orang tu bila dia ada kat depan mata kita.." dulu, cuma dalam video yang aku create untuk tontonan sendiri, aku luahkan perasaan sayang aku kat kawan2, sekarang pon, dalam video yang aku create jugak, aku luahkan perasaan sakit menanggung rindu aku kat kawan2 aku... niat aku nak upload video tu kat facebook, tapi takut... sebab sebelum berpisah pada hari last kitorang tu, ada krisis yang terjadi...krisis tu biar lah aku orang dan terlibat je yang tahu...

So sekarang, video tu aku akan tengok hari2 bila aku rasa aku rindukan kawan2 aku... aku memang letakkan diorang ni kat level yang tinggi dalam hati aku, iaitu selepas family aku.. boyfriends aku pon x dapat apa yang diorang dapat ni... memang aku hargai sangat diorang ni... Intan, Kak Izza, Kak Wan, Kak Yana, Kak Mas, Wafa n Eifa... cuma diorang je yang mungkin x tau...

Hanya Allah je tau macam mana aku rasa bila berpisah dengan budak2 ni.. Setinggi mana pon ego aku ni, tapi bila berdepan dengan budak2 ni mesti ego aku akan jatuh... tapi orang x pernah nak hargai apa yang aku buat... mungkin pengorbanan yang aku buat time diorang susah, x mencukupi... aku x harapkan balasan, just hargai aku, tu dah lebih dari cukup...

Mungkin aku ni bukan kawan yang terbaik bagi diorang, mungkin aku ni x se"perfect" diorang.... tapi aku akan hargai kawan2 aku sampai bila2... aku akan ingat sampai bila2... semua kenangan pahit manis yang kitorang lalui bersama, aku akan ingat sampai bila2...

Hope friendship kita ni xde ending... nak kekal selamanya... Love n miss u my dear friends...

04 June 2012

Birthday

Assalamualaikum...

Hai3 semua... semalam, 3 Jun 2012... genap lah umur aku 21 tahun... alamak... i'm getting older!!! hehehe.. apa2 pon, thanks alots aku ucapkan kepada semua yang wish kat aku...

So, selama 2 hari sabtu & ahad aku terbang keluar dari asrama dengan bebas tanpa gangguan... dengan sape lagi kalau bukan dengan papa aku... habiskan masa yang ada di Seremban untuk hari sabtu n di Time Square untuk hari ahad...

Aku ke TS ada sebab lain jugak.. cari baju nak pakai untuk farewell nanti... dari tengah hari sampai ke petang aku dengan papa berjalan mengukur keluasan TS tu.. hahaha.. kesian giler kat papa... penat ikut aku masuk keluar kedai dari satu ke satu... semua kedai aku masuk...

Selagi x dapat apa yang aku cari, selagi tu lah aku x berhenti berjalan... niat nak tengok wayang n main boling pon x jadi sebab x sempat... seharian cari barang aku je...

Aku ingat bila aku dah keluar, balik je ke hostel dengan muka penat yang sengaja dibuat meminta simpati room mate aku jangan buat sebarang kejutan yang memang kompom aku x suka... last2 aku kena jugak... hampeh punya budak2...

Keluar je aku dari toilet, kononnya dah fresh lah lepas mandi, kena mandi untuk kali ke dua pulak... apa budak2 bertuah tu buat?? betol2 depan pintu toilet, disimbahnya aku dengan tepung yang dibancuh sebati n dicampur dengan daun pandan... you know what? I very hate PANDAN!!!

Hampeh punya budak2... x pasal2 malam tu aku habiskan satu botol shampoo.. busuknya x hilang sampai aku tido kott.. punya lah kuat baunya... sampai ke hari ni, rambut aku still bau pandan... eeiii.. benci betol... diorang cakap, tu baru sikit... lepas ni ada lagi... gilerrrrr.. kena berjaga-jaga bila keluar dari toilet.. hehehe

Apa2 pon, aku x salahkan diorang pon.. sebab sebelum ni, time birthday diorang, aku lah ketua mengadunkan bahan2 untuk disimbah kat diorang.. hehehe... last2 aku kena jugak kan... nasib lah badan...

30 May 2012

Otak Tepu

Assalamualaikum..

Hai3.. Annyeong... korang sihat ker? diharap semua sihat lah yer... First of all, aku nak mintak maaf kepada semua yang datang ke blog aku, n tengok entry yang sama selama 3 hari dah...

Aku nak bagi tau, aku x sempat nak update blog nih... x sempat betul2... sangat2 lah busy dengan study, tambah2 disaat-saat genting macam sekarang... Bukan Genting Highland tau...

Setiap hari, start dari pukul 8.30 pagi, otak aku dah kena ready untuk terima pelajaran... buat revision dalam klas... rehat satu jam untuk lunch, dan otak sambung buat revision sampai pukul 6 petang... x payah tanya, aku boleh agak kalau sape yang ada kat tempat aku, mesti tepu otak korang kan??

X cukup dengan tu, malam lak ada lagi kelas start dari pukul 8 sampai 10 malam... tapi aku x pernah lagi attend untuk kelas malam.. sebab aku rasakan yang otak aku ni perlukan oksigen n rehat yang cukup... kalau x, aku mungkin jadi gila... GILA?? aku x nak.. hehehe

So aku nak mintak maaf lah kat korang semua, aku bukan x nak online, kadang2 aku bukak jugak even setengah jam untuk blogwalking malam2 je... kalau aku x sempat update entry baru, aku akan blogwalking je, sebab x nak kecewakan orang yang lawat blog aku...

Kerjasama n kefahaman korang amat diperlukan n dihargai buat masa ini, detik ini dan saat ini... hehehe...

p/s: aku online lebih sikit bila time cuti weekend... peace!!

27 May 2012

Preview Semester 6

Assalamualaikum...

Malam ni lambat sikit online... ada keje yang x dapat dielakkan.. (yelah sangat) Ok jom preview semester 6..

Start 27 Disember 2011 - 13 Jun 2012
Bila masuk je semester 6 ni, masing2 tengah coundown for that date... tarikh apa? tarikh untuk exam LJM... Bila sebut je LJM, automatik bulu2 roma kat badan menjadi tegak... takut weiii... sape yang x takut?

Masing2 macam x berapa nak hiraukan apa yang terjadi kat sekeliling... yelah.. punya lah nak fokus pada LJM kan... serius aku cakap, semester 6 ni agak busy... banyak benda nak kena settle dalam masa terdekat... dan semua benda nak kena siapkan cepat2, secepat yang boleh... sampai kan kadang2, papa aku tegur "Ayang ni apsal jalan cepat sangat??" hehehe.. selingan je tuhhh...

Tapi betul la, ni kan dah semester akhir... agak keterlaluan kalau aku cakap yang dalam semester ni, semua akan jual ikan... i mean 'selfish'... tapi tu lah hakikatnya... selfish kat sini bukan lah bermakna pentingkan diri sendiri, tapi semua macam berlumba2 untuk jadi terbaik diantara yang terbaik... especially dalam pelajaran...

Krisis yang melanda?? masing2 dah x hirau pon... hahaha.. bukan lah x hirau terus, tapi bagi aku, ada sebab kitorang jadi macam tu... kadang2 jadi agak sensetif... mungkin sebab tarikh 13 Jun tu dah nak dekat... kalau nak kira dari sekarang, tinggal lagi 16 hari untuk kitorang bersama kat sini... lepas ni dah nak menempuh alam pekerjaan...

Kadang2 aku terfikir jugak, lepas ni budak2 ni still nak ingat aku ke? atau akan lupakan aku? bagi aku, kenangan time study ni lah, x akan aku lupakan sampai bila2... bila dah masuk alam keje nanti, kompom akan rindukan zaman jadi student... zaman nakal2 lah katakan...

Kalau lah boleh kan, aku x nak habis study, aku nak je study sampai bila2... sebab aku x nak berpisah dengan group aku... x nak, x nak, x nak!!! serius x nak tau... sedih lah bila ingat2 balik... tapi hati ni x pernah nak tunjukkan realiti sebenar perasaan ni... huh, ego setinggi gunung kinabalu beb minah nii!! (<---x tinggi sangat tu)

Bak kata adik perempuan aku, setinggi mana pon ego tu, nanti akan jatuh jugak... aikk? apa kes ni adik yang bagi nasihat kat kakak? hehehe... dia lebih matang dari aku kot...

So aku harap sangat lepas ni, friendship ni akan kekal... walaupon masing2 busy dengan keje masing2... aku nak buat pengakuan terhormat sikit malam ni... "Dear lovely friends, aku Nurul Farhana x pernah & x akan lupakan korang ----> intan izzaty, nurul wafa, nor safariyana, wan norshafina, mastura & mudzalifah sampai bila2... for the rest of my life... I'll be with you... I stay by your side... korang sambung sendiri..."

Huhuhu... so aku harap jugak yang korang x akan lupakan aku sampai bila2... korang semua sangat bermakna bagi aku... sangat bermakna... korang lah perkara terbaik pernah aku lalui walaupon kadang2 ada je krisis yang melanda friendship kita ni... aku jugak nak mohon maaf kalau selama kita berkawan ni, aku ada buat salah, terkasar bahasa (<----selalu sangat), atau terpukul secara x sengaja & macam2 lah yang sewaktu dengannya... aku nak korang tau yang aku sayangkan korang... sayang sangat... sampai bila2... aku harap korang pon macam tu...

Alaa.. sedih lah pulak... ni bukan happy ending ok... huhuhu...

25 May 2012

Preview Semester 5

Assalamualaikum...

Semester 5 bermula dari 28 Jun 2011 - 26 Disember 2011
Disebabkan pelbagai dugaan yang melanda, friendship kitorang dah x macam dulu lagi... makin lama, makin banyak perangai2 sebenar diri masing2 yang kitorang boleh tengok... macam2...

Pernah satu saat tu, sebab dah x tahan n selalu bercanggah pendapat, group kitorang ni macam berpecah kepada 2... ni pon disebabkan faktor luar sekali... sebab masing2 x boleh nak faham perasaan kawan2 yang lain... paling x tahan, ada orang lain yang masuk campur dalam masalah yang dah sedia ada ni... siapa orangnya? hanya kitorang yang tahu...

So, lastly orang yang paling tua merangkap 'kakak' ambil keputusan untuk berbincang... kumpul ramai2 n luahkan rasa x puas hati masing2.. dari sini, sikit2 kitorang dah tau kelemahan n kelebihan masing2... dari sini jugak kitorang boleh faham apa sebenarnya yang kawan2 lain nak...

Tapi, disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan turun jugak time tengah hari tu... huhuhu... krisis tetap jadi krisis bila masing2 x boleh nak terima kenyataan n teguran dari yang lain... teguran yang diberi pon x diambil peduli... so masing2 pon buat x tahu... buat macam x de benda apa yang terjadi...

So, sampai ke akhir sem, macam tu je lah... masing2 buat x tahu... sampai lah friendship ni ok dengan sendirinya...

24 May 2012

Preview Semester 4

Assalamualaikum...

Cerita semester 4 di kolej... Start dari 28 Disember 2010 - 27 Jun 2011
Semester 4... merupakan "honeymoon" bagi kitorang... dalam pada tu, pelajaran tetap x dilupakan... semester 4 ni memang mencabar sangat... nak tau sebab apa? x de sebab pon sebenarnya...hahaha.. mungkin banyak krisis dalam friendship kitorang... (memang banyak giler)

Hurmm.. krisis dimana kitorang jadi x sehaluan... rasa macam something missing je dalam group tu... x pernah rasa cukup... sem ni, kitorang start berbalah, bergaduh, bertumbuk, bertinju, bersepak terajang n macam2 lagi yang sewaktu dengannya... (menipu je ni, tolong jangan percaya) dugaan lah katakan... biasa lah tu, sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pulak budak2 baru nak naik macam kitorang ni... (memandai je ubah)

So kitorang punya friendship tu x berapa nak ok sangat... sepatutnya mood honeymoon ni, semua orang gembira kan..  tapi kitorang pulak?? aku cakap honeymoon sebab sem ni lah paling relex... subjek2 nk kena study pon x susah... senang je... huhuhu... sebab tu pointer untuk sem ni paling gempak... huh!! yekerrr? sentap 5 saat... ye betol laaa... faktor penyumbang adalah lecturer yang sempoi...

Paling x boleh nak lupa, balik je dari praktikal, kena simbah dengan tepung bancuh... huh, birthday aku dah lepas tapi x tau yang budak2 bertuah ni dah plan nak kenakan aku jugak... xpe laa.. ada ubi ada batas, ada hari aku akan balas... (mesti balas, hahaha)
Ok, tu je... thanks for reading...

23 May 2012

Preview Semester 3

Assalamualaikum...

Annyeong... Malam ni, nak preview citer semester 3...

Bermula dari 28 Jun 2010 - 27 Disember 2010...
Semester ke 3 ni, kitorang dah jadi matang sikit.. matang kerrrrr? oit.. matang lah.. x mau percaya plak... baik korang percaya cepat.. kalau x, aku merajuk setahun.. hehe.. just joke... jangan simpan dalam hati tau, nanti dapat sakit jantung... sape susah? aku jugak.. hehehe

Ok, kitorang matang lah sikit, contohnya macam bab pelajaran... korang nak tau x? start semester 2, kitorang punya result semua meningkat tau x? makin lama, makin naik... alhamdulillah... syukur sangat2... nak tau x apa rahsianya? kalau nak tau, bak 5 ringgit!! heheh

Rahsianya, kitorang buat study group... group kitorang je lah... x campur dengan orang lain... walau pon kitorang x campur dengan group2 lain, kitorang tetap up to date tau... cewahhh... perasannya.. sikit2 xpe, jangan perasan banyak2 sudah... penyakit tuu...

Huhu.. so setiap malam, sebelom exam (sebelom exam je ke study??) kitorang akan berkumpul n start riuh a.k.a. buat bising sampai nak pecah hostel... aku x boleh nak bayangkan kalau hostel tu boleh bercakap, dah lama kitorang kena maki hamun agaknya... silap2 hari bulan, kena sekeh kepala sorang2.. hahaha.. untung laa x kena macam tu... mau bengong seminggu kalau kena sekeh dengan hostel plus demam sekali... yelah, demam sebab terkejut kena sekeh dengan hostel.. hostel mana boleh sekeh laa..

Merepek je aku ni... ok sambung balik, kitorang buat study group, start bertanyakan soalan... time tu, macam2 jawapan yang keluar dari mulut masing2... jawapan dari 2-3 orang je yang sah diguna pakai, yang lain boleh buat peneman tong sampah... hahaha

Best sangat time tu, rasa macam dunia ni kitorang yang punya... banyak cantik kan? hehehe... xde lah sampai rasa macam tu... terlebih sudaaa... lepas tu, ade lah suara2 sumbang yang suruh kitorang diam... baru lah kitorang tersedar yang kitorang tengah bising sangat sampai ganggu budak2 lain... biasa lah kalau hidup berhostel ni...

So sabar je lah dengan semua dugaan yang melanda.. ayat memang x boleh tahan... huhuhu... Semua tu kitorang lalui bersama-sama...

Bulan Rejab, Peluang Taubat

Assalamualaikum...

Sebelum apa2, korang tengok ni dulu, ni aku ambil dari blog Cik Hanie.. Sedap sangat mata ni kalau membaca benda ni... rasa damai..


Ok ni sedikit keratan dari blog dia... kalau nak baca dengan lebih lanjut, sila ke blog Cik Hanie, klik je kat nama dia tu...sementara peluang masih terbuka untuk bertaubat, jom lah kita sama2 kejar... x rugi n yang paling penting, sangat untung kalau kita buat... ok, tu je...

p/s : hari ni dah 2 Rejab, pejam celik pejam celik habis sebulan... so jangan biarkan bulan Rejab ni berlalu macam tu je...

21 May 2012

Kawan Aku Touching

Assalamualaikum..

Alahaii.. malam ni malam touching ke? aku pon rasa macam tu bila kawan aku tetiba touching... wuwuwu... ingat aku x sedih ke? sedih beb...

Memang masing2 nak fikir pasal exam LJM yang akan "coming so soon"... tapi dalam masa yang sama, terfikir jugak macam mana nanti bila tiba masa berpisah... sungguh x sanggup nak hadapi...


Hope sangat friendship kitorang ni x akan berpisah... hope kekal selamanya... Love u all my dears...

Preview Semester 2

Assalamualaikum...

Haii.. Malam ni preview untuk semester 2...

Semester 2 bermula pada 28 Disember 2009 - 26 Jun 2010... Time ni, masing2 mula untuk mencari identiti diri kawan2... Balik je dari cuti semester selama 3 minggu, relationship kita makin berkembang... Kak Wan n Kak Izza mula rapat dengan group kitorang... memang macam adik beradik...

kak Izza
kak Wan

Tanpa disangka, ahli group kitorang dah mencecah 7 orang... Lepas dapat result pertama untuk semester 1, masing2 mula sedar yang waktu semester 1, kitorang banyak main2... masih kabur untuk bezakan masa belajar dengan masa main... tapi result masing2 not bad... ok what?? huhuhu

So, bila masing2 dah sedar, bermula lah misi untuk belajar bersungguh2, x nak kecewakan mak n ayah lagi... dari situ, kitorang semua sepakat x nak main2 lagi... study sama-sama, buat apa pon semua sama-sama...

Dalam masa yang sama, kitorang menerima sorang lagi ahli group yang menjadikan ahli group ni sebanyak 8 orang... nak tau sape? sape lagi kalau bukan si Intan Izzaty... dia lah orang yang terakhir join group kitorang... maksud kata dia orang yang paling muda.. hehehe.. tapi kalau nak ikut umur, aku muda lagi.. hehehe..

Intan Izzaty

Huhuhu... Lepas apa yang dah jadi kat intan, kitorang sepakat terima dia dalam group ni... Lepas intan masuk ke group ni, rasa macam kitorang dah lengkap... dah cukup... macam2 perangai ada... penyayang, nakal, manja, gila-gila, panas baran, mulut longkang n macam2 lagi... rasa macam lengkap berpakage... huhuhu

Dari hari ke hari, persahabatan ni jadi makin rapat sampai dah x boleh berpisah... walaupon nak berpisah selama 3 bulan je untuk praktikal, masing2 menangis macam nak berpisah untuk 3 tahun... kadang2 rasa macam lawak sangat... kalau orang tengok mesti cakap kitorang ni poyo.. padahal, memang tu lah yang terjadi...

Time ni, masing2 dah kenal hati budi... sampai semua rasa n rahsia dikongsi... Bila ada yang nak luahkan perasaan, mesti ada jugak yang setia menjadi pendengar... walau pon masalah yang diluah tu kadang2 rasa macam bodoh, tetap ada yang setia mendengar... tu lah yang menjadikan kitorang rapat...

20 May 2012

Preview Semester 1

Assalamualaikum...

Hari ni, saat ni, detik ni... aku nak kongsikan dengan korang preview sepanjang 3 tahun aku di Murni Nursing College... segala pahit manis bermula di sini........

Semester 1 ----> 18 Mei 2009 - 27 Disember 2009
Bermula dari minggu orientasi, aku mula mengenal warga Murni Nursing College... teringat lagi, hari first aku masuk kolej, time nak daftar, aku ditemani oleh mak n sepupu, aku boleh tengok ramai orang dari setiap pelosok negeri kat Malaysia... cara percakapan, cara pemakaian... semua macam asing bagi aku...

Habis mendaftar, waktu untuk berpisah 3 tahun dengan mak buat kali pertama, air mata x boleh dikawal... xpeduli pon orang lain yang tengok... sedih.. sesampai aku di bilik aku, orang first yang aku jumpa n tegur ialah Wafa... mula tu malu2 nak tegur, bila dah start tegur, start berkongsi latar belakang....

Aku & Wafa

Aku mula kenal n rapat dengan kawan2 dalam bilik aku... Kak mas n Ifa... waktu sem 1 ni, aku kurang bergaul dengan orang, lebih kepada menyendiri... sebabnya?? aku rasa terasing, sedih sebab rindukan family kat kampung n macam2 lagi... teringat lagi waktu minggu orientasi, tiap2 malam aku nangis sebab rindukan mak... paling teruk, cukup seminggu aku kat kolej, aku call mak cakap nak balik... lawak kan?

Kak Mas

Ifa

Mak pujuk aku suruh aku stay kat sana, nanti lama2 ok la mak cakap... so aku sabar, sabar n sabar sampai lah aku dah mula bergaul macam biasa dengan budak2 bilik aku... tu pon still malu2... dengan kata lain, malu nak tonjolkan perangai diri sendiri.. huhuhu...

Lepas 3 bulan, masa untuk praktikal untuk kali pertama... merawat orang, dalam hospital untuk kali pertama... first time masuk hospital sebagai student nurse, aku blurr x tau apa nak buat... rasa macam orang bodoh je.. bila dah lama2 sikit baru lah boleh sesuaikan diri dengan staf kat dalam hospital...

Time praktikal, aku mula rapat pulak dengan Kak Yana a.k.a. room mate aku... orang yang aku dah anggap macam kakak sendiri... x sangka hubungan aku dengan dia memang macam adik beradik...segala masalah aku kongsi dengan dia, dan dia pon sama... dia pon boleh dipercayai... aku selesa sangat dengan dia...

Aku & Kak Yana

Untuk semester 1 selama 6 bulan, aku dah kenal hati budi 4 orang yang rapat dengan aku... iaitu Wafa, Kak yana, Kak Mas n Ifa... so aku dapat 4 orang kawan yang betul2 rapat dengan aku...


Ni preview untuk Semester 1... Semester selanjutnya akan di update setiap hari selepas ni... so tunggu...

19 May 2012

18 May 2012... Happy Anniversary

Assalamualaikum...

haii3.. annyeong... first at all, aku nak ucapkan syukur kepada Maha Pencipta yang dah sihatkan lappy aku... so, sekarang aku boleh online bila2 masa yang aku nak, tanpa gangguan.. hehehe... yeaa.. lappy dah sihat macam dulu...

Ok, tarikh 18 May 2012... ada apa eh dengan tarikh ni? nak kata cantik, xlah cantik sangat... tapi tarikh ni special bagi aku... kejap3... ni bukan tarikh anniversary aku dengan papa ok, tapi ni tarikh anniversary aku dengan kawan2 kolej...

18 May 2012 iaitu hari ni, dah genap 3 tahun aku bersama2 dengan kawan2 di Murni Nursing College... segala pahit dan manis aku dah lalui bersama2 diorang... ketawa, air mata dan macam2 lagi... rindunya nanti.. saat2 perpisahan dah dekat... 13 Jun 2012, berakhir lah segalanya bagi student Murni Nursing College Batch 13/2009...

Nanti, dah nak habis dahhhh.. alamakk.. touching la plak... serius aku sedih sangat bila ingat balik, tarikh 13 Jun 2012 tu dah nak dekat... kalau boleh, aku nak undur balik masa, nak create kenangan2 manis je dengan kawan2 kolej aku... tapi aku sedar, tu bukan kuasa aku... aku xde kuasa untuk undurkan masa ni...

Whatever lah, apa2 pon, happy anniversary kita yang ke 3 tahun, batch 13/2009, Murni Nursing College... Hope our relationship akan berkekalan sampai bila2... walau terpisah jauh di kutub utara pon, persahabatan kita akan kekal... aku xkan lupakan korang2 semua...




13 May 2012

Sambutan Nurses Day

Assalamualaikum...

hai3.. annyeong... korang sihat? aku pulak terlebih sihat... huhuhu.. maklum lah, perasaan seronok semalam x habis lagi... ni lah sambutan Nurses Day terakhir bersama semua kawan2 kolej, bersama clinical instructor di Alor Setar dan jugak sambutan Nurses Day yang terakhir sebagai student.... x boleh nak gambarkan perasaan gembiranya...

So, semalam kitorang semua sambut Nurses Day di rumah ketua clinical instructor kitorang di Alor Setar.. memang meriah sangat... ok, xnak cakap bebanyak, nak letak gambar je banyak2 kat sini... untuk tontonan korang... maklum lah, bila masa DSLR melekat kat tangan, yang lain pon mula lah berposing macam2 gaya... huhuhu...



Game : pecahkan belon... ggrrhh...

Maaf.. aku x tahu apa yang Intan Izzaty tangah buat kat perut
aku tu... ish3 budak nii...

Sayangnye...

Yang tengah duduk tu, kitorang punya lecturer subjek
Mental Health Nursing... huhuhu.. sememangnya mental...
Opsss.. x sengaje... ^_^

Clinical Instructor




Oleh sebab terlalu crowded kat depan, kitorang buat keputusan
untuk bentangkan tikar di bahagian belakang... 
waa.. ala-ala picnic gitu...


Yang tengah2 kat sebelah aku tu, kitorang punya
Clinical Instructor yang paling garang... tapi hati baik tau..



Game : Music Chair



Model pokok??




Tema Nurses Day tahun ni,
CLOSING THE GAP : FROM EVIDENCE TO ACTION



Pantang nampak lense...



kek ni sedap...


Kek ni pulak, kawan aku yang buat... hihihi.. so sedap...


Bila lagi nak boleh sambut macam ni? lepas ni mesti rindukan saat2 macam ni... sedihnya...