27 December 2012

Dasar Pencuri

Assalamualaikum semua...
Selamat pagi... Korang sihat x? Hope semua sihat lah ye...

Hari selasa lepas iaitu hari Chrismas, aku bosan sangat kat rumah, tengok jam dah pukul 8 malam... disebabkan terlalu bosan di rumah, aku pon keluar lah, menuju ke pantai cenang... lepas setengah jam aku jalan2 amik angin pantai, aku teringat kawan aku yang tengah keje shif petang kat resort... so aku pon pi lah lepak dengan dia kat resort..

Sesampai aku kat resort, aku tengok kawan aku tengah sibok layan guest yang datang untuk ckeck-in kat resort... aku pon tunggu lah kat situ sampai dia habis keje sambil melayan fb..lebih kurang pukul 10 malam, aku tengok kawan aku tu dah sibuk2 buat closing akaun...

Semua sales hari ni dikumpulkan n dikira, bila dah pasti semua duit cukup, dibalut pulak semua duit tu dengan kertas A4 sebab nanti nak drop semua duit tu dalam peti besi... bila dah siap balut, aku tengok kawan aku letak duit tu kat tepi kaunter sebab dia nak print something... aku cakap lah kat dia, "jangan letak duit tu merata-rata, nanti takut hilang lak, bukan sikit duit tu.." dia lak selamba je senyum kat aku...

Then, tengah2 dia nak print tu, ada lah sorang guest lak datang nak check-in, thats mean duit tu ditinggalkan kat tepi kaunter untuk jangka masa yang lama.. aku lak malas nak pk, terus masuk ke toilet.. lepas 3 minit, aku keluar... tetiba kawan aku tu tanya aku, "Ada nampak duit tadi x???" aku tengok muka dia dah pucat... so aku cakap aku x nampak.. memang betol lah aku x nampak...

Then dia tanya lak kat sorang general worker n sorang training security yang tengah borak2 kat belakang kaunter tu..diorang cakap x amik pon... sudahhh... habis lah.. aku tengok kawan aku tu dah x boleh buat apa2, sebab terlalu takut...sorang lagi kawan aku masuk ke dalam office n tanya kat ketua security, lastly dia kena marah balik... ketua security tu x ambil pon... then aku terus call manager resort tu, x sampai 5 minit dia dah sampai kat resort...

Nasib baik lah manager xmarah sangat, cuma dia tegur kecuaian kawan aku tu je... then manager aku lak call owner resort kitorang, dalam masa 3 minit dia dah sampai kat resort dengan muka terkejut... masing2 kat situ pk cara macam mana nak buat, tetiba aku teringat yang kat kaunter tu kan ada cctv... then terus manager aku call bahagian IT suruh datang...

Time tu dah pukul 12 malam, kitorang tengok rakaman cctv start dari pukul 10 malam... lama gak nak tunggu sebab ulang tengok banyak kali... ada lah something yang mencurigakan pasal training security tu...banyak kali kitorang review bahagian training security tu datang kat kaunter...sampai lah last sekali kitorang tengok slow motion, memang training security tu yang amik duit tu...

Dalam hati ni hanya Allah je yang tahu apa aku rasa, rasa x percaya sebab training security tu baru je keje 3 hari... dah berani buat keje macam tu... so tanpa bantuan polis kes tu dapat diselesaikan.. dia sembunyikan duit tu kat bawah seat motor dia... lastly training security tu kena sepak, kena marah, n kena pecat time tu jugak.. owner resort x nak report polis sebab x nak kecoh2...

So, pukul 1.30 pagi baru aku n kawan aku boleh balik rumah... pengajaran untuk kawan aku yang cuai, jangan letak duit merata-rata... bukan sikit duit tu, banyak sangat, belasan ribu jugak lah... Tuhan tu maha adil kan...


1 comment:

Anonymous said...

siapa mencuri,kita potong tangan dia. huhu
happy 2013!