28 September 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua...

Jap2 nak ingat balik, berapa hari ek aku x bukak blog aku ni? ada la kot dalam 3-4 hari? huhuhu.. so sorry.. aku busy sangat sekarang.. Ok, I'll make it short...

Actually aku dah start keje sekarang... sebab tu x ada masa nak online... tapi hari ni boleh je sebab aku bawak Cik Lappy buat temankan aku kat sini.. huhuhu

Syukur alhamdulillah... Aku keje kat sini untuk sementara je.. sebab aku still nak tunggu keje dari hospital.. Ohh lupa pulak... sekarang aku keje kat Doctor Suraya Medical Centre, kat kangar... Private klinik hospital... huhuhu... tapi klinik ni lebih kepada perbidanan... that means kat sini aku kena assist doctor sambut baby lahir...

Pengalaman tu... mana nak dapat kan.. huhuhu... mana tau suatu hari nanti aku nak sambung study buat post basic kebidanan (midwifery) kan.. at least aku dah ada experience... lagi pon kebidanan ni bidang yang aku suka... Insyaallah suatu hari nanti, kalau ada rezeki aku... doakan aku tau...

24 September 2012

Hampir Disaman

Assalamualaikum semua..

Rasa macam dah lama sangat aku x bercerita kat sini.. bukan x nak, tapi ada someone yang berpenyakit "PHD" kat aku.. dari dulu sampai sekarang, aku pon x tau apa yang dia x puas hati sangat... PHD tu apa? PHD tu perasaan hasad dengki.. hehehe.. hanya orang2 tertentu je yang ada penyakit -ve ni.. just ignore je orang macam ni... diorang tu nak perhatian je... hehehe

Haaa.. nampak tajuk entry aku? memang betul pon.. macam ni haa.. petang tadi aku keluar dengan adik aku amik angin kat tepi pantai Sungai Baru, Kuala Perlis... tengah sedap2 drive sambil menyanyi-nyanyi n menghayati angin pantai yang sepoi2 bahasa, aku sampai kat satu selekoh yang memerlukan aku membelokkan kereta sebanyak 90 darjah..

Sambil membelok tu, aku nampak kereta polis kat depan, dalam 100 meter je jaraknya, tengah buat roadblock... sepantas kilat adik aku tarikkan seatbelt untuk aku, sebab dia tau, aku mesti gelabah time tu.. untung aku bawak adik aku.. so aku pon drive la dengan sopan santunnya.. dalam hati ni, macam2 dah aku rasa... tetiba polis tu tahan aku n suruh aku stop kereta kat tepi..

Nak x nak kena ikut jugak lah kan... dalam hati ni dah x tentu arah dah aku rasa.. aku pon turunkan cermin kereta aku sambil bagi senyuman paling manis kat polis tu... handsome siot... huhuhu.. sempat lagi ekk.. senyuman manis tu x bermaksud aku nak goda ok, tapi sebab aku nak cepat lepaskan diri.. harap2 laahh..

Polis: Hai adik, laju drive, nak ke mana ni?
Aku : Hehehe.. saje jalan2.. Nak join ke? (sambil tersengih)
Polis: (Senyum) Mintak lesen jap..
Aku : Kejap ek.. (sambil keluarkan lesen dari wallet dengan tangan yang menggigil.. adik aku kat sebelah dah merah muka, tahan gelak tengok aku gelabah)

So aku keluarkan lesen n terus bagi kat dia tanpa perasan yang aku silap bagi lesen.. aku terbagi lesen P moto yang dah pon dipotong sebelah tepi oleh kerani JPJ time aku pi buat lesen P kereta.. Kerani JPJ tu nak combine kan lesen P moto dengan lesen P kereta... Tetiba aku tersedar yang aku silap bagi lesen..

Aku : Eh, silap la encik.. (muka merah tahan malu)
Polis: (Senyum...)
Aku : (kutuk aku la tu..) Nah lesennya.. (sambil berdoa dalam hati, harap2 dia x tanya banyak..)
Polis: (tilit lesen yang aku bagi sambil berjalan ke depan kereta n mencari pelekat P)
Aku : Mati aku kali ni... (muka pucat)
Polis: Kereta sape ni? (sambil senyum)
Aku : Kereta abah... (jawab dengan sopan)
Polis: Ohh.. mana pelekat P??
Aku : X sempat nak lekatkan... (jawab tanpa fikir)
Polis: (senyum) Lain kali lekatkan pelekat P tau, nasib baik abang yang tahan, kalau orang lain? kalau JPJ?
Aku : (Sengih) ok encik, sorry...
Polis: (senyum sambil bagi balik lesen aku) Ok boleh jalan, lain kali jangan buat lagi..
Aku : Ok encik.. thanks..
Polis: Ok, drive carefully.. jangan bawak laju sangat..
Aku : Thanks.. (sambil jalan)

Fuhh!! nasib baik x kena saman.. nasib baik bukan JPJ... Nasib baikk laa.. Bila aku toleh kat adik aku, dia dah sengih2 gelakkan aku.. X guna punya budak.. gelakkan aku sebab aku gelabah giler tadi.. balik rumah, dia terus story kat mak aku.. dua-dua gelakkan aku.. Jahattt!!

22 September 2012

Kelebihan Krim Malam


Assalamualaikum semua..

Ok, aku nak share sikit info kesihatan untuk wanita. Ramai wanita tak tahu yang krim malam ni banyak kelebihannya.

  1. Menggalakkan peredaran darah. Ia berupaya membantu pengaliran darah pada wajah secara semulajadi.
  2. Membantu mengurangkan keletihan pada wajah. Krim yang disapukan pada wajah juga dapat mengurangkan sembap pada bahagian wajah terutama kawasan di sekitar mata.
  3. Melambatkan proses penuaan. Kedutan juga dapat dicegah apabila menyapu krim malam secara konsisten.
  4. Membantu otot-otot di wajah berfungsi dengan baik dan memperbaiki tisu.
  5. Struktur kulit akan menjadi semakin anjal apabila mengamalkan rutin penjagaan kulit yang teratur.
  6. Krim malam mampu bertindak secara intensif bagi mengembalikan kecerahan kulit dan memperbaharui kilauan semulajadi kulit. 
  7. Krim malam biasanya bertekstur ringan dan ia amat mudah menyerap pada kulit bagi membantu melindungi dan menyerlahkan kecantikan kulit.
  8. Kandungan yang terdapat dalam krim malam juga bertindak melindungi kulit dari menjadi gelap dan mencegah pembentukan bintik hitam.
  9. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit semakin lembut dan putih berseri.

21 September 2012

Tips Untuk Bantu Seimbangkan Hormon


Assalamualaikum semua…

Sedikit info kesihatan untuk korang yang bergelar wanita…

Terung, avocado dan pir adalah baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan servik wanita. Kajian menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avocado pada setiap minggu ianya dapat membantu mengimbangkan hormone, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan serta menghindari kanser serviks.

Untuk pengetahuan korang, pokok avocado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

11 September 2012

Reunion Kelas 2012

Assalamualaikum...

Tengok tajuk entry, mesti semua org pk reunion yang besar2.. tapi sebenarnya ni cuma reunion kelas je, lebih kepada perjumpaan di hari raya... hehehe.. sedih laa... sebab budak2 class aku dulu just banyak ni je yang malay, yang lain semua chinese... tapi x pe, best... hehehe...



Kelas Akaun... tapi semua orang dalam gambar ni, xde sorang pon yang bergelar akauntan... yang ada pon, kebanyakkan bakal nurse, bakal cikgu, bakal lawyer n macam2 lagi... dah lari dari bidang agaknya.. hehehe...

Reunion time raya senang sikit, sebab semua orang boleh join, semua orang cuti kan... kalau x, kompom x jadi reunion ni... miss them..

08 September 2012

Risiko Tindik Dalam Mulut


Assalamualaikum…

Sejak kebelakangan ni, tindik di dalam mulut dah menjadi kebiasaan bagi remaja sekarang. Bukan sahaja di bahagian luar badan, bahagian dalaman pon menjadi tempat pengumpulan aksesori. Sama seperti menindik telinga, pelbagai aksesori yang diperbuat daripada logam menjadi hiasa dalam mulut seperti subang, loceng kecil, dan jugak cincin.



Bahagian dalam mulut yang biasa ditindik ialah lidah, anak tekak, bibir bawah, bibir atas dan jugak pipi. Penindikan dalam mulut dah menjadi gaya terkini untuk mengekspresikan diri tetapi ia mempunyai risiko kesihatan yang tinggi berbanding menindik telinga. Selain itu, ia turut mengundang kesan sampingan lain.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah jangkitan selepas tindikan dibuat kerana mulut kita mengandungi berjuta-juta bacteria. Pendarahan berterusan dan sukar dikawal juga akan berlaku jika tindikan terkena salur darah.

Selain itu,sakit dan bengkak juga akan berlaku bagi kes yang teruk, lidah menjadi bengkak dan sukar bernafas, geseran, alahan pada logam, kecederaan gusi, hilang deria rasa pada lidah dan juga mungkin penularan penyakit seperti hepatitis, virus herpes simpleks, sifilis atau tetanus terutama jika tiada kawalan jangkitan semasa bertindik.

p/s : fikir lah sebelum buat sesuatu keputusan, padahnya diri sendiri yang akan tanggung. =)

Credit : Info Sihat Remaja

07 September 2012

Memorial

Assalamualaikum...

Pagi2 nih aku x nak membebel panjang2.. just nak upload gambar je... hehehe..
Jom tengok...



Pizza Hut, Nilai

KTM Nilai

Perkarangan Asrama MNC

Murni Nursing College

ICT Putrajaya

ICT Putrajaya

Dataran Nilai

Putrajaya

Floria Putrajaya

Dataran Nilai

Dataran Nilai

Broga Hill, Semenyih

Kelas


Banyaknya kenangan dengan korang... aku x kan lupakan...

05 September 2012

Jodohku Dengan Anak Raja


 Assalamualaikum semua…

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, ada satu rombongan datang meminang aku… aku x kenal pon orang2 tu… aku tengok mak seronok sangat, so apa lah sangat kalau aku terima laki tu demi mak.. so kitorang dinikahkan dua bulan selepas tu… semua belanja untuk kenduri aku, pihak lelaki yang tanggung..

Serius aku cakap, selama dua bulan tu, kami x pernah berjumpa pon.. so memang masing2 x pernah tengok, even gambar sekali pon… sampai lah hari akad nikah tu, tu lah pertama kali kami berjumpa face to face… kalau korang mesti ngeri kan… x pernah jumpa bakal suami sampai lah hari dinikahkan…

Aku takut sangat time tu, tapi berkat sokongan dari parents, family n kawan2, aku jadi kuat… bila first time aku tengok muka dia, jantung aku ni berdegup macam nak terkeluar je dari badan… orangnya segak, kemas n bersih, berkulit cerah n suka senyum… memang sedap mata memandang…

Tetiba aku rasa macam pernah tengok laki ni, tapi x tau kat mana… aku malas nak fikir macam2, so aku ignore je perasaan tu.. mungkin pelanduk dua serupa… waktu first time tok kadi sebut nama dia, aku terus tersentap… menggigil satu badan aku... so sekali lafaz je aku dah pon bergelar isteri…

Lepas seminggu kami kahwin, dia bawak aku ke rumah dia, bukan rumah family dia tapi rumah dia sendiri… sesampai je aku kat rumah dia, aku terkejut… rasa kerdilnya diri aku ni… rumah yang dia maksudkan tu, bukan sekadar rumah, tapi istana yang tersergam indah… besar n cantik… dipenuhi dengan pengawal disetiap pintu… layak kah aku jejakkan kaki kat sini??

Lelaki yang aku kahwin tu, bukan lelaki biasa… dia adalah cucu kepada Sultan Brunei… tak sangka kan, aku rasa macam masuk dalam cerita dongeng je…  di istana tu, aku dilayan macam puteri… segalanya di atur n dikawal… si suami pulak sangat lah caring, sampaikan apa sahaja keperluan aku n apa yang aku mintak, dia akan pastikan aku akan dapat secepat yang mungkin…

Satu hari tu, tengah best aku n si suami jalan2 kat pantai, tetiba je aku rasa macam satu tamparan hinggap kat muka aku… aduhh!! Sakit la bengong, bila aku bukak mata je, tangan adik aku dah melekat kat muka aku… aku tengok plak jam handphone aku, pukul 6.10 am.. huarrggghhhh!!! Dia kacau mimpi aku… mimpi x sampai ending lagi… hukhukhuk… sedihnya…

>> Kan best kalau mimpi jadi kenyataan.. hehehe!

Kulit Mencerminkan Kesihatan Si Gadis

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak share satu info untuk si gadis... huhuhu... macam yang kita semua tau, kulit wajah merupakan perkara yang menjadi perhatian utama si gadis.. tapi ramai yang beranggapan kulit wajah adalah berkaitan dengan kecantikan semata2, sebenarnya ia adalah cermin kesihatan... menurut Emma Hobson dari International Dermal Institute Amerika, kita boleh mengetahui kesihatan tubuh melalui tanda yang terdapat di kulit wajah...

Pipi:
> Kawasan pipi selalunya dikaitkan dengan keadaan paru-paru.. boleh dilihat apabila kulit pipi nampak kusam n kasar disebabkan oleh pengaruh udara, rokok, alahan atau asma.. kulit yang kelihatan kendur juga ada hubungan dengan kualiti paru-paru.. warna pipi yang pucat bererti ada gangguan pengaliran darah terutama yang melibatkan fungsi jantung atau paru-paru..

Gigi:
> Bila gigi mudah goyang, boleh dikaitkan dengan tanda adanya penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) atau leukemia.. masalah gusi yang mudah berdarah pula adalah salah satu tanda kelainan pada darah, contohnya masalah gangguan pembekuan darah..

Bibir:
> Masalah bibir cepat kering mungkin masalah biasa.. tapi hal ni bukan kerana tubuh badan kekurangan air atau dehidrasi sahaja.. dehidrasi boleh terjadi kerana kulit tidak mempunyai pelapis untuk menahan pengewapan... jadi perhatikan juga pemilihan produk yang digunakan untuk kulit.. sama ada ia baik, sesuai atau dijamin bahan2nya.. jangan selalu gunakan skrub pada kulit kerana ini adalah salah satu punca dehidrasi.. selain itu, hilangkan kebiasaan untuk menjilat bibir kerana ia bukan penyelesaian bagi bibir kering..

Kawasan Bibir dan Dagu:
> Sesekali mengalami jerawat pada kawasan ini bukan lah satu hal yang luar biasa.. tapi, jika kerap kali muncul dan berulang-ulang bahkan saat tidak mengalami menstruasi pun jerawat tumbuh dengan banyaknya, boleh jadi anda ada masalah dengan kesihatan ovari.. perhatikan pulak perbezaan rona kulit di dagu yang merah sebagai salah satu tanda adanya gangguan pada ovari..

Kredit : Remaja ^__^

03 September 2012

The Truth

Assalamualaikum dan selamat malam...
Eh silap3!! selamat pagi...

Time2 macam ni memang best kalau online... sebab line Cik Broadband laju je.. huhuhu... tengah best layan citer Knowing kat tv, tetiba teringatkan kenangan dalam class dulu... Lecturer aku x dapat masuk class sebab ada meeting, then dia pasangkan citer Knowing kat LCD class... layan dengan classmate...

Rindu sangat saat2 macam tu.. especially saat2 bersama bestfriends... berjalan ke class sama2, balik class sama2, makan sama2... rindunya... pernah sekali aku create statement ni kat diary aku... Setiap kali aku bukak diary, statement ni ialah first thing aku akan baca...

"Rasa sakit kehilangan boyfriend x lah seperit rasa sakit kehilangan bestfriend"

Our Batch...

My Bestfriends...

Miss them so much...

Harap korang berbahagia selamanya... rindu korang sangat2...