22 September 2012

Kelebihan Krim Malam


Assalamualaikum semua..

Ok, aku nak share sikit info kesihatan untuk wanita. Ramai wanita tak tahu yang krim malam ni banyak kelebihannya.

  1. Menggalakkan peredaran darah. Ia berupaya membantu pengaliran darah pada wajah secara semulajadi.
  2. Membantu mengurangkan keletihan pada wajah. Krim yang disapukan pada wajah juga dapat mengurangkan sembap pada bahagian wajah terutama kawasan di sekitar mata.
  3. Melambatkan proses penuaan. Kedutan juga dapat dicegah apabila menyapu krim malam secara konsisten.
  4. Membantu otot-otot di wajah berfungsi dengan baik dan memperbaiki tisu.
  5. Struktur kulit akan menjadi semakin anjal apabila mengamalkan rutin penjagaan kulit yang teratur.
  6. Krim malam mampu bertindak secara intensif bagi mengembalikan kecerahan kulit dan memperbaharui kilauan semulajadi kulit. 
  7. Krim malam biasanya bertekstur ringan dan ia amat mudah menyerap pada kulit bagi membantu melindungi dan menyerlahkan kecantikan kulit.
  8. Kandungan yang terdapat dalam krim malam juga bertindak melindungi kulit dari menjadi gelap dan mencegah pembentukan bintik hitam.
  9. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit semakin lembut dan putih berseri.

2 comments:

Wawa Mohamad said...

pernah pakai zaman sekolah dulu je, tak taulah... takut nak cuba sebab takut tak sesuai dengan kulit muka

Miss Nana Farhana said...

hehehe.. tu lah pasal, ada yg sesuai dgn muka, ada yg x sesuai.. apa2 pon, cuba lah klo rasa ok.. nana dah cuba, alhamdulillah ok..