31 December 2011

New Year is Coming...

Assalamualaikum semua...
korang2 x kuar sambut new year ke malam ni?? room mate aku semua nak kuar... si wafa nak ajak g dataran nilai... Apit lak ajak g Port Dickson... mana satu aku nak g pon x tau... silap2 aku dok kat hostel je layan movie.. hahaha... macam malas je nak kuar... malam2 macam ni pulak... kang si warden tersayang datang sport check bilik, mampus aku kena menjawab... the best way, just stay kat bilik layan movie... bagi yang bercouple, mesti nak celebrate new year dengan pasangan masing2... lumrah hidup orang sekarang memang macam tu...
sempena tahun baru 2012 ni, aku berazam nak fokus pada study, x nak main2 sebab LJM dah dekat... then, dalam masa yang sama, aku nak bahagiakan orang2 yang aku sayang, family aku dan......... especially mak n abah... dan, semestinya tahun 2011 meninggalkan kenangan yang paling bermakna dalam hidup... never forget it... x kira sedih atau gembira...semua akan jadi kenangan... Esok, bermulalah diary baru dalam hidup aku...
So, good bye 2011... Welcome 2012...

FAKTA MENARIK MENGENAI WANITA

Assalamualaikum kawan2 ku...
Morning... eh, eh... kejap2... ayat aku macam terlebih je pagi ni kan... maaf.. pagi2 hari dah mereng disebabkan lapar, tunggu intan izzaty bangun tido lambat sangat... aku ni dah lapar giler, dia boleh sedap2 tido... ok lah.. sementara tunggu intan izzaty bangun tido, hari ni aku nak share something yang boleh dikatakan interesting lah, pasal diri WANITA...so wanita2 yang baca entry ni, kalau ada kesilapan ke, bagitau aku yer...kita perbetulkan sama2.. yang penting, entry ni KHAS untuk kaum LELAKI...


Ni antara faktanya :
1. Bila seorang wanita mengatakan yang dia sedang sedih tapi tak mengalirkan air mata, that means dia tengah menangis di dalam hati.
2. Bila wanita tak menghiraukan anda setelah anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum anda meminta maaf...
3.  Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi dan disebabkan itu, ramai wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan.
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki tu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun semasa dia bersama lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dicintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.
6. Wanita memang menyukai pujian tapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika anda tak menyukai wanita yang menyukai anda setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang wanita sedang menjauhkan diri dari anda setelah anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika dan jika anda masih menganggapnya kawan, cubalah menegurnya perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. puisi, muzik, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati.
10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
11. Sebuah senyuman memberi 1000 erti bagi wanita, so jangan senyum sembarangan kepada wanita.
12. Jika anda menyukai wanita, mulakan dengan persahabatan, kemudian biarkan dia mengenali anda lebih dalam.
13. Tapi jika dia menghubungi anda atau menunggu panggilan dan SMS dari anda, teruskan niat anda untuk memikatnya, anda pasti berjaya.
14. Satu ucapan "Hai" saja sudah cukup untuk menceriakan harinya.
15. Teman baiknya saja yang tahu apa yang dirasakan dan dilalui oleh wanita tersebut, oleh itu, berkawan jugalah dengan kawan baiknya.
16. Wanita paling benci jika lelaki berbaik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
17. Jangan tak tahu, senjata wanita yang utama ialah airmata!!
18. Wanita suka jika lelaki yang dicintai memberi surprise untuknya, mereka akan terharu dah merasakan dirinya dicintai sepenuh hati.
19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dengan baik, so pandai-pandailah jika ingin memikat wanita.
20. Bila setiap kali melihat foto buah hatinya, perkara pertama yang akan dilihat oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.

ok, tu je fakta mengenai wanita... Actually senang je kalau nak mengambil hati wanita ni, sebab apa yang wanita inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati... cewahhh.. ayat jiwang gitu...
huhuhu...

30 December 2011

hati ini

Assalamualaikum semua...
sorry yer sekarang aku memang x sempat nak update entry... busy sangat dengan study aku ni... cewahh.. mengalahkan PM gitu... haha..
balik je dari kampung hari tu, hati ni rasa semacam je... semacam macam apa?? macam nak nangis pun ada... aku rindu sangat time cuti di kampung dengan family... makkk.. nak balik kampung... aku sendiri x faham kenapa aku jadi macam ni... cepat sangat touching... lagi2 hal yang melibatkan hati dan perasaan... korang sedih x kalau janji korang x ditepati?? alah.. x payah jawab, kompom jawapannya sedih kan... memang sedih... kalau kat kampung aku bahagia sangat sebab dekat dengan orang2 yang aku sayang... bila balik sini??? macam nak nangis... aku nak luahkan, tapi x terdaya... dah 2 malam aku nangis lepas solat... kawan2 tanya tapi aku buat x peduli...sampai hati buat aku macam ni... tetiba aku rasa menyesal dengan apa yang jadi, hati ni tak terjaga... memang aku x harapkan hati ni terjaga 24 jam.. at least dia sedar yang aku ni ada hati dan perasaan yang perlu dijaga... aku bukan siapa2 bagi dia... sememangnya aku tahu tu.. ye aku sedar siapa aku...

sorry yer...

Assalamualaikum...
really sorry... sekarang aku dah jarang online... sebab keadaan memang x mengizinkan aku online selalu... semester baru ni memang sangat2 mencabar... ni lah time aku berkawan dengan buku2 & nota2 dari semester 1 sampai lah sekarang... semua nak kena refresh... otak pon rasa macam nak jem...ni lah masa untuk aku buktikan kat mak...hemm... doakan aku... time ni aku rasa macam dah nak sampai kemuncak study aku... lagi 6 bulan je tinggal... hidup aku pon dah macam x tenang... seram sejuk, berdebar, semua ada... sokongan dari kawan2 & mak lah yang aku harapkan sekarang... aku rasa macam x kuat...
Ya Allah... tabahkanlah aku!!

19 December 2011

berada di kampung

assalamualaikum semua...
mak aiiii...lamanya aku x update blog aku kan?? x lah lama sangat... aku sekarang kat kampung... tersangat seronok... alamak...ayat terpoyo lebih pulak..hahaha.. relex la.. bukan selalu kan... actually aku x update blog sekarang sebab bb aku x dibayar lagi... kesian bb aku... kalau balik kampung je memang bb x berbayar... terpaksalah aku cari cc mane2 nak update blog aku ni... kesian giler kat aku... jangan x tau.. balik cuti ni hati  tersangatlah gumbira... bukan gembira tapi gumbira... hahaha.. sebab boleh berjumpa dengan orang yang tersangat lah aku rindu... walau pon kejap je kitorang jumpa, at least hilang sikit rindu aku kat dia... huhuhu...

13 December 2011

semester break!!!

Assalamualaikum semua...

aku just nak cakap yang CUTI SEMESTER AKU START ESOK!!! seronok x terkata... hahaha... time cuti je yang aku tunggu kan.. bagi perantauan macam aku ni, cewahhh... ayat x boleh blah kan... yelaa.. bagi perantauan macam aku ni, memang time cuti lah yang paling aku tunggu2... even cuti semester aku just 12 hari je, tapi amat bermakna... masa cuti aku sangat bermakna kalau aku ada disamping family tersayang... huhuhu... tapi, lepas cuti ni, aku akan start semester baru... semester 6 iaitu last semester... tinggal lagi satu semester je lagi aku dah nak habis study kat kolej ni... perasaan takut, sedih, risau semua ada... paling aku takut, exam Lembaga Jururawat Malaysia...huwaaa....boleh x kalau aku x nak habis study... huhuhu... mana boleh.. yang ni pon x tertanggung bebannya..hahaha.. ada hati x nak habis study kan?? lepas ni, aku dah jadi SS... bukan syok sendiri ok, tapi super senior... tapi aku bukan lah senior yang selalu buli junior... aku ni senior baik tau.. hahaha... perasan gilerrr... tapi betul la, x pernah lagi aku buli junior2 aku sebelum ni... hah x percaya lah tu... x percaya sudah... hanya aku je yang tau sape aku... (ayat sengalllll)
ok enough... yang penting kat sini, esok dah start cuti... sonoknyaaa... so, selamat bercuti semua...

finish already!!

Assalamualaikum semua...
Annyeo... hari ni, hari yang menakutkan & menggerunkan bagi aku...hari ni aku exam OSCE... OSCE tu satu exam bagi student nurse, exam di dijalankan dalam lab yang bersuasana macam dalam wad... exam ni kita kena buat sorang2, just kita dengan lecturer je...selalunya exam ni dijalankan lepas student balik dari praktikal...
aku kan dah tamat sesi praktikal, so aku kena lah buat exam tu... bila masuk je kat dalam unit tu, perasaan takut, gerun, nak nangis semua ada... study lah banyak mana pon, tapi bila masuk je kat dalam unit tu, kompom lupa apa yang kita dah belajar.. gerun kan?? ni exam yang ke lima aku dah lalui untuk semester ke 5... tapi perasaan takut tu tetap ada... hidup rasa x senang selagi exam tu  habis... hanya tuhan je yang tau apa perasaan bila dah sampai turn kita untuk buat... hahhh... tapi kali ni, aku rasa macam perasaan takut tu dah kurang sikit... mungkin aku dah ada konfiden, mungkin je laa... huhuhu... dan hasilnya, hari ni aku dah lalui exam tu dengan selamatnya... alhamdulillah... aku bersyukur sangat aku dah pon lalui exam tu... aku harap result yang kuar nanti memuaskan hati aku...thanks sangat kepada kawan2 aku, bagi semangat kat aku sebelum exam tadi... kawan2 aku yang lain pon dah buat yang sehabis baik.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar... thanks jugak pada mak yang banyak bagi sokongan... tu yang aku harapkan...

12 December 2011

OMBAK RINDU

Assalamualaikum semua...
nampak tajuk entry kat atas x?? kalau x nampak tengok pulak gambar kat bawah ni...

Haa.. semalam aku g tengok citer ni lah... citer ni memang best... tapi best lagi kalau baca novelnye... bila baca novel, feeling lebih sikit... huhuhu.. sebenarnya, tujuan aku letak gambar besar2 kat sebelah ni, bukan nak bagitau yang aku g tengok citer ni... sebenarnya aku nak citerkan apa yang terjadi time aku tengah sedap2 layan citer ni...
hah...time aku n kawan2 aku masuk je cinema, ada lah satu couple ni, jalan sambil pegang tangan masuk n duduk kat seat betul2 depan seat aku... aku just pandang je lah... bagi aku, normal lah tuuu... then, bila start je citer, tetiba mata aku tertuju kat couple ni...
cettt!!! baik punyaaaaaa!!!!!
nak tau apa??? diorang pon start buat wayang sendiri... memang x tau malu betul... diorang x sedar ke yang orang ramai kat situ... lain lah kalau diorang duduk kat seat yang paling belakang ke, x hairan lah sangat.. ni betul2 kat depan mata aku... aku yang tengok ni pon malu.. sedangkan diorang yang buat tu x de rasa malu sikit pon... apa la nak jadi... kalau nak buat pon, buat lah kat tempat yang x de orang... ni kat tengah2 cinema... bengong kan... aku malas nak citer apa yang diorang buat.. korang paham2 sendiri lah.. huhuhu.. tapi perangai diorang tu memang betul2 buat aku hilang mood nak tengok movie tu... ishhh!!!! memang x boleh blah laaaaa... lastly, wayang habis je, terus diorang kena perli... rasakan... pandai buat, pandai lah tanggung... x nak cakap lebih2, kang dapat dosa je... huhuhu...

10 December 2011

statement untuk follower...

Assalamualaikum semua...

Semua follower aku, bace entry ni jap... huhuhu... pertama sekali, aku nak mintak maaf kepada mana2 follower yang dah follow aku, tapi aku x follow korang balik... aku mintak maaf, aku bukan x nak follow balik, tapi korang x tinggalkan link blog korang kat aku...bukan semua, just sesetengah je... mana yang dah follow n tinggalkan link, aku mesti follow korang balik, betol x?? so mana yang aku x follow tu, sebenarnya bukan aku x nak follow... tapi link korang x tinggalkan... korang just tinggalkan link korang kat shoutbox aku je, aku mesti follow korang balik... ok???? aku just nak bagitau pasal ni je.. hehehe.. yelah.. aku rasa x best la, korang follow aku tapi aku x follow balik... sorry ye... sayang korang semua...

selamat sampai ke nilai

Assalamualaikum...

Hari ni aku balik ke nilai...balik semula ke kolej untuk exam last sekali dalam semester 5... exam OSCE... exam yang semua student nurse takut...walaupun exam ni tiap2 sem ada, tapi takut tu tetap ada... emmm.. pagi tadi seawal jam 7 pagi kitorang dah start bertolak dari alor star...sampai sini pulak pukul 1.40 petang... sebenarnya aku berat hati sangat nak balik ke sini... pagi tadi sebelum bertolak, aku mesej mak... selalu aku call je... tapi hari ni aku mesej je... saje je aku nak lancarkan mogok + merajuk berpanjangan dengan mak... jahatnya aku... tapi sebenarnya tu bukan lah alasan utama aku x call mak... ada lagi sebab lain yang lebih utama... aku takut aku nangis je kalau call mak..hahaha... tu lah sebabnya... then aku ingat mak nak call aku balik, tapi mak x call pun... mak memang sibuk sangat dengan kenduri tu...terasa hati lagi aku... sampai je kolej tadi, aku terus lah call mak...tapi yang menjawab telefon tu adik aku..aku tanya mana mak, dia cakap mak kat rumah sepupu aku, sibuk dengan kenduri... macam nak nangis je dengar, then aku bagitau lah yang aku dah sampai kolej... mungkin adik aku perasan suara aku x ceria macam selalu, dia pun tanya lah kenapa... aku just cakap x de apa.. then aku letak terus... sebak rasa... air mata ni dah bergenang, tunggu masa nak jatuh je... tapi sempat aku control... kang kawan2 aku nampak malu lak...huhuhu.. then sejam lepas tu, tetiba handfon aku berbunyi ringtone khas yang aku set kalau mak yang call... dengan serta merta, aku senyum meleret... aku angkat je, mak cakap sorry sebab mak sibuk dengan kenduri... then operasi memujuk pun berlaku... huhuhu... anak mak lah katakan...

09 December 2011

touching boleh???

Assalamualaikum...hukhukhuk...nak nangis, nak nangis...selalu aku x macam ni pon...hari ni entah lah kenapa...touching semacam je..citernya macam ni ha...

tadi haa...aku call mak aku, nak tanya pukul bape nak datang...then mak cakap nak datang lepas solat jumaat...sebab abah aku nak g solat dulu...aku cakap datang lah lambat sikit...dalam pukul 6 petang ke...tapimak xnak..nak jugak datang lepas solat jumaat...ok lah...kebetulan pulak room mate aku ajak g city plaza...kononnya nak g tengok citer ombak rindu...memang dah plan dari semalam lagi...maklum lah...esok dah nak balik nilai...so hari ni nak enjoy puas2...so, aku pon bagitau lah room mate aku...diorang lak cakap nak g lepas mak aku datang lah...ok lah...then, tetiba aku rasa macam x sempat je...aku cakap lah kat room mate aku...suruh diorang g city plaza dulu...nanti aku follow lepas mak aku datang...so lepas je solat jumaat tadi...room mate aku pon kuar...aku je tinggal kat bilik..nak tunggu mak aku datang dulu lah...sambil tunggu tu, aku online lah dulu...sedar x sedar dah pukul 3.30 petang...aku pon hairan lah, apsal mak aku x call lagi...selalunya dia akan call kalau nak kuar dari rumah...tapi tadi dia x call pon..maknanya dia x kuar dari rumah lagi lah...so aku pon call lah mak...dia cakap baru siap2 nak kuar...aku cakap lah, apsal x bagitau awal2...kalau dah lambat... boleh lah akukuar dulu dengan room mate aku...mak cakap dia sibuk dengan kenduri kat rumah sepupu aku...ok aku terima alasan mak...aku paham...tapi terasa lah sikit...mak macam pentingkan kenduri dari aku...then aku pon tunggu lah lagi...sambil ym...time tu mood aku dah berubah...kawan aku pon perasan bila dia tengok muka aku ka twebcam dah berubah...dalam pukul 5, mak call cakap dah sampai depan rumah...aku pon turun dengan muka masam...aku bawak sekali barang2 aku nak bagi mak bawak balik...mak datang dengan abah n adik perempuan aku....lepas aku letak barang2 kat dalam bonet keta, mak lak cakap mak datang kejap je...aku baru plan nak suruh mak hantar aku g city plaza...tetiba mak cakap macam tu, terus terbantut niat aku...sedih sangat... yelah..esoknye aku dah nak balik nilai...tapi hari ni mak datang kejap je...selalu kalau mak datang, paling kejap pon, dia mesti borak2 dengan aku gak even 30 minit...tapi tadi x pon...aku terasa sangat...mak cakap nak g tolong kenduri kat rumah sepupu aku...hah...lagi lah sedih...sebak rasa...then aku pon malas nak cakap banyak2...kalau cakap banyak2 kang kompom aku nangis...aku pon salam n peluk cium mak, abah n adik aku...then aku terus lari masuk rumah...air mata dah berjurai...terus nangis...sambil online, aku cari lah sape2 yang online time tu...nak ngadu lah kononnya...then si dia ni online...dia tanya kenapa aku update status fb macam tu...aku cakap ade prob sikit...so dia suruh aku citer...aku pon memang niat nak mengadu dengan dia...aku suruh dia on ym...dia cakap line internet x clear...so aku cakap chat pon xpe...baru rasa nak lega sikit sedih, tetiba dia cakap nak g mancing...terus nangis aku lagi sekali...rasa macam dah xde orang sayangkan aku..aku lupa yang aku x tutup webcam aku...sebab sebelum tu aku webcam dengan kawan baik aku...so tetiba dia tanya apsal aku nangis...aku pon ngadu lah kat dia...baru lah kurang sikit rasa sedih...emm...x tau kenapa...cepat sangat aku touching...dah lah dok sorang2 je kat bilik...malam ni je rasa ok sikit...sebab room mate aku dah balik...actually aku x marahkan mak aku...aku just nak perhatian dari dia...yelah..bukan selalu pon...aku dah lah jarang balik kampung...so memang aku nak perhatian dari mak...emm..


berdua bersatu

Assalamualaikum..
malam ni entah kenapa,
tetiba lak layan lagu melayu...
macam sesuai dengan kisah aku..
jom layan lirik lagu ni...

Lagu : Berdua Bersatu
Artis : Fourteen

kenapa cinta kita selalu saja diduga
bagai ada tak merestu kita berdua bersatu
atau mungkin kau dan aku ditakdir untuk berpisah
walau pun melawan arus kita berdua bersatu
seringkali ku mendengar, patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu cinta selain darimu
jika denganmu salah, ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah, biarlah ku tercalar
walau dilanda badai, ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu
jika denganmu kabur, ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas
walau dilanda ribut, ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/S: there must be something wrong somewhere...


have fun...
(^_^)


tonight

Assalamualaikum...
selamat malam..
malam ni aku happy...
firstly sebab aku dah ok dengan warden aku...
jap2..ni pon aku nak happy ke???
happy la jugak..
at least aku dah baiki hubungan dingin aku dengan warden...
buktinya???
malam ni dia datang melepak kat bilik aku...
dari lepas maghrib sampai lah sekarang...
huhuhu...
saje berkongsi kisah suka duka menjadi warden
untuk student murni nursing college...
macam2 pengalaman dia dah tempuhi...
ok enough...

secondly, setelah seminggu aku tunggu mesej dari dia...
tetiba malam ni dia mesej lagi...
dengan serta merta hati berbunga riang...
tapi x lama setelah memikirkan ada halangan besar...
huhuhu..
tapi happy...
happy sesangat...
alasan untuk jumpa lagi...
rindu sangat.. tapi malu nak ngaku...
cukup lah sekadar dia tahu yang aku masih 
sayangkan dia macam dulu...
tu dah cukup...
sayang aku untuk dia x pernah berubah start dari
first time kitorang declare relationship...
aku nak dia tahu pasal ni..
and he already know it...
tapi, bodoh ke aku kalau still mengharapkan
cinta n kasih sayang dia???
maybe...
aku memang bodoh...
aku x kisah orang nak cakap apa...
thats why aku x pernah nak ceritakan pada sape pon...
just sorang je yang tahu...
teman yang paling memahami...
sape??
biarlah rahsia...

08 December 2011

its my fault

assalamualaikum semua...
ni entry kedua aku tulis untuk hari ni...
emm...aku tau semua ni salah aku..
so x payah lah ko nak perli2 aku..
lagi pon aku da mengaku kan semua ni salah aku..
so x payah nak perli2..
aku X SUKA tau x!!!
ok ceritanya macam ni..
semalam...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku kuar dengan kawan2 aku...
kitorang g fun fair kat stadium alor star...
kitorang semua 5 orang...
aku, kak yana, shuhada, wafa n pakwe dia...
satu bijik keta...
semalam memang fun giler la...
macam2 mainan yang kitorang main...
then sedar x sedar jam dah pukul 11 malam...
so kitorang pon gerak lah balik....
sebelom nak balik rumah sewa, kitorang singgah makan dulu..
sampai lah pukul 12 malam baru kitorang sampai
kat area taman perumahan kitorang...
pakwe wafa yang hantarkan kitorang balik...
nak dijadikan citer, aku dengan budak2 ni lain2 rumah...
kitorang x sekali...
so aku jalan lah sorang2 balik ke rumah aku...
then sampai je depan gate, aku call kawan aku,
izzati, suruh bukakan pintu...
nak dijadikan cerita lagi, 
actually aku serumah dengan warden aku...
hahaha...
so izzati pon bukak lah pintu untuk aku...
memang grill pintu rumah tu bunyi kuat sikit...
si izzati pulak cakap yang warden x tido lagi...
lagi kecut lah aku ni...
so lepas kunci balik pintu,
aku cabut lah tudung aku dari kepala sambil bejalan naik tangga...
aku jalan slow giler, memang macam pencuri masuk rumah...
huhuhu...then aku terus masuk bilik n kunci pintu...
actually aku x boleh balik lambat...
kena balik sebelom pukul 9.30 malam...
aku balik dah pukul 12 lebih..
so x pelah..aku ingat dah selamat lah aku dari kantoi...
sebab warden aku diam je dalam bilik...
aku pon kuar lah nak g amik baju aku kat almari luar...
kononnya nak tukar lah baju...
lepas kuar, aku sempat jalan 3 tapak je dari pintu bilik,
warden aku pon bukak pintu bilik die...
bilik die sebelah bilik aku je pon...
aku ni x sempat nak lari lah sebab dia memang dah nampak aku pon...
alamakkk!!! kantoiiiii!!!
emm..then dia tanya aku dengan sinisnya...
"Aii.. baru balik ke??"
aku nak tipu pon x boleh sebab aku pakai jeans...
so aku pon mengaku lah...
"ye cik nurul, saya baru balik"...
dia tanya aku g mana, aku cakap lah aku g funfair...
kang kalau tipu lagi lah aku rasa x selamat..
lebih baik aku ngaku je kan...
alang2 dah kantoi kan...
then dia cakap, g funfair sampai x ingat undang2 kolej...
emm..aku pon cakap lah kat dia yang aku mintak maaf..
sorry cik nurul, its my fault...
then dia pon terus masuk bilik die...
emm..hari ni lak,
dia datang lepak kat bilik aku...
then dia siap perli2 aku lagi...
saje lah tu..
dia tanya aku, sonok ke g funfair???
aku cakap lah sonok gak...
then dia cakap lagi, kalau x sonok x la sampai balik pukul 12 malam...
hishhhh!!! aku sabar je...
then aku pon cakap lah kat dia,
aku sedar semua tu salah aku,
aku pon dah mengaku salah, so x perlu lah nak perli2..
dia terus diam...aduhhh...
kononnya nak tanya aku,
padahal perli aku...
hampeh!!

rindu blog

Assalamualaikum semua...
waaaaahhhhh..
lamanya aku x update blog ni...
rindu kot...
kesian kat blog aku ni...
hahaha..aku busy sikit...
tambah pulak dengan cik broadband baru bayar...
start hari ni, aku x kan abaikan blog aku ni..
hahaha..ayat budak poyo...
aku baru je habis sesi praktikal untuk sem 5...
selamat tinggal hospital sultanah bahiyah...
kalau ada jodoh aku akan balik ke sini lagi sem depan...
balik berkhidmat kat hospital ni...
ni lah antara hospital yang aku paling suka...
senang bekerja dengan staf2 yang boleh dikatakan ok la...
yang paling penting dekat dengan kampung aku...
senang nak cabut balik rumah...
entah kenapa aku rasa sedih je...
macam x nak je balik nilai tu...
eh silap...
bukan macam xnak balik..
tapi memang x nak balik pon...
lebih suka stay kat sini...
takut nak balik exam OSCE...
entah apa lah nasib aku...
sekarang memang praktikal dah habis...
nak balik exam OSCE tu yang aku paling takut...
adoyyaiiiii...
nak x nak kena buat jugak...
ok..thats enough nana!!!
sampai bila nak takut???
aku kena kuatkan semangat...
so, chaiyok2!!!
huhu..doakan aku ye..

11 November 2011

malasnya nak kembali ke hospital

Assalamualaikum semua..
Annyeohaseo...
korang baca tajuk entry aku tu??
tu lah mood aku sekarang...
malas sesangat...
esok aku dah kena balik ke alor setar...
isnin pulak dah kena start berkhidmat
di hospital sultanah bahiyah...
mood cuti still ada lagi kot...
sayang nak tinggalkan mood cuti ni...
hehehe..orang bagi betis, nak peha pulak..
lebih2 la tu kan3??
hehehe...
sudah2 la cuti tu...
emm..esok tamatlah sudah cuti aku selama 2 minggu...
alamakkkk!! sayangnya...
boleh x aku nak request cuti lagi seminggu???
hehehe..just kidding...
melebih pulak dahhh...
ok...aku x kan request cuti dah..
apa yang diberi, aku dah bersyukur sangat...
alalalaaa..padahal nak lagi...
hehehe...
ok lah...malam ni,
saya nurul farhana a.k.a miss nana farhana
a.k.a tuan punya blog ni
nak bagitau yang saya malas sangat nak 
masuk bekerja kembali...
aku x puas lagi bercuti...
lalalalala...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cerita pasal cuti...
hari ni aku outing dengan mak & abah...
huhuhu..bukan selalu kan??
esok dah nak balik...
so aku gunakan alasan ni untuk tarik perhatian...
mulanya mak aku x nak keluar...
then aku pujuk2..
merayu dengan muka comel kat depan dia..
(comel ke?)
so dia pon ikut...
akhirnya pujukan aku menjadi...
abah just geleng kepala...
aku buat x tau je..hehehe...
destinasi pertama, abah aku drive ke rumah 
maklong aku kat sanglang...
bukan x tau, bila dah berjumpa ni,
menyembang bagai nak rak...
aku pulak sibuk main dengan si kecil,
cucu mak long...huhu.. comel..
then lepas 1 jam kat situ,
mak ajak balik...
ingatkan nak balik terus,
rupanya ada plan lain...
aku tersenyum riang bila abah belok kereta
masuk jalan arah ke pekan kangar...
huhuhu...bawak g pasaraya...
aku tanya mak, "nak shopping apa lagi??"
mak cakap nak shopping barang buat cup cake...
alaa..aku kena lagi...
mak cakap bila lagi nak buli??
esok dah nak kena balik..
dah x de nak buli sape...
so beli lah apa yang patut untuk buat cup cake...
emm..untuk mak tersayang...
aku sanggup buat apa saja..
cewah ayat.. x boleh blah...
dah nak dekat maghrib, kitorang pon balik rumah...
niat nak buat cup cake tu malam ni,
tapi malas pulak..esok je lah...
huhuhu...
then sekarang mata aku pon dah berat sangat..
dalam otak ni,
just pasang niat nak tido je..
ok jumpa lagi nanti...
bubye...


percaya atau x tentang 11.11.11??

Assalamualaikum semua..
Annyeohaseo...
korang sihat x hari ni...
hope sihat lah...
kalau tengok pada tajuk entry aku,
mesti korang tertanya-tanya kan..
"KENAPA DENGAN TARIKH 11.11.11??



aku pon x tau sebenarnya...
sama ada nak percaya atau x...
tapi hari ni pagi-pagi buta lagi
aku online..
aku bukak fb, twitter, blog & tagged aku...
kebanyakan friends update pasal 11.11.11
then aku pon jelajah lah...
aku terjah semua fb, blog, twitter & tagged
yang ada update pasal tarikh ni...
ni antara hasil yang aku dapat
dalam blog someone...
sila klik Dunia Seorang Remaja untuk lihat...
dan ni pulak apa yang aku baca di fb...
sila klik Mas Ahmad Safwan untuk baca...
tu je..
aku pon sebenarnya xtau nak percaya atau x...
mungkin ada hikmah dari apa yang terjadi...
so renung-renungkan... 


09 November 2011

coretan hati di malam hari

Assalamualaikum...
Annyeohaseo...
malam ni nk touching + emo + jiwang + whatever yang sewaktu dengannya...
boleh x???
setiap kali aku sudah solat,
aku doa n tanya...
"boleh x aku dapatkan dia balik??"
aku doa semoga jodoh kami ada...
sentiasa ada...
tapi aku x sedar yang ada halangan yang lagi besar
tengah halang semua ni dari terjadi...
mak aiii..
malam ni aku memang betol2 nak luahkan perasaan...
penuh perasaan nampaknya...
ahh lantak lah...
janji aku puas hati...
aku dah try lupakan dia
tapi x boleh...
mungkin zul x sehebat dia??
apa lebihnya dia??
makin serabut kalau terus pk...
banyak sangat halangan...
atau mungkin dia bukan jodoh aku??
habis tu sape jodoh aku??
soalan yang x patut aku tanya...
bodohnya aku..
jodoh tu semua ditangan Allah...
apa aku melalut niiiii...
halangan!!!
sebab apa mesti ada halangan??
salahkah aku sebab tinggalkan dia dulu??
ni ke ujian untuk aku??
atau ni lah pengajaran yang aku dapat
sebab dah tinggalkan dia dulu??
serius aku x tau nak pk apa time ni...
kenapa baru sekarang aku sedar??
kenapa x dari dulu lagi??
kenapa aku tinggalkan dia??
kenapa aku terlalu kesiankan orang??
kenapa aku x pk perasaan aku sendiri??
kenapa banyak sangat soalan aku tanya dalam entry ni??
aku x tau...
jangan tanya aku, serius aku x tau...
somebody help me please!!!
apa patut aku buat sebenarnya??
lupakan???
atau rebut balik??
aku x sanggup nak sakitkan hati orang lain...
mungkin ada orang lain yang lebih perlukan dia..
lebih dari aku...
mungkin......
arrggghhhhhhhh..!!!!
sakit otak laaa!!
serius x suka macam ni...
to encik hubby...
sorry sangat2...
hope b paham...
dalam dilema~~~
x boleh pk apa2...
just offline!!!
thats much better...
--------------------------


08 November 2011

no title at this entry...huhuhu

Assalamualaikum semua...
Annyeohaseo...
per khabar semua?? hope sihat..

lama bebenor aku cuti...
hari ni dah masuk 11 hari aku bercuti...
ada lagi 5 hari cuti sebelum
aku meneruskan keja menabur bakti
di hospital sultanah bahiyah alor star..
ceh..mengada betol...
hahaha..
actually aku nak bagitau yang aku malas
nak keje nanti...
alamakkk..dah kantoi pulak...
nah sudahhhh...
aku ni bukan boleh cuti lelama sangat...
kang lemak2 terkumpul ni makin manja...
berlemak-lemak pulak jadinya...
selain itu...
eh, gilo ke hape aku ni...
ayat poyo la pulak...
ingat nk buat karangan bahasa melayu ke??
hehehe..terlebih pulak...
hah sambung balik...
sebenarnya, malas tu memang malas...
tapi excited nak bekeja pon ada...
yelaa..dah lama tinggalkan pesakit...
huhuhu...maap ye..
otak mereng dah menyerang aku hari ni...
sebab tu entry pon xde title...
hehehe...
pesakit2 aku tu pon dah rindu bebenor
aku rasa...
hehehe..aku je yang perasan...
tapi betol laa...
memang aku rindu nak keja...
kalau boleh, aku nak je
keja terus x mo blajar2 ni...
hehehe..lebih la tuh...
sape nak bagi aku keja free2 je x blajar kan...
so nak x nak kena lah blajar jugak...
alaa..x lama lagi...
lagi 6 bulan je nak habis...
hah cakap pasal nak habis ni...
start bulan 1 taun depan..
aku start sem 6...
sem 6???
gerunnyaaa..
sebab apa??
sebab sem 6 ialah sem last aku study dip ni...
last sem 6 nanti aku nak kena
jawab exam lembaga jururawat malaysia...
kat sini lah aku akan buktikan apa yang aku
dah belajar selama 3 taun kat kolej...
ni lah exam yang akan tentukan aku
ni layak ke tak untuk bergelar jururawat...
exam penentu masa depan aku...
bayangkan lah...
exam just dalam masa 2 jam je untuk 
tentukan apa yang dah kita belajar selama 3 taun...
blajar bukan main lama,
tapi exam just 2 jam je...
sape x takut...
gilooo..kalau boleh aku x mau habis...
nak je study sampai sem 5 je...
punya takut nak naik ke sem 6...
kenapa mesti ada sem 6 ek??
soalan tu kena lah tanya CEO kolej aku...
soalan yang x mampu aku jawab...
hehehe..hah..
aku bakal jadi SS laa lepas ni..
SS kat sini bukan SYOK SENDIRI ok..
SS kat sini mean SUPER SENIOR...
cewahhh..boleh buli junior lah ni..
hehehe..ada hati nak buli orang ek..
x de lah..aku x la sejahat tu...
cewah2...nak cakap baik la kononnya..
hahaha..ok lah..
kalau aku lelama kat sini kang entry ni x publish...
melalut entah ke mana..
hope demam aku ni cepatlah sembuh...
excited nak keje la katakan..
hehehe..excited nak jumpa encik hubby jugak..
kena tunggu demam sembuh..
ok jumpa lagi nanti...
salam..

maap!! pic pakwe2 aku ni x de kena mengena
dengan entry aku ni...
hehehe..saje nak publish pakwe2 aku
kat sini..hehehe...
kasi gempak gitu...


06 November 2011

selamat hari raya

Assalamualaikum semua...
Annyeohaseo..
hari ni plan ke mana??
mesti lah ke rumah sanak saudara kan...
sebelum terlambat..
aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha
kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ni...
ampun n maaf eh kalau aku ada buat
something yang dah menyakitkan hari ke,
something yang x puas hati,
ape2 je lah...
maaf eh..
kadang2 kita x sedar apa yang kita buat...
kita anggap lain, orang lain anggap lain...
so, mesti ada misunderstanding...
di hari yang mulia ni,
moh la kita bermaaf-maafan...
yela..bukan selalu pon kan...
setahun 2 kali je raya...
hehehe..bukan senang nak jumpa raya ni...
so bila dah ada kesempatan ni,
sama2 lah kita bermuhasabah diri...
buang yang keruh ambil yang jernih...
ish apa aku melalut ni...
maaf lah..
kadang2 kepala otak ni bengong sikit...
btw, jemputlah datang rumah ye...
my mom masak soto, ketupat, rendang ayam n kari daging...
n yang special dari aku, chocolate cup cake...
aku sendiri yang buat ok..huhuhu
sedap x, sedap x??
kalau my mom yang masak kompom sedap...
cup cake aku buat pon x kurang gak...
kalau nak rasa datang lah rumah...
hari ni pagi2 lagi dah ada tetamu...
lepas je solat raya,
sanak sedara kat sebelah rumah dah datang..
huhuhu..sape lagi kalau bukan family maklong aku...
satu family dengan anak menantu n cucu dia bawak...
huhuhu...mau riuh satu rumah aku...
tapi best...meriah je...
yela, bila lagi nak berkumpul macam ni...
selalu mana ada macam ni kan...
so bila time2 macam ni,
baru terasa best sangat...
tapi sebelum family maklong aku datang,
ada lagi orang yang lagi awal datang..
sape??
sapa lagi kalau bukan si anim kawan adik aku...
budak tu memang rapat giler dengan adik aku...
kadang2 aku tengok macam kembar...
kemana mesti berdua je...
huhuhu..pagi2 hari dah datang mengacau aku kat dapur...
benda first yang dia sentuh chocolate cup cake aku..
memang benda tu pon yang dia nak sangat makan...
malam semalam pon dia datang rumah...
sanggup tunggu sampai kek masak...
nak rasa punya pasal, tunggu sampai pukul 11 malam..
oleh sebab dia sanggup tunggu sampai kek masak,
aku pon bekalkan cup cake tu kat dia n family...
adoyy...huhuhu..tapi x pe..family aku x kisah
sebab dah biasa dengan dia macam tu..
dia tu ibarat macam family aku jugak...
dia cakap dia x de kakak, 
so dia nak tumpang manja dengan aku...
hahaha..ayat budak ni x leh blah kan...
xpe la...at least aku ada dua orang adik perempuan...
actually dia ni adik kepada ex-bf aku....
memang aku n abang dia dah x de papa hubungan..
tapi kita still friends...
ok lah..melalut pulak aku ni...
encik hubby dah mesej...
time to out..huhuhu
jumpa lagi nanti...
salam aidiladha semua...


maaf..gambar raya aidilfitri yang lepas ni...
raya ni x sempat nak bergambar..huhuhu

03 November 2011

something yang buat aku gelak terbahak-bahak

Assalamualaikum semua...
annyeohaseo...

setiap kali aku teringat tentang ni
aku slalu gelak..
gelak terbahak-bahak...
aku sendiri x tau sebab apa..
memang lawak laa bagi aku...
kisahnya macam ni...
semalam aku tengah layan game angry bird...
sambil balas2 mesej dengan encik hubby...
sampai satu part ni,
aku terlambat balas mesej sebab tengah
kusyuk layan game...
so encik hubby pon tanya aku...
"apsal ayg lambat balas mesej b??"
lastly aku cakap lah yang aku tengah layan game...
then x pe lah...
aku layan lagi game sambil mesej dengan encik hubby...
macam tadi jugak..
sampai pulak satu part ni...
aku geram sangat sebab asyik kalah...
so aku bagitau encik hubby yang aku nak
layan game ni dulu...
kejap lagi aku akan mesej dia...
dia pon cakap ok...
so aku pon main lah game dengan aman...
hahaha... (jahatnya!!!)
main punya main...
aku x sedar dah dekat 2 jam aku layan game...
tetiba fon aku berbunyi..
ada mesej masuk...
so aku pon baca lah...
mesej dari encik hubby...
mesej tu bunyi macam ni...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hidup ayg!!! 
b tau ayg boleh buat!!!
ayg main lah game tu sampai menang!
x mesej b pon x pe!
b sentiasa sokong ayg!
main sampai menang!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lepas je baca mesej tu...
aku tergelak terbahak-bahak...
sampai keluar air mata...
adik aku kat sebelah pon tengok dengan hairan...
banyak kali aku baca mesej tu...
sambil pk betol ke x encik hubby aku ni...
lastly faham lah aku yang dia tengah tunggu
nak mesej dengan aku...
terus terbantut niat nak teruskan main game...
aku shutdown lappy then mesej dengan dia...
ngokngek betol la mamat ni...
ade ke patut cakap macam tu...
huhuhu..tapi salah aku gak...
main game sampai x ingat dunia...
hahaha..setiap kali aku ingat detik ni...
aku mesti tergelak...
tapi bila ingat balik...
hidup aku sekarang banyak tergelak...
setiap kali aku cakap dengan encik hubby
mesti ada je something yang dia buat
sampai aku gelak...
thanks sebab hadir dalam hidup aku...
thanks sebab dah bahagiakan hidup aku...
thanks sebab sentiasa sokong aku...
thanks for everything...
Alalala...terlebih sweet la plak...
ok lah...sampai sini saje...
jumpa lagi...
~SALAM~