24 September 2012

Hampir Disaman

Assalamualaikum semua..

Rasa macam dah lama sangat aku x bercerita kat sini.. bukan x nak, tapi ada someone yang berpenyakit "PHD" kat aku.. dari dulu sampai sekarang, aku pon x tau apa yang dia x puas hati sangat... PHD tu apa? PHD tu perasaan hasad dengki.. hehehe.. hanya orang2 tertentu je yang ada penyakit -ve ni.. just ignore je orang macam ni... diorang tu nak perhatian je... hehehe

Haaa.. nampak tajuk entry aku? memang betul pon.. macam ni haa.. petang tadi aku keluar dengan adik aku amik angin kat tepi pantai Sungai Baru, Kuala Perlis... tengah sedap2 drive sambil menyanyi-nyanyi n menghayati angin pantai yang sepoi2 bahasa, aku sampai kat satu selekoh yang memerlukan aku membelokkan kereta sebanyak 90 darjah..

Sambil membelok tu, aku nampak kereta polis kat depan, dalam 100 meter je jaraknya, tengah buat roadblock... sepantas kilat adik aku tarikkan seatbelt untuk aku, sebab dia tau, aku mesti gelabah time tu.. untung aku bawak adik aku.. so aku pon drive la dengan sopan santunnya.. dalam hati ni, macam2 dah aku rasa... tetiba polis tu tahan aku n suruh aku stop kereta kat tepi..

Nak x nak kena ikut jugak lah kan... dalam hati ni dah x tentu arah dah aku rasa.. aku pon turunkan cermin kereta aku sambil bagi senyuman paling manis kat polis tu... handsome siot... huhuhu.. sempat lagi ekk.. senyuman manis tu x bermaksud aku nak goda ok, tapi sebab aku nak cepat lepaskan diri.. harap2 laahh..

Polis: Hai adik, laju drive, nak ke mana ni?
Aku : Hehehe.. saje jalan2.. Nak join ke? (sambil tersengih)
Polis: (Senyum) Mintak lesen jap..
Aku : Kejap ek.. (sambil keluarkan lesen dari wallet dengan tangan yang menggigil.. adik aku kat sebelah dah merah muka, tahan gelak tengok aku gelabah)

So aku keluarkan lesen n terus bagi kat dia tanpa perasan yang aku silap bagi lesen.. aku terbagi lesen P moto yang dah pon dipotong sebelah tepi oleh kerani JPJ time aku pi buat lesen P kereta.. Kerani JPJ tu nak combine kan lesen P moto dengan lesen P kereta... Tetiba aku tersedar yang aku silap bagi lesen..

Aku : Eh, silap la encik.. (muka merah tahan malu)
Polis: (Senyum...)
Aku : (kutuk aku la tu..) Nah lesennya.. (sambil berdoa dalam hati, harap2 dia x tanya banyak..)
Polis: (tilit lesen yang aku bagi sambil berjalan ke depan kereta n mencari pelekat P)
Aku : Mati aku kali ni... (muka pucat)
Polis: Kereta sape ni? (sambil senyum)
Aku : Kereta abah... (jawab dengan sopan)
Polis: Ohh.. mana pelekat P??
Aku : X sempat nak lekatkan... (jawab tanpa fikir)
Polis: (senyum) Lain kali lekatkan pelekat P tau, nasib baik abang yang tahan, kalau orang lain? kalau JPJ?
Aku : (Sengih) ok encik, sorry...
Polis: (senyum sambil bagi balik lesen aku) Ok boleh jalan, lain kali jangan buat lagi..
Aku : Ok encik.. thanks..
Polis: Ok, drive carefully.. jangan bawak laju sangat..
Aku : Thanks.. (sambil jalan)

Fuhh!! nasib baik x kena saman.. nasib baik bukan JPJ... Nasib baikk laa.. Bila aku toleh kat adik aku, dia dah sengih2 gelakkan aku.. X guna punya budak.. gelakkan aku sebab aku gelabah giler tadi.. balik rumah, dia terus story kat mak aku.. dua-dua gelakkan aku.. Jahattt!!

2 comments:

Detective Fiqa said...

tuu diaa. dia nak ngorat tu. hahaha :D

nasib baik dia tak buat ape apee

Miss Nana Farhana said...

tau xpe.. huhuhu