05 September 2012

Kulit Mencerminkan Kesihatan Si Gadis

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak share satu info untuk si gadis... huhuhu... macam yang kita semua tau, kulit wajah merupakan perkara yang menjadi perhatian utama si gadis.. tapi ramai yang beranggapan kulit wajah adalah berkaitan dengan kecantikan semata2, sebenarnya ia adalah cermin kesihatan... menurut Emma Hobson dari International Dermal Institute Amerika, kita boleh mengetahui kesihatan tubuh melalui tanda yang terdapat di kulit wajah...

Pipi:
> Kawasan pipi selalunya dikaitkan dengan keadaan paru-paru.. boleh dilihat apabila kulit pipi nampak kusam n kasar disebabkan oleh pengaruh udara, rokok, alahan atau asma.. kulit yang kelihatan kendur juga ada hubungan dengan kualiti paru-paru.. warna pipi yang pucat bererti ada gangguan pengaliran darah terutama yang melibatkan fungsi jantung atau paru-paru..

Gigi:
> Bila gigi mudah goyang, boleh dikaitkan dengan tanda adanya penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) atau leukemia.. masalah gusi yang mudah berdarah pula adalah salah satu tanda kelainan pada darah, contohnya masalah gangguan pembekuan darah..

Bibir:
> Masalah bibir cepat kering mungkin masalah biasa.. tapi hal ni bukan kerana tubuh badan kekurangan air atau dehidrasi sahaja.. dehidrasi boleh terjadi kerana kulit tidak mempunyai pelapis untuk menahan pengewapan... jadi perhatikan juga pemilihan produk yang digunakan untuk kulit.. sama ada ia baik, sesuai atau dijamin bahan2nya.. jangan selalu gunakan skrub pada kulit kerana ini adalah salah satu punca dehidrasi.. selain itu, hilangkan kebiasaan untuk menjilat bibir kerana ia bukan penyelesaian bagi bibir kering..

Kawasan Bibir dan Dagu:
> Sesekali mengalami jerawat pada kawasan ini bukan lah satu hal yang luar biasa.. tapi, jika kerap kali muncul dan berulang-ulang bahkan saat tidak mengalami menstruasi pun jerawat tumbuh dengan banyaknya, boleh jadi anda ada masalah dengan kesihatan ovari.. perhatikan pulak perbezaan rona kulit di dagu yang merah sebagai salah satu tanda adanya gangguan pada ovari..

Kredit : Remaja ^__^

4 comments:

hnahdy said...

owh baru tahu

hazanis said...

info berguna....:))

ku-cit said...

gd info ni...

Miss Nana Farhana said...

thanks.. sy pon baru tau sbnarnya...