Assalamualaikum…
Sejak kebelakangan ni, tindik di dalam mulut dah menjadi
kebiasaan bagi remaja sekarang. Bukan sahaja di bahagian luar badan, bahagian
dalaman pon menjadi tempat pengumpulan aksesori. Sama seperti menindik telinga,
pelbagai aksesori yang diperbuat daripada logam menjadi hiasa dalam mulut
seperti subang, loceng kecil, dan jugak cincin.
Bahagian dalam mulut yang biasa ditindik ialah lidah, anak
tekak, bibir bawah, bibir atas dan jugak pipi. Penindikan dalam mulut dah
menjadi gaya terkini untuk mengekspresikan diri tetapi ia mempunyai risiko
kesihatan yang tinggi berbanding menindik telinga. Selain itu, ia turut
mengundang kesan sampingan lain.
Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah jangkitan selepas
tindikan dibuat kerana mulut kita mengandungi berjuta-juta bacteria. Pendarahan
berterusan dan sukar dikawal juga akan berlaku jika tindikan terkena salur
darah.
Selain itu,sakit dan bengkak juga akan berlaku bagi kes yang
teruk, lidah menjadi bengkak dan sukar bernafas, geseran, alahan pada logam, kecederaan gusi, hilang deria rasa pada
lidah dan juga mungkin penularan penyakit seperti hepatitis, virus herpes
simpleks, sifilis atau tetanus terutama jika tiada kawalan jangkitan semasa
bertindik.
p/s : fikir lah sebelum buat sesuatu keputusan, padahnya diri sendiri yang akan tanggung. =)
Credit : Info Sihat Remaja
2 comments:
tak payahlah nak tindik2 lidah ni kan..huhu..lagi banyak kumudaratan dari kelebihan~
Yana Libra> tau xpe..
Post a Comment