31 December 2011

New Year is Coming...

Assalamualaikum semua...
korang2 x kuar sambut new year ke malam ni?? room mate aku semua nak kuar... si wafa nak ajak g dataran nilai... Apit lak ajak g Port Dickson... mana satu aku nak g pon x tau... silap2 aku dok kat hostel je layan movie.. hahaha... macam malas je nak kuar... malam2 macam ni pulak... kang si warden tersayang datang sport check bilik, mampus aku kena menjawab... the best way, just stay kat bilik layan movie... bagi yang bercouple, mesti nak celebrate new year dengan pasangan masing2... lumrah hidup orang sekarang memang macam tu...
sempena tahun baru 2012 ni, aku berazam nak fokus pada study, x nak main2 sebab LJM dah dekat... then, dalam masa yang sama, aku nak bahagiakan orang2 yang aku sayang, family aku dan......... especially mak n abah... dan, semestinya tahun 2011 meninggalkan kenangan yang paling bermakna dalam hidup... never forget it... x kira sedih atau gembira...semua akan jadi kenangan... Esok, bermulalah diary baru dalam hidup aku...
So, good bye 2011... Welcome 2012...

FAKTA MENARIK MENGENAI WANITA

Assalamualaikum kawan2 ku...
Morning... eh, eh... kejap2... ayat aku macam terlebih je pagi ni kan... maaf.. pagi2 hari dah mereng disebabkan lapar, tunggu intan izzaty bangun tido lambat sangat... aku ni dah lapar giler, dia boleh sedap2 tido... ok lah.. sementara tunggu intan izzaty bangun tido, hari ni aku nak share something yang boleh dikatakan interesting lah, pasal diri WANITA...so wanita2 yang baca entry ni, kalau ada kesilapan ke, bagitau aku yer...kita perbetulkan sama2.. yang penting, entry ni KHAS untuk kaum LELAKI...


Ni antara faktanya :
1. Bila seorang wanita mengatakan yang dia sedang sedih tapi tak mengalirkan air mata, that means dia tengah menangis di dalam hati.
2. Bila wanita tak menghiraukan anda setelah anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum anda meminta maaf...
3.  Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi dan disebabkan itu, ramai wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan.
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki tu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun semasa dia bersama lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dicintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.
6. Wanita memang menyukai pujian tapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika anda tak menyukai wanita yang menyukai anda setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang wanita sedang menjauhkan diri dari anda setelah anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika dan jika anda masih menganggapnya kawan, cubalah menegurnya perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. puisi, muzik, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati.
10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
11. Sebuah senyuman memberi 1000 erti bagi wanita, so jangan senyum sembarangan kepada wanita.
12. Jika anda menyukai wanita, mulakan dengan persahabatan, kemudian biarkan dia mengenali anda lebih dalam.
13. Tapi jika dia menghubungi anda atau menunggu panggilan dan SMS dari anda, teruskan niat anda untuk memikatnya, anda pasti berjaya.
14. Satu ucapan "Hai" saja sudah cukup untuk menceriakan harinya.
15. Teman baiknya saja yang tahu apa yang dirasakan dan dilalui oleh wanita tersebut, oleh itu, berkawan jugalah dengan kawan baiknya.
16. Wanita paling benci jika lelaki berbaik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
17. Jangan tak tahu, senjata wanita yang utama ialah airmata!!
18. Wanita suka jika lelaki yang dicintai memberi surprise untuknya, mereka akan terharu dah merasakan dirinya dicintai sepenuh hati.
19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dengan baik, so pandai-pandailah jika ingin memikat wanita.
20. Bila setiap kali melihat foto buah hatinya, perkara pertama yang akan dilihat oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.

ok, tu je fakta mengenai wanita... Actually senang je kalau nak mengambil hati wanita ni, sebab apa yang wanita inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati... cewahhh.. ayat jiwang gitu...
huhuhu...

30 December 2011

hati ini

Assalamualaikum semua...
sorry yer sekarang aku memang x sempat nak update entry... busy sangat dengan study aku ni... cewahh.. mengalahkan PM gitu... haha..
balik je dari kampung hari tu, hati ni rasa semacam je... semacam macam apa?? macam nak nangis pun ada... aku rindu sangat time cuti di kampung dengan family... makkk.. nak balik kampung... aku sendiri x faham kenapa aku jadi macam ni... cepat sangat touching... lagi2 hal yang melibatkan hati dan perasaan... korang sedih x kalau janji korang x ditepati?? alah.. x payah jawab, kompom jawapannya sedih kan... memang sedih... kalau kat kampung aku bahagia sangat sebab dekat dengan orang2 yang aku sayang... bila balik sini??? macam nak nangis... aku nak luahkan, tapi x terdaya... dah 2 malam aku nangis lepas solat... kawan2 tanya tapi aku buat x peduli...sampai hati buat aku macam ni... tetiba aku rasa menyesal dengan apa yang jadi, hati ni tak terjaga... memang aku x harapkan hati ni terjaga 24 jam.. at least dia sedar yang aku ni ada hati dan perasaan yang perlu dijaga... aku bukan siapa2 bagi dia... sememangnya aku tahu tu.. ye aku sedar siapa aku...

sorry yer...

Assalamualaikum...
really sorry... sekarang aku dah jarang online... sebab keadaan memang x mengizinkan aku online selalu... semester baru ni memang sangat2 mencabar... ni lah time aku berkawan dengan buku2 & nota2 dari semester 1 sampai lah sekarang... semua nak kena refresh... otak pon rasa macam nak jem...ni lah masa untuk aku buktikan kat mak...hemm... doakan aku... time ni aku rasa macam dah nak sampai kemuncak study aku... lagi 6 bulan je tinggal... hidup aku pon dah macam x tenang... seram sejuk, berdebar, semua ada... sokongan dari kawan2 & mak lah yang aku harapkan sekarang... aku rasa macam x kuat...
Ya Allah... tabahkanlah aku!!

19 December 2011

berada di kampung

assalamualaikum semua...
mak aiiii...lamanya aku x update blog aku kan?? x lah lama sangat... aku sekarang kat kampung... tersangat seronok... alamak...ayat terpoyo lebih pulak..hahaha.. relex la.. bukan selalu kan... actually aku x update blog sekarang sebab bb aku x dibayar lagi... kesian bb aku... kalau balik kampung je memang bb x berbayar... terpaksalah aku cari cc mane2 nak update blog aku ni... kesian giler kat aku... jangan x tau.. balik cuti ni hati  tersangatlah gumbira... bukan gembira tapi gumbira... hahaha.. sebab boleh berjumpa dengan orang yang tersangat lah aku rindu... walau pon kejap je kitorang jumpa, at least hilang sikit rindu aku kat dia... huhuhu...

13 December 2011

semester break!!!

Assalamualaikum semua...

aku just nak cakap yang CUTI SEMESTER AKU START ESOK!!! seronok x terkata... hahaha... time cuti je yang aku tunggu kan.. bagi perantauan macam aku ni, cewahhh... ayat x boleh blah kan... yelaa.. bagi perantauan macam aku ni, memang time cuti lah yang paling aku tunggu2... even cuti semester aku just 12 hari je, tapi amat bermakna... masa cuti aku sangat bermakna kalau aku ada disamping family tersayang... huhuhu... tapi, lepas cuti ni, aku akan start semester baru... semester 6 iaitu last semester... tinggal lagi satu semester je lagi aku dah nak habis study kat kolej ni... perasaan takut, sedih, risau semua ada... paling aku takut, exam Lembaga Jururawat Malaysia...huwaaa....boleh x kalau aku x nak habis study... huhuhu... mana boleh.. yang ni pon x tertanggung bebannya..hahaha.. ada hati x nak habis study kan?? lepas ni, aku dah jadi SS... bukan syok sendiri ok, tapi super senior... tapi aku bukan lah senior yang selalu buli junior... aku ni senior baik tau.. hahaha... perasan gilerrr... tapi betul la, x pernah lagi aku buli junior2 aku sebelum ni... hah x percaya lah tu... x percaya sudah... hanya aku je yang tau sape aku... (ayat sengalllll)
ok enough... yang penting kat sini, esok dah start cuti... sonoknyaaa... so, selamat bercuti semua...

finish already!!

Assalamualaikum semua...
Annyeo... hari ni, hari yang menakutkan & menggerunkan bagi aku...hari ni aku exam OSCE... OSCE tu satu exam bagi student nurse, exam di dijalankan dalam lab yang bersuasana macam dalam wad... exam ni kita kena buat sorang2, just kita dengan lecturer je...selalunya exam ni dijalankan lepas student balik dari praktikal...
aku kan dah tamat sesi praktikal, so aku kena lah buat exam tu... bila masuk je kat dalam unit tu, perasaan takut, gerun, nak nangis semua ada... study lah banyak mana pon, tapi bila masuk je kat dalam unit tu, kompom lupa apa yang kita dah belajar.. gerun kan?? ni exam yang ke lima aku dah lalui untuk semester ke 5... tapi perasaan takut tu tetap ada... hidup rasa x senang selagi exam tu  habis... hanya tuhan je yang tau apa perasaan bila dah sampai turn kita untuk buat... hahhh... tapi kali ni, aku rasa macam perasaan takut tu dah kurang sikit... mungkin aku dah ada konfiden, mungkin je laa... huhuhu... dan hasilnya, hari ni aku dah lalui exam tu dengan selamatnya... alhamdulillah... aku bersyukur sangat aku dah pon lalui exam tu... aku harap result yang kuar nanti memuaskan hati aku...thanks sangat kepada kawan2 aku, bagi semangat kat aku sebelum exam tadi... kawan2 aku yang lain pon dah buat yang sehabis baik.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar... thanks jugak pada mak yang banyak bagi sokongan... tu yang aku harapkan...

12 December 2011

OMBAK RINDU

Assalamualaikum semua...
nampak tajuk entry kat atas x?? kalau x nampak tengok pulak gambar kat bawah ni...

Haa.. semalam aku g tengok citer ni lah... citer ni memang best... tapi best lagi kalau baca novelnye... bila baca novel, feeling lebih sikit... huhuhu.. sebenarnya, tujuan aku letak gambar besar2 kat sebelah ni, bukan nak bagitau yang aku g tengok citer ni... sebenarnya aku nak citerkan apa yang terjadi time aku tengah sedap2 layan citer ni...
hah...time aku n kawan2 aku masuk je cinema, ada lah satu couple ni, jalan sambil pegang tangan masuk n duduk kat seat betul2 depan seat aku... aku just pandang je lah... bagi aku, normal lah tuuu... then, bila start je citer, tetiba mata aku tertuju kat couple ni...
cettt!!! baik punyaaaaaa!!!!!
nak tau apa??? diorang pon start buat wayang sendiri... memang x tau malu betul... diorang x sedar ke yang orang ramai kat situ... lain lah kalau diorang duduk kat seat yang paling belakang ke, x hairan lah sangat.. ni betul2 kat depan mata aku... aku yang tengok ni pon malu.. sedangkan diorang yang buat tu x de rasa malu sikit pon... apa la nak jadi... kalau nak buat pon, buat lah kat tempat yang x de orang... ni kat tengah2 cinema... bengong kan... aku malas nak citer apa yang diorang buat.. korang paham2 sendiri lah.. huhuhu.. tapi perangai diorang tu memang betul2 buat aku hilang mood nak tengok movie tu... ishhh!!!! memang x boleh blah laaaaa... lastly, wayang habis je, terus diorang kena perli... rasakan... pandai buat, pandai lah tanggung... x nak cakap lebih2, kang dapat dosa je... huhuhu...

10 December 2011

statement untuk follower...

Assalamualaikum semua...

Semua follower aku, bace entry ni jap... huhuhu... pertama sekali, aku nak mintak maaf kepada mana2 follower yang dah follow aku, tapi aku x follow korang balik... aku mintak maaf, aku bukan x nak follow balik, tapi korang x tinggalkan link blog korang kat aku...bukan semua, just sesetengah je... mana yang dah follow n tinggalkan link, aku mesti follow korang balik, betol x?? so mana yang aku x follow tu, sebenarnya bukan aku x nak follow... tapi link korang x tinggalkan... korang just tinggalkan link korang kat shoutbox aku je, aku mesti follow korang balik... ok???? aku just nak bagitau pasal ni je.. hehehe.. yelah.. aku rasa x best la, korang follow aku tapi aku x follow balik... sorry ye... sayang korang semua...

selamat sampai ke nilai

Assalamualaikum...

Hari ni aku balik ke nilai...balik semula ke kolej untuk exam last sekali dalam semester 5... exam OSCE... exam yang semua student nurse takut...walaupun exam ni tiap2 sem ada, tapi takut tu tetap ada... emmm.. pagi tadi seawal jam 7 pagi kitorang dah start bertolak dari alor star...sampai sini pulak pukul 1.40 petang... sebenarnya aku berat hati sangat nak balik ke sini... pagi tadi sebelum bertolak, aku mesej mak... selalu aku call je... tapi hari ni aku mesej je... saje je aku nak lancarkan mogok + merajuk berpanjangan dengan mak... jahatnya aku... tapi sebenarnya tu bukan lah alasan utama aku x call mak... ada lagi sebab lain yang lebih utama... aku takut aku nangis je kalau call mak..hahaha... tu lah sebabnya... then aku ingat mak nak call aku balik, tapi mak x call pun... mak memang sibuk sangat dengan kenduri tu...terasa hati lagi aku... sampai je kolej tadi, aku terus lah call mak...tapi yang menjawab telefon tu adik aku..aku tanya mana mak, dia cakap mak kat rumah sepupu aku, sibuk dengan kenduri... macam nak nangis je dengar, then aku bagitau lah yang aku dah sampai kolej... mungkin adik aku perasan suara aku x ceria macam selalu, dia pun tanya lah kenapa... aku just cakap x de apa.. then aku letak terus... sebak rasa... air mata ni dah bergenang, tunggu masa nak jatuh je... tapi sempat aku control... kang kawan2 aku nampak malu lak...huhuhu.. then sejam lepas tu, tetiba handfon aku berbunyi ringtone khas yang aku set kalau mak yang call... dengan serta merta, aku senyum meleret... aku angkat je, mak cakap sorry sebab mak sibuk dengan kenduri... then operasi memujuk pun berlaku... huhuhu... anak mak lah katakan...

09 December 2011

touching boleh???

Assalamualaikum...hukhukhuk...nak nangis, nak nangis...selalu aku x macam ni pon...hari ni entah lah kenapa...touching semacam je..citernya macam ni ha...

tadi haa...aku call mak aku, nak tanya pukul bape nak datang...then mak cakap nak datang lepas solat jumaat...sebab abah aku nak g solat dulu...aku cakap datang lah lambat sikit...dalam pukul 6 petang ke...tapimak xnak..nak jugak datang lepas solat jumaat...ok lah...kebetulan pulak room mate aku ajak g city plaza...kononnya nak g tengok citer ombak rindu...memang dah plan dari semalam lagi...maklum lah...esok dah nak balik nilai...so hari ni nak enjoy puas2...so, aku pon bagitau lah room mate aku...diorang lak cakap nak g lepas mak aku datang lah...ok lah...then, tetiba aku rasa macam x sempat je...aku cakap lah kat room mate aku...suruh diorang g city plaza dulu...nanti aku follow lepas mak aku datang...so lepas je solat jumaat tadi...room mate aku pon kuar...aku je tinggal kat bilik..nak tunggu mak aku datang dulu lah...sambil tunggu tu, aku online lah dulu...sedar x sedar dah pukul 3.30 petang...aku pon hairan lah, apsal mak aku x call lagi...selalunya dia akan call kalau nak kuar dari rumah...tapi tadi dia x call pon..maknanya dia x kuar dari rumah lagi lah...so aku pon call lah mak...dia cakap baru siap2 nak kuar...aku cakap lah, apsal x bagitau awal2...kalau dah lambat... boleh lah akukuar dulu dengan room mate aku...mak cakap dia sibuk dengan kenduri kat rumah sepupu aku...ok aku terima alasan mak...aku paham...tapi terasa lah sikit...mak macam pentingkan kenduri dari aku...then aku pon tunggu lah lagi...sambil ym...time tu mood aku dah berubah...kawan aku pon perasan bila dia tengok muka aku ka twebcam dah berubah...dalam pukul 5, mak call cakap dah sampai depan rumah...aku pon turun dengan muka masam...aku bawak sekali barang2 aku nak bagi mak bawak balik...mak datang dengan abah n adik perempuan aku....lepas aku letak barang2 kat dalam bonet keta, mak lak cakap mak datang kejap je...aku baru plan nak suruh mak hantar aku g city plaza...tetiba mak cakap macam tu, terus terbantut niat aku...sedih sangat... yelah..esoknye aku dah nak balik nilai...tapi hari ni mak datang kejap je...selalu kalau mak datang, paling kejap pon, dia mesti borak2 dengan aku gak even 30 minit...tapi tadi x pon...aku terasa sangat...mak cakap nak g tolong kenduri kat rumah sepupu aku...hah...lagi lah sedih...sebak rasa...then aku pon malas nak cakap banyak2...kalau cakap banyak2 kang kompom aku nangis...aku pon salam n peluk cium mak, abah n adik aku...then aku terus lari masuk rumah...air mata dah berjurai...terus nangis...sambil online, aku cari lah sape2 yang online time tu...nak ngadu lah kononnya...then si dia ni online...dia tanya kenapa aku update status fb macam tu...aku cakap ade prob sikit...so dia suruh aku citer...aku pon memang niat nak mengadu dengan dia...aku suruh dia on ym...dia cakap line internet x clear...so aku cakap chat pon xpe...baru rasa nak lega sikit sedih, tetiba dia cakap nak g mancing...terus nangis aku lagi sekali...rasa macam dah xde orang sayangkan aku..aku lupa yang aku x tutup webcam aku...sebab sebelum tu aku webcam dengan kawan baik aku...so tetiba dia tanya apsal aku nangis...aku pon ngadu lah kat dia...baru lah kurang sikit rasa sedih...emm...x tau kenapa...cepat sangat aku touching...dah lah dok sorang2 je kat bilik...malam ni je rasa ok sikit...sebab room mate aku dah balik...actually aku x marahkan mak aku...aku just nak perhatian dari dia...yelah..bukan selalu pon...aku dah lah jarang balik kampung...so memang aku nak perhatian dari mak...emm..


berdua bersatu

Assalamualaikum..
malam ni entah kenapa,
tetiba lak layan lagu melayu...
macam sesuai dengan kisah aku..
jom layan lirik lagu ni...

Lagu : Berdua Bersatu
Artis : Fourteen

kenapa cinta kita selalu saja diduga
bagai ada tak merestu kita berdua bersatu
atau mungkin kau dan aku ditakdir untuk berpisah
walau pun melawan arus kita berdua bersatu
seringkali ku mendengar, patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu cinta selain darimu
jika denganmu salah, ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah, biarlah ku tercalar
walau dilanda badai, ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu
jika denganmu kabur, ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas
walau dilanda ribut, ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/S: there must be something wrong somewhere...


have fun...
(^_^)


tonight

Assalamualaikum...
selamat malam..
malam ni aku happy...
firstly sebab aku dah ok dengan warden aku...
jap2..ni pon aku nak happy ke???
happy la jugak..
at least aku dah baiki hubungan dingin aku dengan warden...
buktinya???
malam ni dia datang melepak kat bilik aku...
dari lepas maghrib sampai lah sekarang...
huhuhu...
saje berkongsi kisah suka duka menjadi warden
untuk student murni nursing college...
macam2 pengalaman dia dah tempuhi...
ok enough...

secondly, setelah seminggu aku tunggu mesej dari dia...
tetiba malam ni dia mesej lagi...
dengan serta merta hati berbunga riang...
tapi x lama setelah memikirkan ada halangan besar...
huhuhu..
tapi happy...
happy sesangat...
alasan untuk jumpa lagi...
rindu sangat.. tapi malu nak ngaku...
cukup lah sekadar dia tahu yang aku masih 
sayangkan dia macam dulu...
tu dah cukup...
sayang aku untuk dia x pernah berubah start dari
first time kitorang declare relationship...
aku nak dia tahu pasal ni..
and he already know it...
tapi, bodoh ke aku kalau still mengharapkan
cinta n kasih sayang dia???
maybe...
aku memang bodoh...
aku x kisah orang nak cakap apa...
thats why aku x pernah nak ceritakan pada sape pon...
just sorang je yang tahu...
teman yang paling memahami...
sape??
biarlah rahsia...

08 December 2011

its my fault

assalamualaikum semua...
ni entry kedua aku tulis untuk hari ni...
emm...aku tau semua ni salah aku..
so x payah lah ko nak perli2 aku..
lagi pon aku da mengaku kan semua ni salah aku..
so x payah nak perli2..
aku X SUKA tau x!!!
ok ceritanya macam ni..
semalam...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku kuar dengan kawan2 aku...
kitorang g fun fair kat stadium alor star...
kitorang semua 5 orang...
aku, kak yana, shuhada, wafa n pakwe dia...
satu bijik keta...
semalam memang fun giler la...
macam2 mainan yang kitorang main...
then sedar x sedar jam dah pukul 11 malam...
so kitorang pon gerak lah balik....
sebelom nak balik rumah sewa, kitorang singgah makan dulu..
sampai lah pukul 12 malam baru kitorang sampai
kat area taman perumahan kitorang...
pakwe wafa yang hantarkan kitorang balik...
nak dijadikan citer, aku dengan budak2 ni lain2 rumah...
kitorang x sekali...
so aku jalan lah sorang2 balik ke rumah aku...
then sampai je depan gate, aku call kawan aku,
izzati, suruh bukakan pintu...
nak dijadikan cerita lagi, 
actually aku serumah dengan warden aku...
hahaha...
so izzati pon bukak lah pintu untuk aku...
memang grill pintu rumah tu bunyi kuat sikit...
si izzati pulak cakap yang warden x tido lagi...
lagi kecut lah aku ni...
so lepas kunci balik pintu,
aku cabut lah tudung aku dari kepala sambil bejalan naik tangga...
aku jalan slow giler, memang macam pencuri masuk rumah...
huhuhu...then aku terus masuk bilik n kunci pintu...
actually aku x boleh balik lambat...
kena balik sebelom pukul 9.30 malam...
aku balik dah pukul 12 lebih..
so x pelah..aku ingat dah selamat lah aku dari kantoi...
sebab warden aku diam je dalam bilik...
aku pon kuar lah nak g amik baju aku kat almari luar...
kononnya nak tukar lah baju...
lepas kuar, aku sempat jalan 3 tapak je dari pintu bilik,
warden aku pon bukak pintu bilik die...
bilik die sebelah bilik aku je pon...
aku ni x sempat nak lari lah sebab dia memang dah nampak aku pon...
alamakkk!!! kantoiiiii!!!
emm..then dia tanya aku dengan sinisnya...
"Aii.. baru balik ke??"
aku nak tipu pon x boleh sebab aku pakai jeans...
so aku pon mengaku lah...
"ye cik nurul, saya baru balik"...
dia tanya aku g mana, aku cakap lah aku g funfair...
kang kalau tipu lagi lah aku rasa x selamat..
lebih baik aku ngaku je kan...
alang2 dah kantoi kan...
then dia cakap, g funfair sampai x ingat undang2 kolej...
emm..aku pon cakap lah kat dia yang aku mintak maaf..
sorry cik nurul, its my fault...
then dia pon terus masuk bilik die...
emm..hari ni lak,
dia datang lepak kat bilik aku...
then dia siap perli2 aku lagi...
saje lah tu..
dia tanya aku, sonok ke g funfair???
aku cakap lah sonok gak...
then dia cakap lagi, kalau x sonok x la sampai balik pukul 12 malam...
hishhhh!!! aku sabar je...
then aku pon cakap lah kat dia,
aku sedar semua tu salah aku,
aku pon dah mengaku salah, so x perlu lah nak perli2..
dia terus diam...aduhhh...
kononnya nak tanya aku,
padahal perli aku...
hampeh!!

rindu blog

Assalamualaikum semua...
waaaaahhhhh..
lamanya aku x update blog ni...
rindu kot...
kesian kat blog aku ni...
hahaha..aku busy sikit...
tambah pulak dengan cik broadband baru bayar...
start hari ni, aku x kan abaikan blog aku ni..
hahaha..ayat budak poyo...
aku baru je habis sesi praktikal untuk sem 5...
selamat tinggal hospital sultanah bahiyah...
kalau ada jodoh aku akan balik ke sini lagi sem depan...
balik berkhidmat kat hospital ni...
ni lah antara hospital yang aku paling suka...
senang bekerja dengan staf2 yang boleh dikatakan ok la...
yang paling penting dekat dengan kampung aku...
senang nak cabut balik rumah...
entah kenapa aku rasa sedih je...
macam x nak je balik nilai tu...
eh silap...
bukan macam xnak balik..
tapi memang x nak balik pon...
lebih suka stay kat sini...
takut nak balik exam OSCE...
entah apa lah nasib aku...
sekarang memang praktikal dah habis...
nak balik exam OSCE tu yang aku paling takut...
adoyyaiiiii...
nak x nak kena buat jugak...
ok..thats enough nana!!!
sampai bila nak takut???
aku kena kuatkan semangat...
so, chaiyok2!!!
huhu..doakan aku ye..