23 April 2011

balik kampung lagi

Assalamualaikum semua..
minggu ni aku balik kampung lagi.. huhuhu..
nak tau ape jadi kat aku??
aku demam!!!
wawawaaaaaa..adoyy..
tetibe lak aku demam.. nak kata mandi hujan xde la pulak..
actually demam rindu.. rindu kat mak n abah..
hehehe..tapi sepatutnya demam mesti la lega..
yang peliknya demam ni x lega lagi..
hahaha.. dah la petang ni aku nak balik alor star pulak..
esok dah nak keje..
macam mana la nak keje esok kalau demam x lega..
nak balik petang ni pon rasa berat sangat.. 
bukak apa, rasa letih sangat.. 
aku dok kat rumah pon bukan ade buat keje apa pon..
aku dengan hobi aku sekarang lah..
amik adik aku jadi model n aku snap gambar dia..
hahaha.. silap profession ke aku ni???
minat ni baru je timbul lepas aku tengok sepupu aku guna nikon..
aku pon nak juga..huhuhu..
emm..xnak cakap banyak.. 
tengok lah gambar2 ni..x banyak pon..
sebab x larat nak snap banyak2..

x leh blah.. dengan berbaju sekolah..


ni time aku nak balik perlis, sekitar mergong je..


ni lak dekat syahab pedana..


hah.. ni bunga kat rumah aku..


tetibe lak ada gambar ni..
hehehe

tengah makan ais krim pon sempat lagi..






x tau kenapa, aku suka gambar ni..

ok.. sekian dari aku..
nak siap2 balik alor star daa...



20 April 2011

aku nak orang faham profession aku..

Assalamualaikum semua..
aku x tau knapa aku perlu tulis tentang ni..
bukan nak heboh, tapi aku nak orang paham..
especially DIA..
sape la dia tu.. orangnye dah x de.. bukan meninggal dunia laa..
tapi, dah x dengan aku lagi..
maybe dengan orang lain ke sekarang ni..
hehehe..jangan marah eh..
just kidding..
emm..aku dah xde pape hubungan lagi dengan die..
kenapa kejap je??
sebab kitorang x serasi lah kot..
actually, benda ni terjadi mungkin salah aku la kot..
aku ade bagitau dia yang aku x nak bertunang lagi..
awal lagi.. yela..aku kene la fokus kat study aku dulu..
aku ade gak cakap aku x nak kawin awal..
sebab ape??
sebab aku nak bahagiakan family aku dulu..
especially mak n abah aku..
sebab mak n abah lah aku minat nursing ni sekarang...
so aku x nak lah hampakan harapan mak n abah yang nak tengok aku berjaya..
hah..aku bagitau die sebab aku x nak kawin awal..
sebabnye, aku nak sambung wat post basic lepas abis study ni..
yela.. ni pon untuk cerahkan masa depan aku gak..
aku cakap aku kene keje dulu at least for 3 years..
then, baru lah boleh buat post basic..
dia cakap kalau macam ni tua lah dia baru boleh kawin..
ade aku kisah??
hahaha..jahatnye nana..
xde lah..nak kisah pasal die tua, aku ni macam mana plak??
dia mungkin kena tunggu lagi 4 tahun,
4 TAUN JE PON.. bukan 40 TAUN..
so die cakap dia nak orang yang betol2 serius dengan dia..
abis tu, aku ni x serius ke?? 
pening2.. laki ni memang la spesis yang pelik..
nak orang paham dia tapi dia x penah paham orang..
so dia suruh aku lupakan dia..
then, ape boleh aku wat??
x kan lah nak merayu-rayu plak kan.. hahaha..
gila ke ape?? bukan style aku la nak merayu-rayu ni..
tu yang dia nak, tu lah yang aku bagi..
emm.. biar lah.. mungkin bukan jodoh kitorang kan..
aku x nyesal pon, sebab semua ni keje Allah.. 
kita ni just boleh merancang je, tapi Allah yang akan tentukan..

sepatutnye die kena lah paham profession aku ni macam mana..
nursing ni memang la susah.. orang yang betol2 paham je yang akan bertahan..
emm..nanti pon nak kene tinggal gak kalau kawin awal2..
lagi plak, kalau aku keje shift malam, xkan lah dia x bagi aku g kot..
agak lah..tu dah lebih.. memang keje aku macam ni pon..

18 April 2011

community

assalamualaikum..
hye hye hye... rindu gile nk bercerita..
huhuhu..
dah lama x update blog ni..
dah berlumut laa..

 emm..
semalam hari first aku start keje kat klinik..
macam x best je..
yeke??
aku rasa je..
macam x best..
mungkin awal lagi kot..
tapi aku rasa macam best pon ade gak..
lebih kurang macam keje kat wad je..
cuma, yang bezanya kat wad aku kene berdiri full time..
kat klinik banyak keje cara santai..
emm..
baru 2 hari aku keje kat klinik ni..
kawan2 aku cakap klinik best..
kalau masuk klinik, macam dah x nak keje kat wad
sebab best sangat..
yeke??
aku pon x tau..
aku kene stay sebulan kat klinik..
alamakkk..
macam2 plak kene wat..
mungkin minggu depan aku kene bagi health talk kat ibu2 yang mengandung..
segannyaaa...
alahh.. buat je lah.. macam x biasa lak..
hahaha..
yang pasti lepas ni aku kene banyak gile membaca n menghafal pasal perkembangan baby..
adoyaiii.. susah nak ingat laa.. (padahal malas nak bace)
ape2 pon aku kene gak stay kat klinik ni..
huhuhu..

santai bersama

assalamualaikum semua..
emmm..kali ni aq x nak citer panjang lebar..
ni time aq balik kmpg ari jumaat n sabtu lepas..
hang out ngan kawan2 skolah..
my best friend time skolah dulu2..
huhuhu..


ni masriah..
budak cute yg ramai peminat..


ni tini..
slalu cari gaduh dengan aq..
but, gaduh manje je..


ni saper??
ni mesti la budak cantik..
haha..prasantan..
ni aku laa..


~candit~


~~~


aku n masriah..


yang laki 2 bestfriend aku..
rizwal @ g-wan..

lepak lepas kenyang mkn bihun sup..






ish3..ni aku ke?



tini n masriah..

^_^






basah??


kitorang mandi hujan..
hahaha..
xde keje kan??

ni je kje aku kalau balik kampung..
hahaha..
nikmat giler kalau dapat kuar dengan member2 lama..
maklum laa..
bukan slalu pon nk boleh kuar bersama..
masing2 dgn kerjaya sendiri..
busy lah..
ni pon baru 4 org yg join..
yg lain x dapat dikenalpasti lokasinye..
huhuhu..
xde lah, yang lain tgh busy dgn keje n study..
hurmm..

17 April 2011

perlu lepaskan atau teruskan??

SITUASI 1: BOYFRIEND VS BESTFRIEND
Kamu bermula dengan sahabat baik. Segala apa sahaja masalah pasti akan dikongsikan bersama. Begitu juga dengan si dia. Keakraban yang terjalin ada kalanya membuatkan kamu rasa keliru untuk membezakan sama ada kamu menyayangi si dia sebagai sahabat atau lebih dari seorang sahabat. Kamu takut untuk mempersoalkan perkara ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama.

TERUSKAN. Anda perlu teruskan. Katakana padanya “ada kalanya saya merasakan hubungan kita ni sangat kelakar kerana kita hanya sahabat tetapi kita saling saying menyayangi ibarat pasangan kekasih.” Kemudian tunggu apa jawapan dari si dia. Andai si dia menjawab, “kita kan sudah berkawan lama jadi tidak hairan lah kalau kita sayang antara satu sama lain. Namun biarlah hubungan ini terus kekal sebagai kawan kerana saya yakin itu lebih berkekalan.” Jangan sedih dengan jawapannya. Kamu buat seperti biasa dan percayalah segalanya akan normal kembali selepas dua atau tiga hari. Namun, kalau dia menjawab, “memanglah, sebab saya bestfriend pon ya dan boyfriend pon ya.” Jangan melompat!!! Biarpun diakui jawapan itu pasti sangat membahagiakan kamu serta yang diharapkan si dia.


SITUASI 2: EX-BOYFRIEND
Kamu dan si dia telah pun putus setaun yang lalu. Namun sehingga ke hari ini kamu masih belum dapat  melupakan si dia. Malah setiap kali menonton cerita kesukaannya atau makan makanan kegemarannya, kamu pasti akan teringatkan si dia. Begitu juga kalau kamu pergi ke mana-mana tempat yang pernah dikunjungi bersamanya sebelum ini, pasti akan mengimbau sejarah lama. Oleh kerana terlalu sayangkan si dia apa sahaja pemberian si dia kamu simpan sebagai kenangan.

LEPASKAN. Hanya membuang masa sahaja kamu mengingati sejarah cinta yang lama. Kamu di sini bersedih dan mengingati si dia sedangkan si dia sedikit pun tidak mengingati kamu. Malah bersenang-lenang dan bertukar ganti teman wanitanya. Jadi sebaiknya kamu segera membuang semua sejarah dan kenangan yang pernah kamu lalui bersama si dia. Paling penting, sembunyikan diri dari facebook supaya si dia tidak boleh mencari kamu. Andai di fikiran kamu masih berharap si dia akan kembali pada kamu, lupakan sahaja. Perlu diingatkan andai si dia masih menyayangi kamu sudah pasti si dia tidak akan menyakiti hati atau membuang kamu dalam hidupnya. Jadi jangan diharapkan lagi pada cinta yang bukan milik kamu dan carilah orang yang lebih ikhlas memberi cinta pada kamu.

06 April 2011

teamwork

Apa yang penting?? kerjasama!!
Apa yang penting?? kerjasama!!

Assalamualaikum.. hahaha.. selingan je ni.. Actually aku memang nak story pasal kerjasama.. kenapa??? sebab kerjasama ni sangat sesangat lah penting dalam hidup ni.. kalau x bekerjasama, x sampai lah kita ke tahap sekarang ni.. macam tu laa.. huhuhu.. 
So pendek kata, memang lah penting teamwork ni.. Panjang pulak ikut cakap pendek kata, memang penting.. hahaha.. apa yang aku melalut ni??? ayoyooo... 
Aku nak tanya korang yang baca entry aku ni, kalau korang dalam satu group yang besar, n tetibe ada sorang kawan korang dalam kesusahan.. korang nak tolong dia selesaikan masalah ke atau korang nak tolong tengok je?? kalau aku, aku akan tolong x kisah lah dia tu kawan rapat aku atau x.. yang penting, aku satu group dengan dia, susah senang bersama.. tetapi.. ada lagi orang kat dunia ni yang boleh buat x tahu je bila tengok kawan satu group ada masalah.. Apa jenis kawan niiiiii.. aku geram betol laaaaa... kita kan satu group, apa-apa hal pon yang jadi, kita kena lah selesaikan sama-sama.. kalau x, baik x payah ada group.. betol x? betol x? yang lebih teruk lagi, kawan yang terlibat sama dalam masalah tu buat dajal.. pentingkan diri sendiri.. dia x fikir ke, walaupon dia pentingkan diri sendiri & x nak tolong kawan dia tu, nanti akan effect satu group.. dia tetap x selamat juga.. So, apa-apa hal pon, kalau ada teamwork, masalah tu akan dapat selesai dengan cepat & senang.. x kira lah seberat mana pon masalah tu, as long as kita satu group, masalah yang besar tu boleh je settle.. 


So, moral of the story, teamwork memang penting!!

02 April 2011

nikon..

Assalamualaikum.. ehem2.. korang2, nak tau x?? aku sekarang ni dah gila.. aku gilakan menda nihhhhhh.. aku nak sebijik...


i want this.. i want this.. i want this...
aku akan pastikan aku dapat menda nih.. aku akan usahakan gak, but.. x nak lah nyusahkan mak n abah aku.. so aku akan usahakan sendiri... ptptn, mesti lah mak x kasi aku gunakan untuk menda2 macam ni.. so, nak x nak tunggu je laa..kalau ada nasib aku, aku akan dapat awal.. kalau xda, kena tunggu time keje lah.. hohoho.. asalkan dapat menda ni, aku dah cukup puas hati.. huhuhu.. bukan ape, aku jeles jugak lah, orang lain ade, padahal aku memang minat lah dalam bidang2 macam ni.. photography n editing.. tapi, tersilap amik corse.. terdapat lah pulak nursing..huhuhu.. apa2 pon alhamdulillah sangat2 sebab aku dah boleh sampai tahap ni.. huhuu..
menda ni, aku akan pastikan aku dapat..

lelaki suka merajuk???

Assalamualaikum.. hye3.. aku nak story ni.. hehehe.. lagi2 story pasal "the rest of my life" by maher zain.. hahaha.. xde lah.. story pasal hidup aku lah... ishhhh.. jemu laa.. xde story lain ke?? kalau ade aku x la story pasal ni.. hahaha.. 
hah, aku nak start berstory dah ni.. baca tau.. kehkehkeh.. aku nak story pasal mamat dalam hidup aku a.k.a. my hubby..
hadoyyhhh.. x story lagi dah penat.. emm.. aku nak tanya korang, bf korang ade x yang suka merajuk?? hah?? ade?? memang laki macam tu ke?? x semua laki laa.. huhuhu.. bf aku ni, x paham betol laa.. eh jap3.. aku story just nak share je, bukan nak kutuk die ok.. harap paham.. >_<
bf aku ni, suka sangat merajuk.. aku ni dah lah susah nak pujuk orang.. kawan2 baik aku pon aku x pujuk, nak pujuk pon depend jugak lah, kalau betol2 salah aku baru aku pujuk and mintak maaf.. pujuk pesakit aku suka lah.. hahaha.. sebab memang tu lah keje aku bila aku bagi ubat, pesakit x nak makan.. nak pujuk orang ni kene ada skill.. aku ni stakat nak pujuk pesakit tu boleh laa.. kalau nak pujuk buah hati, serius aku x pandai.. bukan x pandai lah, kang aku pujuk terlebih cair lak.. hehehe.. aku pujuk la, tapi x lah pujuk sampai cair, sikit2 je.. then, terserah lah ko nak termakan dengan pujukan aku ke x.. janji aku dah pujuk.. betol x, kalau terlebih pujuk, aku tau.. nanti mesti makin berlemak lah si bf ni.. hemm.. kejam ke aku ni?? aku x kisah kalau nak merajuk, merajuk lah selagi mampu merajuk.. tapi jangan lah merajuk lebih2 x kira time... tambah2 lak time aku tengah penat.. jangan lah wat bagi aku naik marah.. aku makan hidup2.. jadi drakula jap.. xde lah.. huhuhu.. macam lah hari ni, aku keje pagi, pukul 2 ptg aku kuar dari hspital.. so, lepas je kuar dari hospital, aku terus lah call hubby aku ni.. wat report yang aku dah balik keje.. aku cakap...

aku: b, ayg dah balik keje ni, baru kuar dari hospital..
hubby: yeke yang, ok la tu..penat x?
aku: penat lah b, x kan x penat lak..
hubby: yela..jap g balik on9 tau.. b dah on9 ni..
aku: yela2.. jap g ayg on9 laa..
hubby: ok..love u..

then, sesampai je aku kat umah, aku nak je mandi..tapi ade orang tengah repair toilet lak.. so aku x jadi mandi, then aku capai laptop n terus lah on9.. dengan berbaju keje lagi.. haha.. ( bad habit, don't try this at home!!). Then, aku pon chat lah kat fb dengan bf aku ni.. die cakap nk ym sebab nk webcam.. aku ni malas lah nak bukak ym sebabnya aku bukak fb n blog.. so, kalau ym pon aku lambat lah nak balas, sebabnya tengah syok melayan komen2 kat fb n blogwalking.. huhuhu.. so die merajuk lah.. aku cakap, merajuk lah, aku penat n xde tenaga nak pujuk.. yela.. aku kan baru je sampai rumah, letih pon x hilang lagi, dah on9 lak, tu pon sebab die yang nak.. then, die cakap lagi , nak ym jugak.. aku cakap x nak.. die mesej aku kat ym tapi aku terus sign out, n biar fb je on.. die pon bengang.. die ingat die je boleh bengang, aku pon boleh bengang gak.. so, merajuk lah.. kadang2, pasal benda kecik pon nak merajuk.. aku ni pulak jenis yang x kisah.. ikot ko lah nak merajuk.. asalkan ko bahagia.. hahaha.. kejam gile.. xde lah.. aku try lah pujuk, tapi dah mood aku pon x berapa nak elok, aku x pujuk langsung, biar je die macam tu.. aku penat lah, die ni x paham ke, aku penat2 balik keje, jangan lah wat bagi aku marah.. hemm.. serabut kepala otak aku.. serius aku cakap, die memang matang dari aku.. tapi bila perangai kebudak-budakan die datang, aku lak yang lebih matang dari die.. hehehe.. betolllll...huhu.. so, aku nak die tau yang aku bukan sengaja nak wat die bengang, paham lah, aku dah lah x mandi lagi, kalau webcam pon, kompom2 die akan kutuk aku x mandi lagi.. nak menaikkan marah aku lah katakan.. adoyy3.. penat lah aku macam ni..