31 December 2011

FAKTA MENARIK MENGENAI WANITA

Assalamualaikum kawan2 ku...
Morning... eh, eh... kejap2... ayat aku macam terlebih je pagi ni kan... maaf.. pagi2 hari dah mereng disebabkan lapar, tunggu intan izzaty bangun tido lambat sangat... aku ni dah lapar giler, dia boleh sedap2 tido... ok lah.. sementara tunggu intan izzaty bangun tido, hari ni aku nak share something yang boleh dikatakan interesting lah, pasal diri WANITA...so wanita2 yang baca entry ni, kalau ada kesilapan ke, bagitau aku yer...kita perbetulkan sama2.. yang penting, entry ni KHAS untuk kaum LELAKI...


Ni antara faktanya :
1. Bila seorang wanita mengatakan yang dia sedang sedih tapi tak mengalirkan air mata, that means dia tengah menangis di dalam hati.
2. Bila wanita tak menghiraukan anda setelah anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum anda meminta maaf...
3.  Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi dan disebabkan itu, ramai wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan.
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki tu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun semasa dia bersama lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dicintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.
6. Wanita memang menyukai pujian tapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika anda tak menyukai wanita yang menyukai anda setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang wanita sedang menjauhkan diri dari anda setelah anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika dan jika anda masih menganggapnya kawan, cubalah menegurnya perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. puisi, muzik, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati.
10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
11. Sebuah senyuman memberi 1000 erti bagi wanita, so jangan senyum sembarangan kepada wanita.
12. Jika anda menyukai wanita, mulakan dengan persahabatan, kemudian biarkan dia mengenali anda lebih dalam.
13. Tapi jika dia menghubungi anda atau menunggu panggilan dan SMS dari anda, teruskan niat anda untuk memikatnya, anda pasti berjaya.
14. Satu ucapan "Hai" saja sudah cukup untuk menceriakan harinya.
15. Teman baiknya saja yang tahu apa yang dirasakan dan dilalui oleh wanita tersebut, oleh itu, berkawan jugalah dengan kawan baiknya.
16. Wanita paling benci jika lelaki berbaik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
17. Jangan tak tahu, senjata wanita yang utama ialah airmata!!
18. Wanita suka jika lelaki yang dicintai memberi surprise untuknya, mereka akan terharu dah merasakan dirinya dicintai sepenuh hati.
19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dengan baik, so pandai-pandailah jika ingin memikat wanita.
20. Bila setiap kali melihat foto buah hatinya, perkara pertama yang akan dilihat oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.

ok, tu je fakta mengenai wanita... Actually senang je kalau nak mengambil hati wanita ni, sebab apa yang wanita inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati... cewahhh.. ayat jiwang gitu...
huhuhu...

No comments: