07 March 2012

GELAGAT ABANG AKU

Assalamualaikum...

Hai, Hai and Hai... Annyeong... hari ni dah masuk hari ke 5 aku menembamkan diri aku di rumah... keje aku, tengok tv, online, makan, tido n aktiviti ni lah yang aku ulang setiap hari selama aku di kampung ni... nasib baik tiap2 petang ada orang yang temankan aku joging, sape lagi kalau bukan adik perempuan aku... hahaha... dia lah yang jadi mangsa peneman setia aku tiap2 petang... nasib ko lah adikku, seminggu je pon kan nak temankan kakaknye ni...

Dan, selama aku stay kat rumah jugak, ada je gelagat2 yang boleh buatkan aku gelak berguling-guling...  contohnya?? contohnya macam gelagat abang aku semalam... hihihi.. kalau dia baca blog aku nih, mati aku dia kerjakan... ok what?? just untuk suka2, hilangkan kebosanan yang bermaharajalela kan...

Semalam, dalam pukul 11.45 pagi, tengah sedap2 aku melayan astro hitz sambil menari n menyanyi, tetiba terdengar ada orang bagi salam...

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam...." aku pon jawab... Aku pon jenguk lah kat tingkap rumah aku, ow... kawan abang aku rupanya...
"Asrul ada?" dia tanya aku... n aku jawab...
"Ada, tunggu jap..."

Aku pon masuk lah ke bilik abang aku, then aku kejutkan dia...
Aku      : Dato' Asrul, x puas lagi tido? bangun cepat... Kawan Dato' mai cari Dato' tu...
Abang  : Dah pukul berapa nih?? (sambil mengenyeh mata)
Aku      : Baru pukul 12 tengah hari Dato, awal lagi... (sambil bercekak pinggang)
Abang  : Awat x kejut awal sikit? Sape off alarm henpon aku? (tengok aku macam nak telan)
Aku     : Nak kejut pukul berapa? awal lagi ni, ingatkan nak kejut pukul 5 petang ni... baru puas sikit Dato' tido...
Abang  : Aku keja hari ni... Alamakkk!!! (sambil berlari ke toilet)
Aku     : Oii Dato', kawan Dato' ada kat luar rumah tu... Bukan kat toilet...

Dia pon pusing balik then g kat kawan dia kat depan rumah... aku lak, gelak sampai menangis sebab x tahan dengan perangai abang aku sorang tu... macam nak je aku berguling kat situ... hahaha... dah tau keje, bukan nak ingatkan aku suruh kejutkan dia.. aku lak ingat dia pon cuti macam aku... Alarm henpon dia tu aku yang off, sebab bingit telinga aku dengar bunyi alarm dari pukul 8 sampai 10 pagi... hahaha... nak keje apa dah pukul 12 tengah hari... orang lain dah nak balik keje, dia lak baru bangun nak g keje... ada je bahan aku nak kenakan dia...

Then, time dia masuk dalam rumah, tetiba dia tanya aku, macam mana nak amik MC... aku pon cakap lah, bukan senang nak dapat MC doktor, sekarang ni susah sikit... then x pasal2 aku pulak yang kena bagi idea untuk dia menipu doktor semata-mata nak dapatkan MC... aku suruh dia bagi alasan cirit-birit... hahaha... tapi harapan nak dapatkan MC tu aku rasa just 50-50... dia pon siap2 nak g klinik... sebelum keluar, aku cakap kat dia....

"Good luck Dato'!! kalau doktor tu bongok, memang dia akan bagi MC... Lain kali bangun lah lambat2 lagi, maklumlah, bapak kita kan doktor, boleh bagi MC bila2 masa je..."

hahaha... selang 2 jam, dia pon balik... dia tengok aku macam nak telan je... so aku pon meluru kat dia n tanya macam mana, sambil tersengih-sengih... dia cakap cenggini kat aku...

"Doktor tu cerdik sebab x bagi MC kat aku, tapi aku yang bongok sebab pi bagi alasan bongok yang hang bagi kat aku!! Aku x dapat MC tau x..!!"

Sekali lagi aku gelakkan dia... hahaha... ada ke patut dia pakai idea aku tu... memang betul lah abang aku sorang tu... sebenarnya aku pon x tau nak bagi idea apa, sebab setiap penyakit yang boleh MC, penyakit yang kena cek betul2 oleh doktor... penyakit yang doktor boleh sahkan... bukan penyakit tipu macam tu... hahaha... sehari tu dia masam dengan aku... lawak giler... petang tu lak aku citer dengan mak aku... mak aku pon gelak kat dia... ada bahan nak kenakan dia...


2 comments:

Yana Libra said...

kesian abg awk~ hehe :)

Miss Nana Farhana said...

hahaha..tau xpe.. ksian jugak, tapi kna bagi pengajaran sikit...