15 March 2012

Day 2 At Emergency Unit.. Doing CPR...

Assalamualaikum semua...

Selamat petang, Annyeong haseyo... Okey, saat ni, aku baru je sampai rumah, baru balik dari keje... punya x sabar nak update entry kan... huhuhu... x senonoh kan... jgn tiru aksi aku tau... aksi ni aku sorang je yang boleh buat... ehehehehe...

Hah, hari ni hari ke dua aku bertugas di bahagian kecemasan... dan hari ni juga, untuk kali pertama dalam hidup aku sebagai manusia dan sebagai student nurse, buat bantuan CPR... perrgghhhh!!! ketaq lutut cek tau x... macam-macam bayangan yang bermain kat otak aku time ni tau x... hehehe.. x de lah... aku just pk satu benda je, "pesakit ni perlu diselamatkan!!!"




Okey, sesampai je pesakit ni di zon merah, semua doktor n staff nurse lari n serbu pesakit tu... pasang lah segala macam tiub (wayar) kat badan pesakit tu... aku pulak dah siap pakai gloves, bersedia untuk berkhidmat lah kononnya... huhuhu... then aku berdiri di sebelah doktor yang tengah cek pesakit ni, bersedia untuk tolong apa yang patut...

pesakit tu dah x sedarkan diri time tu, pengsan!!! bila doktor periksa nadi pesakit tu, xda nadi!! doktor tu terus capai alat bantuan pernafasan, cekupkan ke mulut pesakit dan start mengepam... tetiba doktor tu jerit kat tepi telinga aku, "STUDENT, START CPR NOW!!!" dengan pantas, seorang student Medical Assistent (MA) yang tengah berdiri kat sebelah aku, panjat katil n start buat CPR dengan menekan bahagian dada pesakit...

Selepas 2 minit buat CPR, aku tengok muka student MA tu dah merah2 menahan penat sambil tercungap-cungap sebab penat... aku yang berdiri kat sebelah dia ni, dah bersedia untuk tolong... tapi masih takut2... then tetiba dia pandang aku n jerit kat aku, "CHANGE!!!"

Aku pon tunggu apa lagi, terus cepat ambil alih tugas buat CPR dari MA tu, aku rapat kat dia, aku naik kat atas katil n bersedia nak buat CPR... then dia pon terus ke belakang n pas kan tugas tu kat aku... aku pon buat lah CPR tu... dalam hati ni, hanya Allah je yang tahu betapa takutnya aku saat aku tekan dada pesakit tu...

Sambil aku buat tu, macam-macam yang aku pk... "Sakit ke pesakit ni kalau aku tekan dada dia kuat2?" then doktor kat sebelah aku yang tengah bagi bantuan pernafasan tu cakap macam ni hah...
"ADIK, YOU BUAT CPR ATAU YOU URUT PATIENT TU?? KUAT SIKIT TEKAN TU!!!"

Aku pon tekan lah dengan kuat sikit... aku dah x pk sama ada pesakit tu akan rasa sakit ke x... aku terus je tekan tanpa henti selama beberapa minit... dalam hati aku ni, satu je yang aku ingat time tu, aku nak selamatkan pesakit ni... dalam masa yang sama, aku sangat teruja sebenarnya... teruja sebab ni lah first time dalam hidup aku, buat CPR kat manusia.. selalu aku just praktis kat patung je, tapi kali ni aku betul2 buat kat manusia...

Then, sampai satu tahap tu, aku rasa penat n lenguh... sakit pinggang aku ni hah, sambil buat CPR tu, aku pusing kepala ke belakang n pandang kawan2 aku yang lain... nasib baik ada lagi kawan2 aku, jangan diorang tinggal aku dengan MA tadi sudah, mampus lah kami berdua nanti kepenatan... hahaha... then, aku pusing n jerit mintak tukar orang... kawan aku pon rapat kat aku n ambil alih pulak...

Fuhhh!!! memang lepas tu, bergetar seluruh badan aku, x sangka sangat yang aku buat CPR tadi... sejuk kaki n tangan aku time tu, muka pulak merah sebab tahan penat... tapi dalam hati ni, aku rasa seronok... seronok sebab aku dah berjaya buat... lepas je kawan aku ambil alih, baru 3 kali dia tekan dada pesakit tu, doktor pon cakap yang nadi pesakit dah ada... huhhh!! leganya rasaa... then CPR pon di stop kan...

Tu lah pengalaman aku pada hari ke dua bertugas di situ... sikit-sikit, aku dah rasa betapa seronoknya bekerja di unit kecemasan... walaupon bekerja dalam keadaan yang kelam kabut n cepat, tapi bagi aku semua tu hanyalah cabaran untuk aku... cabaran tu akan tetap ada x kira lah dalam bidang apa sekalipun kita bekerja...apa yang penting, kena banyak sabar... huhuhu... x sabar nak cerita kat mak aku...


6 comments:

Yana Libra said...

wah...mencabar tu..tak semua org leh wat..

harap awak leh jadi nurse yg bagus ye~~ :D

Miss Nana Farhana said...

huhuhu... insyaallah... thanks yana...

Arham Md Ali said...

CPR eh? Even medical student pun kalo dalam dunia sebenar cuak nak buat benda ni, sebab kadang-kadang secara tak sengaja boleh buat tulang rusuk patient patahla dan macam-macam lagila.

http://palereddot.blogspot.com/

Miss Nana Farhana said...

memang pon... time buat tu, ada gak pk pasal tulang rusuk pesakit tu... kesian sangat tengok, macam x sanggup nak buat.. tapi terpaksa jugak...

nur said...

nur de sijil pertolongan kecemasan.. tpi.. xpernah alami bnde ni btul2 lg.. xtau la cmne..

Miss Nana Farhana said...

huhuhu... kita x boleh nak duga bila benda ni nak jadi, kalau dah ada sijil tu ok la, just prepare je kalau2 khidmat kita diperlukan... huhuhu...