04 April 2012

Info Sihat_Strok

Assalamualaikum...

Hai.. Annyeong... kali ni, aku nak share satu info kesihatan pasal penyakit strok... tapi sebelum tu, aku nak tanya korang sesuatu...

Ok, korang bayangkan lah, korang seorang yang cukup sihat n aktif.. tetiba suatu pagi, korang bangun dari tido n korang dapati sebelah dari badan korang lumpuh... korang boleh faham apa yang orang sekeliling korang cakap, tapi korang x boleh menyahutnya dengan betul... lidah n bibir korang x boleh nak luahkan kata-kata.. korang x dapat nak jalankan aktiviti harian korang contohnya macam pakai baju, makan atau pergi ke tandas.. korang terpaksa bergantung pada family korang untuk membantu segala aktiviti harian.. korang berasa seolah-olah korang x berupaya nak buat apa2 pon, n family korang turut merasa benda yang sama... Apa yang korang akan buat?? n apa yang korang akan rasa??

Korang nak tau apa itu strok? Strok tu ialah serangan pada otak, otak manusia mengawal pelbagai fungsi dalam badan dan organ yang penting ni perlu dibekalkan dengan darah dan oksigen 24 JAM SEHARI... sel saraf di dalam otak kita mengawal kesemua lima deria kita termasuklah bernafas, bergerak, berfikir n berjalan... strok ni pulak terjadi bila salur darah yang membawa darah n oksigen ke sel otak pecah atau tersumbat..

Di Malaysia ni, strok ialah pembunuh keempat terbesar selepas kanser n penyakit jantung. Strok jugak penyebab utama yang buatkan badan kita x berupaya nak buat aktiviti harian. Kos untuk merawat penyakit strok ni sangat tinggi n rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut memakan masa yang panjang n mahal.

Strok ni ialah masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa tapi paling pudah untuk dicegah.. aku tau, korang mesti nak tau macam mana nak cegah kan? senang je... benda ni boleh amalkan setiap hari... korang just perlu jaga kesihatan badan korang, paling penting, korang mesti kekalkan oksigen dalam badan korang.. caranya, korang kena lah bersenam, untuk pastikan jantung korang sentiasa buat kerja mengepam darah... ada lagi, korang kena lah amalkan makan makanan yang sihat n seimbang... jangan cakap korang x tau apa tu makanan yang seimbang.. hehehe... korang jugak kena lah rajin buat ckeck-up kat klinik...

Ni je yang aku nak share dengan korang... sebab sekarang ni, penyakit tu datang pon kita x sedar... tau-tau, kita dapat penyakit tu... kan kan kan... laju je angguk.. hehehe.. korang jangan, penyakit ni x kira usia tau... bukan orang tua je yang nak kena penyakit2 macam ni, orang muda pon banyak tau... buktinya, hari ni ade sorang pesakit aku meninggal, dia ni orang Cina, umur baru 27 tahun... muda kan? meninggal sebab serangan jantung, so sesape yang merokok, anda sangat berisiko untuk dapat penyakit berkaitan dengan jantung... huhuhu...

P/S: Sayangilah diri kita ni sebelom nak sayangi diri orang lain... hehehe, adioss n selamat malam...

5 comments:

kay_are said...

pembunuh num 4.. tapi ade 2 je sebelum tu.. kanser, penyakit jantung.. num 3?? bersenam tu ade je.. makanan seimbang tu yang tak bape reti nak imbang g.. -_-

Yana Libra said...

takutnya...tak kira tua atau muda, sama je kan skang..


saya risau sbb org kesayangan saya tu merokok..banyak kali suh berhenti pun susah~

Miss Nana Farhana said...

kay_are>> pembunuh no 3 di Malaysia ialah kanser servik yg dialami oleh wanita shja... so org lelaki terselamat..huhu.. makanan seimbang eh? boleh rujuk google..hehe

yana>> ye, tau xpe, pykt skg ni x mengira usia tau... org lelaki ni, kalau dah start merokok mmg lah susah nk brhenti... melainkan dia mmg dah ada niat nak brhenti...

intan izzaty said...

terbaekk la nana...pasniey leyh jd cikgu.

Miss Nana Farhana said...

yela tu intan...