02 April 2012

Dear Friend, I Miss U

Assalamualaikum...

hai.. Annyeong!! Sambil2 aku blogwalking tadi, tetiba aku teringatkan zaman sekolah... thats mean zaman purba aku dulu-dulu... hahaha.. walau pon dah 4 tahun meninggalkan zaman persekolahan, setiap detik dan saat yang dilalui bersama kawan2 dulu, masih segar di ingatan... cewahhh.. ayat novel pulak pagi2 buta nih... ni dah terlebih dos novel agaknya... huhuhu.. whateverrrr bla bla blaa...

Dalam sibuk2 melanjutkan study nih, kekadang aku teringat jugak lah betapa seronoknya zaman sekolah dulu... betul cakap orang, bila habis zaman sekolah, baru nak cakap "rindunya zaman sekolah dulu..." Inilah realiti sebenar kan... time ada, xnak hargai... bila dah x ada, baru nak tercari-cari... Lumrah hidup orang sekarang...

Motif aku berjaga sampai lewat pagi nih, adalah sebab aku x boleh tido lagi... hehehe... actually, aku teringatkan zaman sekolah aku dulu... banyak sangat pengalaman manis yang x dapat aku lupakan... zaman remaja yang gila-gila, ponteng kelas, lawan cakap cikgu, bergaduh, cinta monyet, x buat homework and macam2 lagi lah yang sewaktu dengannya... rindunya rasa...

Aku teringat jugak bestfriend aku masa sekolah dulu, kitorang semua ada 8 orang... ke mana je pergi, mesti cukup 8 orang... macam kembar dah, kalau seorang je x join, mesti rasa something missing... so, kitorang ni macam saling melengkapi lah... sekarang ni pulak??

Rezeki masing2... sekarang semua dah x bersama lagi... masing2 ada cita2 sendiri... tapi walaupon macam tu, kitorang x pernah lost contact sampai sekarang... walau pon masing2 berjauhan, sorang di UiTM Arau, sorang di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, sorang di Universiti Malaysia Sabah, 4 orang di Murni Nursing College n sorang di Perlis, stay dengan family... jarak yang jauh kan??

Alhamdulillah lah sampai sekarang ni, apa yang kitorang buat, apa yang terjadi, ke mana je kitorang pergi, kitorang sentiasa berhubung... x kira lah sama ada melalui Fb, Twitter, Ym, Skype n also Blog ni, kitorang sentiasa berhubung....

Teringat jugak aku pada classmate aku yang paling kepoh, paling sengal n x boleh duduk diam, asyik nak kenakan orang... dia ni student Chinese kat kelas aku... memang sengal sesangat... tapi sekarang, x sangka dia medical student, tengah sambung study di India, bakal jadi doktor gigi... hurm... rezeki masing2 kan...

So, aku hope sangat, antara kitorang semua, akan sentiasa ada connection walau ke mana je kitorang pergi.. zaman sekarang ni dah canggih, dah moden, guna hujung jari je dah boleh tau jejak kawan kita kat mana... x macam zaman dulu2, kena pakai surat...

Apa2 pon, aku sentiasa akan doakan kesejahteraan kawan2 aku... x lupa jugak bestfriend sekarang, yang sentiasa ada di sisi... huhuhu...  tetiba je rasa sedih bila fikirkan pasal nak grad ni... hurm... aku hope, lepas je grad nanti, kitorang x lost connection... harap2 macam tu la..

No comments: