20 May 2012

Preview Semester 1

Assalamualaikum...

Hari ni, saat ni, detik ni... aku nak kongsikan dengan korang preview sepanjang 3 tahun aku di Murni Nursing College... segala pahit manis bermula di sini........

Semester 1 ----> 18 Mei 2009 - 27 Disember 2009
Bermula dari minggu orientasi, aku mula mengenal warga Murni Nursing College... teringat lagi, hari first aku masuk kolej, time nak daftar, aku ditemani oleh mak n sepupu, aku boleh tengok ramai orang dari setiap pelosok negeri kat Malaysia... cara percakapan, cara pemakaian... semua macam asing bagi aku...

Habis mendaftar, waktu untuk berpisah 3 tahun dengan mak buat kali pertama, air mata x boleh dikawal... xpeduli pon orang lain yang tengok... sedih.. sesampai aku di bilik aku, orang first yang aku jumpa n tegur ialah Wafa... mula tu malu2 nak tegur, bila dah start tegur, start berkongsi latar belakang....

Aku & Wafa

Aku mula kenal n rapat dengan kawan2 dalam bilik aku... Kak mas n Ifa... waktu sem 1 ni, aku kurang bergaul dengan orang, lebih kepada menyendiri... sebabnya?? aku rasa terasing, sedih sebab rindukan family kat kampung n macam2 lagi... teringat lagi waktu minggu orientasi, tiap2 malam aku nangis sebab rindukan mak... paling teruk, cukup seminggu aku kat kolej, aku call mak cakap nak balik... lawak kan?

Kak Mas

Ifa

Mak pujuk aku suruh aku stay kat sana, nanti lama2 ok la mak cakap... so aku sabar, sabar n sabar sampai lah aku dah mula bergaul macam biasa dengan budak2 bilik aku... tu pon still malu2... dengan kata lain, malu nak tonjolkan perangai diri sendiri.. huhuhu...

Lepas 3 bulan, masa untuk praktikal untuk kali pertama... merawat orang, dalam hospital untuk kali pertama... first time masuk hospital sebagai student nurse, aku blurr x tau apa nak buat... rasa macam orang bodoh je.. bila dah lama2 sikit baru lah boleh sesuaikan diri dengan staf kat dalam hospital...

Time praktikal, aku mula rapat pulak dengan Kak Yana a.k.a. room mate aku... orang yang aku dah anggap macam kakak sendiri... x sangka hubungan aku dengan dia memang macam adik beradik...segala masalah aku kongsi dengan dia, dan dia pon sama... dia pon boleh dipercayai... aku selesa sangat dengan dia...

Aku & Kak Yana

Untuk semester 1 selama 6 bulan, aku dah kenal hati budi 4 orang yang rapat dengan aku... iaitu Wafa, Kak yana, Kak Mas n Ifa... so aku dapat 4 orang kawan yang betul2 rapat dengan aku...


Ni preview untuk Semester 1... Semester selanjutnya akan di update setiap hari selepas ni... so tunggu...

2 comments:

kay_are said...

tetibe rase nak blaja lik.. memang zaman studi tu r paling best.. zaman kenal member2 yang gile2. zaman bebas nak jalan g mane2.. zaman takde keje.. miss that moment!

Miss Nana Farhana said...

kay_are> zaman study tu kenangan yang x dpt dilupakan... manis sangat2...