08 September 2012

Risiko Tindik Dalam Mulut


Assalamualaikum…

Sejak kebelakangan ni, tindik di dalam mulut dah menjadi kebiasaan bagi remaja sekarang. Bukan sahaja di bahagian luar badan, bahagian dalaman pon menjadi tempat pengumpulan aksesori. Sama seperti menindik telinga, pelbagai aksesori yang diperbuat daripada logam menjadi hiasa dalam mulut seperti subang, loceng kecil, dan jugak cincin.



Bahagian dalam mulut yang biasa ditindik ialah lidah, anak tekak, bibir bawah, bibir atas dan jugak pipi. Penindikan dalam mulut dah menjadi gaya terkini untuk mengekspresikan diri tetapi ia mempunyai risiko kesihatan yang tinggi berbanding menindik telinga. Selain itu, ia turut mengundang kesan sampingan lain.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah jangkitan selepas tindikan dibuat kerana mulut kita mengandungi berjuta-juta bacteria. Pendarahan berterusan dan sukar dikawal juga akan berlaku jika tindikan terkena salur darah.

Selain itu,sakit dan bengkak juga akan berlaku bagi kes yang teruk, lidah menjadi bengkak dan sukar bernafas, geseran, alahan pada logam, kecederaan gusi, hilang deria rasa pada lidah dan juga mungkin penularan penyakit seperti hepatitis, virus herpes simpleks, sifilis atau tetanus terutama jika tiada kawalan jangkitan semasa bertindik.

p/s : fikir lah sebelum buat sesuatu keputusan, padahnya diri sendiri yang akan tanggung. =)

Credit : Info Sihat Remaja

2 comments:

Liyana Anuar said...

tak payahlah nak tindik2 lidah ni kan..huhu..lagi banyak kumudaratan dari kelebihan~

Miss Nana Farhana said...

Yana Libra> tau xpe..