Assalamualaikum semua…
Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, ada satu rombongan datang
meminang aku… aku x kenal pon orang2 tu… aku tengok mak seronok sangat, so apa
lah sangat kalau aku terima laki tu demi mak.. so kitorang dinikahkan dua bulan
selepas tu… semua belanja untuk kenduri aku, pihak lelaki yang tanggung..
Serius aku cakap, selama dua bulan tu, kami x pernah
berjumpa pon.. so memang masing2 x pernah tengok, even gambar sekali pon…
sampai lah hari akad nikah tu, tu lah pertama kali kami berjumpa face to face…
kalau korang mesti ngeri kan… x pernah jumpa bakal suami sampai lah hari
dinikahkan…
Aku takut sangat time tu, tapi berkat sokongan dari parents,
family n kawan2, aku jadi kuat… bila first time aku tengok muka dia, jantung
aku ni berdegup macam nak terkeluar je dari badan… orangnya segak, kemas n
bersih, berkulit cerah n suka senyum… memang sedap mata memandang…
Tetiba aku rasa macam pernah tengok laki ni, tapi x tau kat
mana… aku malas nak fikir macam2, so aku ignore je perasaan tu.. mungkin
pelanduk dua serupa… waktu first time tok kadi sebut nama dia, aku terus
tersentap… menggigil satu badan aku... so sekali lafaz je aku dah pon bergelar
isteri…
Lepas seminggu kami kahwin, dia bawak aku ke rumah dia,
bukan rumah family dia tapi rumah dia sendiri… sesampai je aku kat rumah dia,
aku terkejut… rasa kerdilnya diri aku ni… rumah yang dia maksudkan tu, bukan
sekadar rumah, tapi istana yang tersergam indah… besar n cantik… dipenuhi
dengan pengawal disetiap pintu… layak kah aku jejakkan kaki kat sini??
Lelaki yang aku kahwin tu, bukan lelaki biasa… dia adalah
cucu kepada Sultan Brunei… tak sangka kan, aku rasa macam masuk dalam cerita
dongeng je… di istana tu, aku dilayan
macam puteri… segalanya di atur n dikawal… si suami pulak sangat lah caring,
sampaikan apa sahaja keperluan aku n apa yang aku mintak, dia akan pastikan aku
akan dapat secepat yang mungkin…
Satu hari tu, tengah best aku n si suami jalan2 kat pantai,
tetiba je aku rasa macam satu tamparan hinggap kat muka aku… aduhh!! Sakit la
bengong, bila aku bukak mata je, tangan adik aku dah melekat kat muka aku… aku
tengok plak jam handphone aku, pukul 6.10 am.. huarrggghhhh!!! Dia kacau mimpi
aku… mimpi x sampai ending lagi… hukhukhuk… sedihnya…
>> Kan best kalau mimpi jadi kenyataan.. hehehe!
6 comments:
nak gak mimpi cmtu.. tapi nak sampai ending la.hehe
mana tau lau btl2 nnti..jodoh semua kerja allah..
hnahdy> yeker?? ehehe.. mimpi ni mainan tido je...
Errah> kalau jodoh sy terima.. hehehe
hehe..dah agak dah mesti mimpi~~ :P
wah3...nana..bestnya...
hehe.. mimpi yg x sempat sampai ending...
Post a Comment