02 May 2011

aku betol atau aku salah??

Assalamualaikum semua..
Entry ni aku tulis sebab aku teramatlah geram kat sorang client aku kat klinik tadi..
aku memang geram sesangat..
kalau aku x pakai uniform kolej tadi memang aku penampar je minah tu..
nak tau citer??
citer die macam ni..
tadi kat klinik, aku jaga kaunter..
sebarang pertanyaan boleh je tanya kat aku, aku akan bagi layanan yang bagus punya..
hahaha.. ok2.. serius!!
Then, nak dijadikan citer, tetiba ada la sorang client ni datang...
---------------------------------------------------------------
client: ar, boleh saya tanya?? (dengan muka sombong)
aku: ye nak tanya apa??
client: saya nak tanya, macam mana nak buat perancang keluarga?
aku: puan ada bawak kad perancang keluarga x?
client: xda, kad saya hilang, saya nak buat kad baru..

kawan aku jannah menyampuk..........
jannah: puan dari mana?
client: saya memang selalu buat kat klinik sini.. (jenis x paham soalan la ni)
jannah: x, puan dari kawasan mana? alamat puan kat mana?
client: saya memang selalu buat kat sini laa.. kat klinik bakar bata ni, saya memang under kawasan bakar bata..
jannah: saya nak tau puan dari kawasan mana, boleh bagi tau alamat? (x puas hati)
client: ish, misi rohana ada x? misi rohana kata kalau nak buat perancang keluarga boleh trace guna i/c je, x payah pakai kad pon.. (muka angkuh+sombong)
aku: kat sini memang kena buat kad dulu..
jannah: sebenarnya puan tinggal kat mana?
client: anak bukit adik... ( dengan muka sombong + tersenyum sindir )
aku: kalau anak bukit under titi gajah puan, bukan bakar bata.. 

jannah masuk dalam g panggil jururawat yang bertugas...
aku: puan tunggu kejap, kawan saya g tanya staff nurse kat dalam..
client: cakap banyak pulak!!! (dengan muka bengan+sombong)

ewah2 minah sorang ni, nasib baik aku pakai uniform kolej, kalau x memang dah makan penampar..
agak kurang ajar lah tu.. x boleh ke cakap baik2.. ko dah la datang kat tempat orang, buat lah cara datang kat tempat orang.. jangan lah buat bodoh sombong.. dah x tahu x nak dengar orang cakap.. nak gak ikut kepala otak yang x betol tu.. aku memang bengan gile la, walaupon aku sabar n senyum je kat die..
dalam hati ni penuh sumpah seranah aku kat dia.. aku n kawan aku tanya banyak sebab nak pastikan betol2 kawasan yang dia tinggal, bukan nak cakap banyak ke apa.. aku x hadap lah nak bercakap dengan orang yang perangai macam minah ni... bukan aku cakap tengking2 dia, yang dia nak marah2 x tentu pasal sangat apsal.. nak ikot mood ko je lah, x payah kira mood orang lah.. kepala otak ko, kalau macam tu ko bukak lah klinik sendiri.. then ada la sorang jururawat yang bertugas datang..

jururawat: ye kenapa puan?
client: saya nak buat perancang keluarga, tapi kad xda, hilang sebab beg tangan kena ragut dulu..
jururawat: puan dari kawasan mana?
client: saya memang under bakar bata, sebelom ni pon memang saya under bakar bata..
jururawat: kita nak tau puan dari mana sebab kat sini kawasan titi gajah pon under klinik bakar bata juga, sebab tu kami tanya betol2 puan sebenarnya dari kawasan mana..kalau puan dari kawasan titi gajah, puan kena masuk terus kat bilik titi gajah..
client: saya dari anak bukit..
jururawat: owhhh.. anak bukit under titi gajah, puan kena masuk terus ke bilik no.6.. terima kasih..

kan aku dah cakap, x salah pon kalau ko cakap baik2..kan diri sendiri jugak yang malu.. dah x tau nak buat2 tau juga.. berlagak pandai sangat.. amik ko, aku memang benci spesis manusia macam ni, bukan aku nak ko sujud kat aku, just be nice je, orang pon akan layan ko dengan baik.. x la ko dapat malu...
jururawat tu senyum je kat aku n kawan aku, die cakap biasa lah client macam tu.. sabar je..
aku pon senyum je.. hahaha.. dalam hati ni, aku memang puas hati gile, biar die dapat pengajaran... bukan nak buat jahat ke apa, tapi pk laa.. x rugi pon buat baik dengan orang..

3 comments:

GaRy™ said...

hhahaha...adoi...masih wujud gak ke spesis camni??
diorang ne slalu anggap pekerja macam mesin : x der perasaan.. dah lama dok perati diorg2 ne.. x pikir perasaan org lain langsung...huh..

Sly Nolan said...

sabar2~ huhu. dugaan sume tuh~

nana farhana said...

gary> tau xpe..
sly nolan> memang tengah sabar ni..huhu