17 April 2011

perlu lepaskan atau teruskan??

SITUASI 1: BOYFRIEND VS BESTFRIEND
Kamu bermula dengan sahabat baik. Segala apa sahaja masalah pasti akan dikongsikan bersama. Begitu juga dengan si dia. Keakraban yang terjalin ada kalanya membuatkan kamu rasa keliru untuk membezakan sama ada kamu menyayangi si dia sebagai sahabat atau lebih dari seorang sahabat. Kamu takut untuk mempersoalkan perkara ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama.

TERUSKAN. Anda perlu teruskan. Katakana padanya “ada kalanya saya merasakan hubungan kita ni sangat kelakar kerana kita hanya sahabat tetapi kita saling saying menyayangi ibarat pasangan kekasih.” Kemudian tunggu apa jawapan dari si dia. Andai si dia menjawab, “kita kan sudah berkawan lama jadi tidak hairan lah kalau kita sayang antara satu sama lain. Namun biarlah hubungan ini terus kekal sebagai kawan kerana saya yakin itu lebih berkekalan.” Jangan sedih dengan jawapannya. Kamu buat seperti biasa dan percayalah segalanya akan normal kembali selepas dua atau tiga hari. Namun, kalau dia menjawab, “memanglah, sebab saya bestfriend pon ya dan boyfriend pon ya.” Jangan melompat!!! Biarpun diakui jawapan itu pasti sangat membahagiakan kamu serta yang diharapkan si dia.


SITUASI 2: EX-BOYFRIEND
Kamu dan si dia telah pun putus setaun yang lalu. Namun sehingga ke hari ini kamu masih belum dapat  melupakan si dia. Malah setiap kali menonton cerita kesukaannya atau makan makanan kegemarannya, kamu pasti akan teringatkan si dia. Begitu juga kalau kamu pergi ke mana-mana tempat yang pernah dikunjungi bersamanya sebelum ini, pasti akan mengimbau sejarah lama. Oleh kerana terlalu sayangkan si dia apa sahaja pemberian si dia kamu simpan sebagai kenangan.

LEPASKAN. Hanya membuang masa sahaja kamu mengingati sejarah cinta yang lama. Kamu di sini bersedih dan mengingati si dia sedangkan si dia sedikit pun tidak mengingati kamu. Malah bersenang-lenang dan bertukar ganti teman wanitanya. Jadi sebaiknya kamu segera membuang semua sejarah dan kenangan yang pernah kamu lalui bersama si dia. Paling penting, sembunyikan diri dari facebook supaya si dia tidak boleh mencari kamu. Andai di fikiran kamu masih berharap si dia akan kembali pada kamu, lupakan sahaja. Perlu diingatkan andai si dia masih menyayangi kamu sudah pasti si dia tidak akan menyakiti hati atau membuang kamu dalam hidupnya. Jadi jangan diharapkan lagi pada cinta yang bukan milik kamu dan carilah orang yang lebih ikhlas memberi cinta pada kamu.

No comments: