31 December 2011

New Year is Coming...

Assalamualaikum semua...
korang2 x kuar sambut new year ke malam ni?? room mate aku semua nak kuar... si wafa nak ajak g dataran nilai... Apit lak ajak g Port Dickson... mana satu aku nak g pon x tau... silap2 aku dok kat hostel je layan movie.. hahaha... macam malas je nak kuar... malam2 macam ni pulak... kang si warden tersayang datang sport check bilik, mampus aku kena menjawab... the best way, just stay kat bilik layan movie... bagi yang bercouple, mesti nak celebrate new year dengan pasangan masing2... lumrah hidup orang sekarang memang macam tu...
sempena tahun baru 2012 ni, aku berazam nak fokus pada study, x nak main2 sebab LJM dah dekat... then, dalam masa yang sama, aku nak bahagiakan orang2 yang aku sayang, family aku dan......... especially mak n abah... dan, semestinya tahun 2011 meninggalkan kenangan yang paling bermakna dalam hidup... never forget it... x kira sedih atau gembira...semua akan jadi kenangan... Esok, bermulalah diary baru dalam hidup aku...
So, good bye 2011... Welcome 2012...

FAKTA MENARIK MENGENAI WANITA

Assalamualaikum kawan2 ku...
Morning... eh, eh... kejap2... ayat aku macam terlebih je pagi ni kan... maaf.. pagi2 hari dah mereng disebabkan lapar, tunggu intan izzaty bangun tido lambat sangat... aku ni dah lapar giler, dia boleh sedap2 tido... ok lah.. sementara tunggu intan izzaty bangun tido, hari ni aku nak share something yang boleh dikatakan interesting lah, pasal diri WANITA...so wanita2 yang baca entry ni, kalau ada kesilapan ke, bagitau aku yer...kita perbetulkan sama2.. yang penting, entry ni KHAS untuk kaum LELAKI...


Ni antara faktanya :
1. Bila seorang wanita mengatakan yang dia sedang sedih tapi tak mengalirkan air mata, that means dia tengah menangis di dalam hati.
2. Bila wanita tak menghiraukan anda setelah anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum anda meminta maaf...
3.  Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi dan disebabkan itu, ramai wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan.
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki tu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun semasa dia bersama lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dicintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.
6. Wanita memang menyukai pujian tapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika anda tak menyukai wanita yang menyukai anda setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang wanita sedang menjauhkan diri dari anda setelah anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika dan jika anda masih menganggapnya kawan, cubalah menegurnya perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. puisi, muzik, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati.
10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
11. Sebuah senyuman memberi 1000 erti bagi wanita, so jangan senyum sembarangan kepada wanita.
12. Jika anda menyukai wanita, mulakan dengan persahabatan, kemudian biarkan dia mengenali anda lebih dalam.
13. Tapi jika dia menghubungi anda atau menunggu panggilan dan SMS dari anda, teruskan niat anda untuk memikatnya, anda pasti berjaya.
14. Satu ucapan "Hai" saja sudah cukup untuk menceriakan harinya.
15. Teman baiknya saja yang tahu apa yang dirasakan dan dilalui oleh wanita tersebut, oleh itu, berkawan jugalah dengan kawan baiknya.
16. Wanita paling benci jika lelaki berbaik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
17. Jangan tak tahu, senjata wanita yang utama ialah airmata!!
18. Wanita suka jika lelaki yang dicintai memberi surprise untuknya, mereka akan terharu dah merasakan dirinya dicintai sepenuh hati.
19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dengan baik, so pandai-pandailah jika ingin memikat wanita.
20. Bila setiap kali melihat foto buah hatinya, perkara pertama yang akan dilihat oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.

ok, tu je fakta mengenai wanita... Actually senang je kalau nak mengambil hati wanita ni, sebab apa yang wanita inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati... cewahhh.. ayat jiwang gitu...
huhuhu...

30 December 2011

hati ini

Assalamualaikum semua...
sorry yer sekarang aku memang x sempat nak update entry... busy sangat dengan study aku ni... cewahh.. mengalahkan PM gitu... haha..
balik je dari kampung hari tu, hati ni rasa semacam je... semacam macam apa?? macam nak nangis pun ada... aku rindu sangat time cuti di kampung dengan family... makkk.. nak balik kampung... aku sendiri x faham kenapa aku jadi macam ni... cepat sangat touching... lagi2 hal yang melibatkan hati dan perasaan... korang sedih x kalau janji korang x ditepati?? alah.. x payah jawab, kompom jawapannya sedih kan... memang sedih... kalau kat kampung aku bahagia sangat sebab dekat dengan orang2 yang aku sayang... bila balik sini??? macam nak nangis... aku nak luahkan, tapi x terdaya... dah 2 malam aku nangis lepas solat... kawan2 tanya tapi aku buat x peduli...sampai hati buat aku macam ni... tetiba aku rasa menyesal dengan apa yang jadi, hati ni tak terjaga... memang aku x harapkan hati ni terjaga 24 jam.. at least dia sedar yang aku ni ada hati dan perasaan yang perlu dijaga... aku bukan siapa2 bagi dia... sememangnya aku tahu tu.. ye aku sedar siapa aku...