18 April 2011

community

assalamualaikum..
hye hye hye... rindu gile nk bercerita..
huhuhu..
dah lama x update blog ni..
dah berlumut laa..

 emm..
semalam hari first aku start keje kat klinik..
macam x best je..
yeke??
aku rasa je..
macam x best..
mungkin awal lagi kot..
tapi aku rasa macam best pon ade gak..
lebih kurang macam keje kat wad je..
cuma, yang bezanya kat wad aku kene berdiri full time..
kat klinik banyak keje cara santai..
emm..
baru 2 hari aku keje kat klinik ni..
kawan2 aku cakap klinik best..
kalau masuk klinik, macam dah x nak keje kat wad
sebab best sangat..
yeke??
aku pon x tau..
aku kene stay sebulan kat klinik..
alamakkk..
macam2 plak kene wat..
mungkin minggu depan aku kene bagi health talk kat ibu2 yang mengandung..
segannyaaa...
alahh.. buat je lah.. macam x biasa lak..
hahaha..
yang pasti lepas ni aku kene banyak gile membaca n menghafal pasal perkembangan baby..
adoyaiii.. susah nak ingat laa.. (padahal malas nak bace)
ape2 pon aku kene gak stay kat klinik ni..
huhuhu..

santai bersama

assalamualaikum semua..
emmm..kali ni aq x nak citer panjang lebar..
ni time aq balik kmpg ari jumaat n sabtu lepas..
hang out ngan kawan2 skolah..
my best friend time skolah dulu2..
huhuhu..


ni masriah..
budak cute yg ramai peminat..


ni tini..
slalu cari gaduh dengan aq..
but, gaduh manje je..


ni saper??
ni mesti la budak cantik..
haha..prasantan..
ni aku laa..


~candit~


~~~


aku n masriah..


yang laki 2 bestfriend aku..
rizwal @ g-wan..

lepak lepas kenyang mkn bihun sup..






ish3..ni aku ke?



tini n masriah..

^_^






basah??


kitorang mandi hujan..
hahaha..
xde keje kan??

ni je kje aku kalau balik kampung..
hahaha..
nikmat giler kalau dapat kuar dengan member2 lama..
maklum laa..
bukan slalu pon nk boleh kuar bersama..
masing2 dgn kerjaya sendiri..
busy lah..
ni pon baru 4 org yg join..
yg lain x dapat dikenalpasti lokasinye..
huhuhu..
xde lah, yang lain tgh busy dgn keje n study..
hurmm..

17 April 2011

perlu lepaskan atau teruskan??

SITUASI 1: BOYFRIEND VS BESTFRIEND
Kamu bermula dengan sahabat baik. Segala apa sahaja masalah pasti akan dikongsikan bersama. Begitu juga dengan si dia. Keakraban yang terjalin ada kalanya membuatkan kamu rasa keliru untuk membezakan sama ada kamu menyayangi si dia sebagai sahabat atau lebih dari seorang sahabat. Kamu takut untuk mempersoalkan perkara ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama.

TERUSKAN. Anda perlu teruskan. Katakana padanya “ada kalanya saya merasakan hubungan kita ni sangat kelakar kerana kita hanya sahabat tetapi kita saling saying menyayangi ibarat pasangan kekasih.” Kemudian tunggu apa jawapan dari si dia. Andai si dia menjawab, “kita kan sudah berkawan lama jadi tidak hairan lah kalau kita sayang antara satu sama lain. Namun biarlah hubungan ini terus kekal sebagai kawan kerana saya yakin itu lebih berkekalan.” Jangan sedih dengan jawapannya. Kamu buat seperti biasa dan percayalah segalanya akan normal kembali selepas dua atau tiga hari. Namun, kalau dia menjawab, “memanglah, sebab saya bestfriend pon ya dan boyfriend pon ya.” Jangan melompat!!! Biarpun diakui jawapan itu pasti sangat membahagiakan kamu serta yang diharapkan si dia.


SITUASI 2: EX-BOYFRIEND
Kamu dan si dia telah pun putus setaun yang lalu. Namun sehingga ke hari ini kamu masih belum dapat  melupakan si dia. Malah setiap kali menonton cerita kesukaannya atau makan makanan kegemarannya, kamu pasti akan teringatkan si dia. Begitu juga kalau kamu pergi ke mana-mana tempat yang pernah dikunjungi bersamanya sebelum ini, pasti akan mengimbau sejarah lama. Oleh kerana terlalu sayangkan si dia apa sahaja pemberian si dia kamu simpan sebagai kenangan.

LEPASKAN. Hanya membuang masa sahaja kamu mengingati sejarah cinta yang lama. Kamu di sini bersedih dan mengingati si dia sedangkan si dia sedikit pun tidak mengingati kamu. Malah bersenang-lenang dan bertukar ganti teman wanitanya. Jadi sebaiknya kamu segera membuang semua sejarah dan kenangan yang pernah kamu lalui bersama si dia. Paling penting, sembunyikan diri dari facebook supaya si dia tidak boleh mencari kamu. Andai di fikiran kamu masih berharap si dia akan kembali pada kamu, lupakan sahaja. Perlu diingatkan andai si dia masih menyayangi kamu sudah pasti si dia tidak akan menyakiti hati atau membuang kamu dalam hidupnya. Jadi jangan diharapkan lagi pada cinta yang bukan milik kamu dan carilah orang yang lebih ikhlas memberi cinta pada kamu.