05 April 2012

Fanatik K-pop

Assalamualaikum...

Hai3.. Annyeong... ramai orang tanya aku, kenapa aku minat k-pop? ada apa dengan k-pop? best ke k-pop tu? n bla bla blaa lalala... macam2 soalan pulak... kadang2 aku tertanya jugak... "Salah ke kalau aku ni fanatik k-pop?"


Meh sini cek nak bagitau kat semua... k-pop tu ialah semua yang berkenaan dengan korea... cek ni memang minat sesangat, fanatik gegiler kalau ada yang melibatkan k-pop nih...bermula dari lagu, movie, drama, artis n trend terkini... tapi ada batasannya jugak... aku minat x lah sampai nak jadi macam diorang... just minat... lagi pon aku tau mana baik n mana buruknya...


Sampaikan, lagu2 dalam handphone aku penuh dengan lagu2 korea... lagu melayu n english boleh dibilang dengan jari je banyak mana... external hard disk aku pulak dah penuh dengan movie2, drama2 n video klip korea... lappy lak jangan cakap lah kan... memang habis penuh lah local disk aku tuh dengan benda2 ni..


Aku start minat k-pop nih time mula2 aku tengok satu video klip dari group FT Island, lagu I hope... dulu aku minat sangat lagu tu... n bermula dari situ lah, aku gunakan kemudahan internet yang ada ni untuk search segalanya pasal k-pop nih... sampai satu tahap tu, aku jadi fanatik sangat dengan k-pop... kalau nak dengar lagu, mesti k-pop... dari situ jugak lah aku mula kenal artis2 korea...


Time mula2 aku start minat dulu, kawan2 aku x habis2 tanya aku soalan2 kat atas tu, macam2 jawapan jugak lah yang aku dah bagi kat diorang... sampai lah diorang dah x larat nak tanya...


Kalau kat fb pulak, orang x habis2 tanya aku kenapa aku minat sangat korea ni... sebab aku kan selalu share video2 klip korea... aku sampai dah x tahu nak jawab apa... jawapannya, sebab aku minat lah, nak cakap macam mana lagi lah... serius cakap, perasaan minat ni x dapat diluahkan dengan kata2 yang jelas... hahaha... punya lah minat giler kan...


So, x salah kan kalau aku minat sesangat n fanatik sesangat dengan korea nih... aku just minat je, xde pon sampai nak jadi macam diorang... huhuhu... setiap orang tu x sama, mesti ada je yang dia suka n x suka kan... yang pasti, memang x sama...

04 April 2012

Info Sihat_Strok

Assalamualaikum...

Hai.. Annyeong... kali ni, aku nak share satu info kesihatan pasal penyakit strok... tapi sebelum tu, aku nak tanya korang sesuatu...

Ok, korang bayangkan lah, korang seorang yang cukup sihat n aktif.. tetiba suatu pagi, korang bangun dari tido n korang dapati sebelah dari badan korang lumpuh... korang boleh faham apa yang orang sekeliling korang cakap, tapi korang x boleh menyahutnya dengan betul... lidah n bibir korang x boleh nak luahkan kata-kata.. korang x dapat nak jalankan aktiviti harian korang contohnya macam pakai baju, makan atau pergi ke tandas.. korang terpaksa bergantung pada family korang untuk membantu segala aktiviti harian.. korang berasa seolah-olah korang x berupaya nak buat apa2 pon, n family korang turut merasa benda yang sama... Apa yang korang akan buat?? n apa yang korang akan rasa??

Korang nak tau apa itu strok? Strok tu ialah serangan pada otak, otak manusia mengawal pelbagai fungsi dalam badan dan organ yang penting ni perlu dibekalkan dengan darah dan oksigen 24 JAM SEHARI... sel saraf di dalam otak kita mengawal kesemua lima deria kita termasuklah bernafas, bergerak, berfikir n berjalan... strok ni pulak terjadi bila salur darah yang membawa darah n oksigen ke sel otak pecah atau tersumbat..

Di Malaysia ni, strok ialah pembunuh keempat terbesar selepas kanser n penyakit jantung. Strok jugak penyebab utama yang buatkan badan kita x berupaya nak buat aktiviti harian. Kos untuk merawat penyakit strok ni sangat tinggi n rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut memakan masa yang panjang n mahal.

Strok ni ialah masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa tapi paling pudah untuk dicegah.. aku tau, korang mesti nak tau macam mana nak cegah kan? senang je... benda ni boleh amalkan setiap hari... korang just perlu jaga kesihatan badan korang, paling penting, korang mesti kekalkan oksigen dalam badan korang.. caranya, korang kena lah bersenam, untuk pastikan jantung korang sentiasa buat kerja mengepam darah... ada lagi, korang kena lah amalkan makan makanan yang sihat n seimbang... jangan cakap korang x tau apa tu makanan yang seimbang.. hehehe... korang jugak kena lah rajin buat ckeck-up kat klinik...

Ni je yang aku nak share dengan korang... sebab sekarang ni, penyakit tu datang pon kita x sedar... tau-tau, kita dapat penyakit tu... kan kan kan... laju je angguk.. hehehe.. korang jangan, penyakit ni x kira usia tau... bukan orang tua je yang nak kena penyakit2 macam ni, orang muda pon banyak tau... buktinya, hari ni ade sorang pesakit aku meninggal, dia ni orang Cina, umur baru 27 tahun... muda kan? meninggal sebab serangan jantung, so sesape yang merokok, anda sangat berisiko untuk dapat penyakit berkaitan dengan jantung... huhuhu...

P/S: Sayangilah diri kita ni sebelom nak sayangi diri orang lain... hehehe, adioss n selamat malam...

03 April 2012

Kesian Sangat

Assalamualaikum...

Hai semua.. Annyeong... Emmm.. petang2 macam ni kalau tido best sangat nih... dah lah penat balik dari keje kan, ditambah pulak dengan hujan renyai2 ala-ala salji turun di korea... hahaha... tilam n bantal kat katil ni pulak macam memanggil-manggil aku join diorang tido... ish3... x leh kawal nafsu nih... hah!! jangan fikir yang pelik2 ehh... nafsu tido aku ni ha yang x leh kawal.. nafsu lain semua terkawal baik punya... ehehee...

Ni haaa, petang ni aku nak citer sikit pasal apa yang terjadi di wad tadi... actually bukan wad, tapi kat unit jantung... emm.. sedih tau... korang yang baca ni boleh je nak touching2, aku paham... lagi pon xde orang nampak korang kan, hehehe... aku gurau je ok...

Tadi kan, pagi2 hari lagi, sampai2 je aku kat unit jantung tu, terus kawan aku panggil aku suruh buat CPR... CPR lagi??? (dalam hati ni dah dup dap dup dap).. so xkan lah xnak tolong kan? aku pon g lah tolong... kat bilik tu, aku masuk je, aku nampak  sorang doktor tengah buat CPR, sorang doktor lagi tengah tengok keadaan pesakit tu n sorang kawan aku tengah bagi bantuan pernafasan... aku terus capai glove n mask, then pakai n sedia nak buat CPR...

Lepas doktor tu buat, aku pon ambik alih buat CPR... aku bergilir dengan 4 orang lagi kawan aku... dekat 15 minit jugak lah kitorang buat, sampai satu tahap tu, doktor suruh stop CPR... pesakit tu dah xde harapan... nadi pon dah xde, tekanan darah dia pon rendah sangat sampai dah x leh nak reading... badan dia pon sejuk... pesakit tu memang dah x bergerak langsung, xde pon tanda2 dia bernafas...

Then doktor tu keluar dari bilik tu n panggil staffnurse n isteri pesakit tu masuk... staffnurse suruh isteri pesakit tu mengucap kat telinga pesakit... sambil menangis isteri pesakit tu buat apa yang staffnurse suruh... aku tengok sekali-sekali dia mencium dahi si suami sambil menangis n mengucap, sampai lah x dengar apa2 lagi dari mulut si isteri tu... sedihnya x terkata...then doktor pon suruh staffnurse catat masa kematian... bertakung air mata aku bila dengar...

Ajal dia dah sampai... sambil tu, aku gosok belakang si isteri tu, mungkin nak alirkan sedikit semangat buat dia, atau tindakan refleks aku yang suruh aku buat macam tu bila berdepan dengan keadaan macam tu... Then, aku n kawan2 aku bersama-sama staffnurse prepare lah apa yang patut... balutkan pesakit tu n selimut, tunggu sampai staf dari bilik mayat datang bawak jenazah tu turun...

Aku teringat lagi, baru semalam, aku tengok muka arwah ceria sangat... dia seronok sebab dah boleh balik rumah esok, maknanya hari ni lah... Tetiba pagi ni......... Dah ajal dia... hajat arwah x kesampaian... Jom lah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat awrah tu... semoga rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan di kalangan orang yang beriman... Al-Fatihah....