22 February 2012

LAST PRACTICLE AT HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

Assalamualaikum...

Annyeong! dan selamat malam semua... huhuhu... sedar x sedar, sekarang aku dah last sem... lagi beberapa bulan je nak grad... takuttt!!

sekarang ni pulak, aku x sedar yang dah sampai setengah sem pon belajar, makin cepat masa berlalu... kalau boleh, aku x nak keje.. aku nak je jadi student... hah, mana boleh kan?? aku cakap 'kalau boleh'... hahah.. kalau boleh, aku lah orang pertama yang x nak keje... orang lain sibuk2 nak cari keje, aku lak nak stay sebagai student... orang ingat aku gila lak kang...

ok, tutor dah habis, sekarang time praktikal lak... masa yang ditunggu-tunggu sebenarnya nih... betapa nikmatnya bagi seorang student nurse, bila tiba time praktikal... sebab apa? sebabnya boleh aplikasikan apa yang dah belajar kat kolej... huhuhu

untuk kali ke-3, aku dapat praktikal kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar... memang best kalau dapat praktikal kat hospital ni kalau nak dibandingkan dengan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar... Semua kat belah Utara kan? sebab tu lah best.. huhuhu... dekat dengan kampung aku di Perlis...

ok, untuk kali ke-3 dan last time aku praktikal... sedihnya.. lepas aku grad nanti, dah x de lah sesi praktikal ni... mesti aku akan rindukan saat2 praktikal dengan kawan2 aku nanti... macam nak nangis pulak... sedih betul ni tau... 

so, kepada pesakit2 di Hospital Sultanah Bahiyah, tunggu kedatangan aku yer... 16 Mac ni aku sampai lah untuk berkhidmat di sana... rasa x sabar je nak gi sana... sabar nana!! 

saat paling best bila dapat cuti, sebenarnya sebelum praktikal ni, aku akan bercuti dulu selama seminggu... cuti midsem, kejap je pon... x pe, aku x kisah, asalkan aku dapat cuti... hahaha... rindunya kat family... family je ok, bukan orang lain.. huhuhu..


21 February 2012

Saya Join, Pasti Dapat Doodle

Assalamualaikum...



hye3 semua... Actually aku di tag oleh Cik Fiza untuk join segmen ni... huhuhu...

Nama panggilan : Nana
URL blog : http://sweetsadstoryaboutlife.blogspot.com
Negeri Kelahiran : Perlis Darul Sunnah
Warna kesukaan : Purple / Pink / Hitam

ok, aku nak tag 3 budak cute ni :


tarikh tutup pukul 11.59 malam ni, 21/2/2012..
jom join segmen dari fizgraphic ni...

20 February 2012

Ujian itu teman baikku

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah... Supaya aku sentiasa TABAH

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati... Cintailah siapa saja yang kamu sayangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya...

Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya...

Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan...

(Ibnu Abbas)