16 January 2011

Puisi Buatmu Ibu...

Ibu..
Aku berangkat ke suatu tempat..
Dimana aku akan menghadapi
hidupku sendirian..
Di tempat orang..
Tanpamu disisiku..
Ibu..
Kuatkanlah aku..
Kerana dugaan yang harus 
aku hadapi ini terlalu besar..
Ibu..
Maafkan aku..
Kerana aku tak dapat
membahagiakanmu..
Tapi ketahuilah bahawa
bukan niatku untuk kecewakanmu..
Ibu..
Kau selimutkanlah aku
dengan doa sucimu..
Ibu..
Bisikanlah aku dengan
syair lembutmu yang
slalu menemani tidurku
di waktu kecil..
Sesungguhnya..
Aku sangat merindui belaianmu..
Ibu..
Kenangkanlah aku selalu..
Rinduilah aku selalu...
Kerana aku sangat perlukan
getaran dan  semangatmu..
Untuk kuatkan hari-hariku..
Ibu..
Ketahuilah bahawa dugaan yang
aku lalui hari ini
hanyalah demimu...

No comments: