23 January 2011

Masalah Yang Berkaitan Dengan Haid..

Ellooo.. this time, aq nk kongsi skit masalah2 yg berkaitan haid dgn korang... nak tau x?? mesti la nk tau kan.. huhuhu.. ok..ni smua adalah ape yg aq stdy kt kolej la as a nursing student...

1. Premenstrual Syndrome (PMS)
 -> PMS ialah satu kombinasi @ gabungan gejala fizikal & emosi yg dialami oleh WANITA dari 3 hingga 14 hari sebelum kedatangan haid & selalunya akan hilang @ berkurangan semasa haid datang...

-GEJALA FIZIKAL-
Antara gejala & simptomnya ialah:
i)   payudara berasa tidak selesa - sakit & berasa bengkak
ii)  berat badan meningkat
iii) perut kembung
iv) jantung berdenyut dengan laju
v)  pening/sakit kepala
vi) letih lesu
vii) rasa sakit pada bahagian pinggang & abdomen

-GEJALA EMOSI-
i)   keresahan/kerisauan
ii)  kemurungan
iii) mood yang berubah (mood swings)

RAWATAN UNTUK GEJALA PMS
i)  Ubatan
    -boleh didapati di farmasi @ klinik
ii) Diet
    -elak minuman berkafein (kopi,nescaffe)
    -makan makanan yg tinggi karbohidrat dgn kandungan gula terhad
    -hadkan makanan yg tinggi kandungan garam

2. DISMENORHEA
 -> Dikenali juga sebagai senggugut.
 -> Haid yang sakit @ sukar (darah berketul)
 -> Berlaku kekejangan abdomen @ ketidakselesaan yang berkaitan dengan haid.

TANDA & GEJALA
i)  kesakitan pada abdomen bawah yang menyebar ke belakang dan peha atas yang bermula dari 12 ke 24 jam sebelum haid..
ii)  Kesakitan paling teruk pada hari pertama haid & tamat biasanya pada hari ke-3.
iii) Boleh disertai juga dengan loya, muntah, cirit birit, sakit kepala, pitam & bengkak pada payudara.

BOLEH DILEGAKAN DENGAN:
- Melakukan demahan panas pada bahagian abdomen bawah & belakang
- Melakukan senaman secara berkala
- Mengambil ubat bersesuaian dengan arahan doktor

Kalau korang ade tanda2 di atas, korang boleh je rawat dengan rawatan2 yg tersenarai di atas..huhuhu.. 

**ehem-ehem... baca je ke?? x nak komen ke?? huhuhu.. =)

No comments: